Jumaat, 1 Januari 2010

SESIAPA SAHAJA BERHAK GUNA NAMA ALLAH

Sebagai makhluk Allah sesiapa sahaja di atas muka bumi ini layak gunakan nama Allah sebagai rujukan kepada tuhan masing-masing. Mengikut perlembagaan Malaysia kalimah 'Allah' sebagai tuhan bukan eskslusif kepada orang Islam semata-mata. Seluruh rakyat berhak merujuk atau gunakan nama Allah bagi maksud Tuhan sembahan masing-masing.
Ini diputuskan oleh seorang hakim yang bukan Islam. Jika hakim itu seorang Islam bagaimana pula keputusannya dan seandainya hakim itu 'keldai siasah' apa pula hujahnya bagi keputusan yang dibuatnya. Barang diingat keldai akan hanya buat keputusan setelah 'High Council' telah buat keputusan terhadap sesuatu isu atau kes mahkamah. Apa yang perlu dibuat oleh keldai hanyalah mengesahkan secara rasmi di mahkamah. Kita tidak tahu dan tidak pasti hatta tidak pula tuduh mana-mana hakim sebagai keldai tetapi memang ada keldai di kalangan yang arif. Bukan di sini tetapi mungkin di negeri asal keldai iaitu gurun pasir hawa sederhana. Bukan Malaysia dan bukan juga Zimbabwe - di tanahair 1keldai yang lain.

Baca berita seterusnya di Bernama.

Mahkamah putuskan Herald boleh guna perkataan ”Allah”
KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.
Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

2 ulasan:

  1. Bagaimana kalau orang orang India MIC menukarkan nama tuhan mereka, Lord Murugan kepada nama allah di Batu Caves dan menyebut 'allah' di dalam mantra mereka.

    Bukan ke haru biru? tokong dpanggil 'allah'

    BalasPadam
  2. Allah adalah khusus bagi agama samawi. Selain tuhan agama samawi asas tauhid mereka adalah berasaskan pagan atau semangat semata-mata. Nama Allah dipakai bagi semua agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.
    Kekeliruan tentang sebutan Allah bagi ilah hanya dalam masyarakat Melayu manakala dalam masyarakat arab kalimah Allah tidak jadi kontroversi.

    BalasPadam