Selasa, 5 Januari 2010

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam ternyata menjadi polemik yang semakin menarik. Katakanlah anda berada di tengah dan hanya meneliti setiap fakta dan pandangan pelbagai pihak, pada akhirnya apa kesimpulan yang dapat anda buat? Memang agak mengelirukan dan sukar dirumuskan. Pertamanya dari perspektif orang Islam sendiri yang sepatutnya sejalan wacananya dilihat bercanggah.

Penulis katakan situasi ini keliru berdasarkan sandaran berikut:

1. Sepatutnya semua pemimpin PAS (atas nama Islam) boleh buat rumusan yang sama iaitu kalimah Allah itu sama ada BOLEH atau TIDAK BOLEH digunakan oleh pengikut agama lain -dalam konteks yang khusus oleh agama samawi yang lain.
2. Penyatuan fikrah orang-orang UMNO memang jelas kelihatan tetapi penentangan mereka bertentangan pula dengan isu-isu lain yang berkait kepentingan Islam yang lebih aula seperti isu murtad, hudud, hak penjagaan dan sistem muamalat islam yang lain.
3. Apakah wajar hak yang eksklusif itu ditentukan oleh orang tengah hanya berdasarkan bukti dan pernyataan bersifat akademik semata-mata tanpa mengambilkira aspek kepentingan umum seperti isu yang sensitif, hak keistimewaan yang tertentu dan menjaga hubungan baik dalam masyarakat majmuk.

Pemimpin, pemikir dan pengikut PAS jadi berbelah bagi dalam isu ini -sama ada melayan dari perspektif politik atau berdasarkan kpentingan ilmu. Kepentingan politiknya ialah MELAYU akan melihat PAS gagal menjaga kepentingan Islam disebabkan mahu jaga hubungan baik dalam Pakatan Rakyat. Melayu yang dimaksudkan itu ialah Melayu yang atas pagar dan kurang ilmu usul akidahnya. Melayu yang tidak jelas identiti Islamnya dan Melayu yang mudah terpengaruh dengan dongengan gerombolan neo-fuedal. Melayu tersebut akan rasa tergugat jika orang Kristian juga mengaku yang Allah juga tuhan mereka dan perlu kongsi tuhan dan akhirnya akan ramai anak Melayu yang masuk Kristian. Melayu tersebut jati diri mereka tidak jelas sama ada Melayu semata-mata atau Melayu yang Islam.

Pihak gerombolan Pertubuhan Melayu Bersatu(PKMB) memang di pandang dari sudut mana pun, sahlah mempergunakan isu ini untuk kelangsungan politik dan menutup isu lain yang lebih besar dan utama iaitu kenaikan harga gula, royalti, kehilangan enjin jet dan kelemahan dalaman 'front nasional' mereka. Mereka memang jelas menjuarai isu ini dan pada akhirnya Mahkamah Rayuan dijangka akan putuskan bahawa Menteri Dalam Negeri adalah betul dalam keputusannya. Inilah kemahiran politikus pragmatis yang mempergunakan kelemahan dan kebebalan akal rakyat untuk memperbesarkan isu-isu remeh. Kita tidak golongkan isu ini sebagai remeh namun ia tidaklah lebih utama dan penting dari isu murtad umat Islam, hukum hudud, sitem keadilan Islam, jihad, dakwah amar makruf nahi mungkar.

Apakah dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain itu bermaksud Islam menjadi hina dan sama tarafnya dengan agama lain? Dari perspektif bukan Islam usaha-usaha untuk meningkatkan syiar agama mereka adalah kerja dakwah. Namun jika ada usaha yang dibuat itu boleh mengganggu kemaslahatan umum maka ia wajar dihalang. Mana kita tahu usaha memohon menggunakan nama Allah itu boleh gugat ketenteraman awam? Berdasarkan pandangan umum atau andaian memang akan jadi begitu. Namun Islam yang syumul dan benar sebagai agama penuh toleransi pasti boleh terima situasi tersebut. Prinsipnya tauhidnya kalimah Allah itu ialah "Allah bagi Islam adalah Yang Maha Esa dan tidak sma dengan makna Allah berdasarkan konsep 'trinity' bagi Kristian.

Apa yang terjadi sekarang ialah umat Islam-Melayu menimbulkan kekecohan dan tunjuk lagak pertahankan kalimah Allah namun hakikat sebenar Allah itu yang terkandung dalam Islam tidak pun dihiraukan. Maka tidak menghairankan orang yang sama jika pada hari ini mempertahankan nama Allah esoknya menjadi pecacai Yahudi dan Kristian. Mereka menyokong sistem kewangan riba, menyokong syarikat multi nasional yang bukan milik Islam, mendedahkan aurat hatta menafikan hukum Islam dan menganggapnya sebagai ketinggalan zaman.

Memang akan ada umat Islam-Melayu 1Malaysia yang begitu keliru dalam tindakan mereka. Semuanya kerana mereka jahil dan menjadi Muslim kerana keturunan semata-mata. Mereka ini ditakut-takutkan tentang survival umat Islam dengan perkara remeh. Hakikatnya tanpa sedar mereka menuju kehancuran kerana hati mereka dari sehari ke sehari dipenuhi titik-titik hitam akibat perkara syubahat dan ruh zulmat yang menerobos ke dalam diri. Tanpa gunakan nama Allah pun rupanya selama ini musuh Islam telah memasuki ruang jasad Muslim tanpa sedar. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ke atas segala makhluk-Nya.

1 ulasan:

  1. isu nama allah ini isu aqidah, kena pertahankanlah, pasal nama allah ini dalam pengajian tauhid di panggil "ismu zat", kalimah allah itu sendiri qadim lagi azali. jangan kata pertahankan kaimah allah ini tiada ertinya. pasal umno nak demo, kita pun tahun bukan dalam islam hanya ada dua kelompok, mukmin dan munafiq, mukmin ada sifat2 dia, munafiq pun alah dah jelaskan sifat2 dia dalam al-quran dan sunnah.

    sebab apa ia adalah isu aqidah yg penting, sebab bila kita ditanya apa beza allah islam dan allah kristian? kalau kta jawab sama,maka takut-takut boleh membawa kepada kufur dan lebih teruk oleh membawa kepada murtad, na'uzuillahiminzaalik. ingat! allah yang kita sembah sekarang ada sfat2 kesempurnaan yang qadim lagi azali suci daripada persamaan apa pun dgn yg baharu, maka kristian pun mcm itukah? maka mudah ke kritian nak kata "kita tinggalkan konsep trinity" sedangkan sejarah sendiri menunjukkan betapa aqidah kristian ditentukan oleh persidangan, undi dan pengaruh kuasa poilitik rom" semua keputusan itu dipegang sampai ke hari ini..maka apakah layak allah seperti disebut dlm mana2 kitab tauhid ia adalah "ma'bud bihaqqin", disembah selayknyam baru boleh guna. maka aakah aqidah kristian dikira layak untuk diberi kebenaran penggunaannya?

    BalasPadam