Ahad, 17 Mei 2009

Dewan Yang Mulia
Bila dewan yang mulia
dihormati Yang Berhormat
maka akan bertambahlah kemuliaannya?

Bila dewan yang mulia
diragut keserakahan dan dendam
maka akan bertambahkah kemuliaannya?

Bila dewan yang mulia
diberikan hak kepada yang berhak
maka akan berubahkah kemuliaannya?

Bila dewan yang mulia
dipenuhi orang gila berpaksi nafsu
dikendalikan nafsu orang yang gila
maka berbaki lagikah kemuliaannya?

Bila dewan yang mulia
dipenuhi wira-wira palsu
konon atas nama kebajikan rakyat
maka dahulukanlah rakyat!

Daulat Rakyat Daulat Raja
sama sahaja
kerana manusia sesamanya
adalah saudara selamanya!
*Sajak ini disengajakan sebagai meraikan 1 Malaysia : Rakyat didahulukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan