Selasa, 12 Mei 2009

Inilah Demokrasi Terpimpin

Ada keghairahan yang meronta-ronta dalam akal saya agar mencatatkan sesuatu berkaitan krisis Perak. Refleksi pantas ini tidak lain bertolak dari keputusan 'pantas-ligas' Mahkamah Rayuan yang memihak kepada MB Dr. Zambry.
Bukan keputusan mahkamah yang mahu disentuh (itu kerja Zulkifli & Hanipa Nordin, Cecil Abraham, Lateefa Koya atau senior lawyer 'corect, correct, correct' tu!) Dari sudut akal saya benar-benar tidak tahu kenapa 'apin court'(sebutan nenek saya) begitu efektif hari ini. Cepat, pantas dan tiada tanda nak 'paspun' kes ini walau sehari(lagi sekali dari lidah nenek saya).
Itulah praktik 'datuk-datuk orang kaya' dari Istana Kehakiman (terjemahan harfiahnya: Palace of Justice(?))di Malaysia ini. Semakin pantas. Tahniah!
Saya cuma mahu catatkan betapa MB Dr. Zambry sememangnya bukan pengamal 'hukum rimba'. Rukun asas hukum ini ialah 'siapa kuat dialah raja' dan dalam konteks Perak, MB Dr. Zambry pasti sekali bukan dari pihak yang kuat kerana dengan jujurnya beliau menekankan dan membuktikan dalam tv prima yang Pakatan Rakyat telah amalkam hukum rimba. PM sendiri mengesahkan. Mahkamah memperkukuhkan lagi usulan akalnya -dengan pantas.
Habis hukum apa yang dipakai Dr. Zambry. Demokrasi terpimpin! Itulah yang paling tepat.
1. Dalam demokrasi terpimpin masalah perkauman perlu didahulukan. Sebab itulah apa sahaja sanggup dibuat untuk rampas kuasa dari cina mata sepek Ngeh & Nga.
2. Dalam demokrasi terpimpin pengesahan dari ketua yang memimpin adalah perlu. Jadi membuktikan kepada ketua yang kepimpinannya tidak lembab adalah keutamaan. Buatlah apa sahaja asalkan direstui ketua.
3. Demokrasi terpimpin adalah memimpin dan mengajar rakyat. Rakyat adalah pihak yang 'kurang akai' dan hanya layak jadi pecacai. Sebab itu sepanjang proses demokrasi terpimpin di Perak ramai rakyat 'didahulukan' untuk memahami erti demokrasi.
4. Demokrasi terpimpin beerti kata-kata pemimpin adalah betul dan bagi mengesahkannya pasti sekali media menjadi corong khidmat penerangannya. Setiap detik fahaman ini diwacanakan. Prinsipnya 'kita betul kerana mereka salah!' Kita ada tanggungjawab besar untuk memimpin mereka yang tersasar arah.
5. Demokrasi terpimpin hanya iktiraf sebelah pihak sahaja dan sesungguhnya seluruh rakyat umum dan 'pecacai istana'(government servant le tu!) perlu sokong dan sokong. Siapa bantah dia di pihak salah. Siapa yang tekal berprinsip (duduk 5 jam atas kerusi milik sendiri umpamanya) maka dia bebal dan salah. Ayuh heret dia -simpan sekejap!
Menguasai adalah keutamaan. Maruah bukan taruhan. Agama bukan pedoman. Bangsa bukan keutamaan. Tanah air biarkan! Pakai akai ka macam tu?

1 ulasan:

  1. kalau BN amalkan demokrasi terpimpin tp malaysia maju mcm singapura dan china, gua tak kesah..tp demokrasi luar kawalan ini yg tlh jahanamkan malaysia..adoi ai..

    BalasPadam