Sabtu, 30 Oktober 2010

MENOLEH SEJARAH MENILAI BANGSA

Sejarah adalah catatan pengalaman lepas. Menoleh sejarah beerti menelusuri kembali laluan hidup yang telah ditinggalkan dan pasti dipenuhi pelbagai corak dan warna. Bagi sesebuah bangsa, menoleh dan meneliti sejarah beerti mencari kekuatan lama yang tersembunyi. Orang Inggeris lima kurun yang lampau menjadi bangsa penakluk yang hebat ke seluruh dunia mengekalkan sejarah bangsa mereka untuk tatapan generasi terkini. Orang Jepun berbangga dengan sejarah bangsa mereka yang berupaya mengangkat orang Jepun pendek menjadi bangsa yang berjiwa besar dan berakal panjang biar pun ketinggian batang tubuh orang jepun tidak ketara peningkatannya.
Bagi bangsa Malaysia atau Melayu yang mengakui sebagai terasnya sejarah perlu dipelajari, diteliti, difahami agar bangsa ini benar-benar berupaya menjadi sejarah sebagai teladan. Orang Melayu mereka adalah pelayar dan pengembara hebat seawal kurun kesebelas lagi. Orang Melayu adalah pelayar yang dikatakan mampu merentas kepualauandan benua untuk membuka tanah baharu. Namun bagi sejarah orang Melayu hanya berlegar di sekitar Kepulauan Melayu atau Nusantara. Maka sejarah sedemikianlah yang perlu dijadikan iktibar bagi menyemarakkan misi besar bangsa untuk tujuh kurun akan datang. Apa dihairan tantangan orang keturunan Cina atau India yang jelas sejarah mereka jauh lebih besar isinya. Orang India  tidak perlu melenting andainya dilabel sebagai bangsa pendatang oleh ultra Melayu atau ahli sejarah. Sepatutnya mereka bangga dengan sejarah besar marga asal mereka yang mewariskan kamasutra umpamanya. Begitu juga keturunan cina yang sepatutnya bangga kerana peperiksaan  PTK di Malaysia sebenarnya dimulai oleh kerajaan kuno Cina. Sila baca sejarah dan janganlah gaduh dan melenting bila subjek sejarah mahu dijadikan subjek wajib lulus SPM.
Namun sejarah itu mestilah betul dan dikitiraf oleh pakarnya, bukannya sejarah yang hanya menguntungkan UMNO atas sifatnya sebagai parti politik semata-mata umpamanya. Biarlah sejarah bangsa itu memberikan semangat kepada seluruh rakyat dan tidak hanya kepada orang-orang UMNO sahaja yang akan merasa kehebatan sejarahnya. Tentu sekali perkembangan bangsa Melayu lampau tidak hanya dipelopori oleh orang-orang UMNO atau Perkembar atau PAS semata-mata. Tentu sekali ada nelayan, petani  dan kuli atau peon Melayu yang memberikan sumbangan bermakna kepada sejarah bangsa. Semua itu perlu dilihat dan diberikan kredit yang sepatutnya.
Golongan kiri dan komunis memang jahat dan ganas khususnya kepada polis dan askar Melayu, Namun dalam kajian sejarah komunis jahat dan golongan kiri itu tetap berperanan kepada perkembangan sejarah bangsa. sama seperti di Iraq, yang menentang Amerika adalah kelompok jahat dan terrorist dalam konteks massa hari ini tetapi mereka berjuang untuk negara melawan penceroboh. Biarlah sejarah difahami secara nuetral dan diambil pengajaran setelah penilitian analitikal-kritis. Biarlah sejarah dikaji berdasarkan tertib wacana ilmu bukan semata-mata untuk kepuasan kelompok tertentu sahaja. 
Menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM adalah baik jika pengajarannya benar-benar memberik an ilmu kepada penuntutnya. Jika sekadar belajar untuk lulus maka ia akan jadi kerja sia-sia untuk selama-lamanya. Budak Islam belajar agama Islam dan dapat A+ dalam SPM pun masih gagal jadi muslim yang baik kerana beliau hanya belajar untuk lulus cemerlang peperiksaan. Begitulah juga hal bagi subjek Sejarah SPM ini. Belajar Sejarah adalah untuk menilai bangsa sendiri bukan untuk cemerlang atas nama diri sendiri. Agaknya ini yang kurang difahami oleh kebanyakan bangsa 1Malaysia dan jadi polemik!    

1 ulasan:

  1. I'm Sylvester Lim, on behalf on MACC and Puan Salwa to send you this invitation.

    Salam sejahtera,


    Saya Salwa Muharam, dari Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ingin memaklumkan bahawa pihak SPRM akan mengadakan satu program DIALOG BERSAMA BLOGGERS pada 25 November 2010 ini di tempat yang akan dimaklumkan kemudian (sekitar Kuala Lumpur).

    Program ini dijangka akan melibatkan seramai 50 orang bloggers yang dipilih. Sehubungan itu, saya berbesar hati menjemput tuan bagi pihak SPRM untuk menghadiri program Dialog ini.

    Program ini akan melibatkan dialog secara bersemuka antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Abu Kassim Mohamed dengan golongan blogger antara lain bagi memberi penjelasan secara terus kepada golongan ini tentang mesej perubahan dan usaha pembanterasan rasuah secara berterusan yang dilaksanakan oleh SPRM.

    Pihak SPRM amat berbesar hati menjemput pihak tuan menyertai dialog ini agar dapat bertukar-tukar pandangan ke arah usaha pembanterasa rasuah di negara ini.

    Saya menunggu maklumbalas tuan berhubung pelawaan ini, dan tuan boleh berhubung secara langsung dengan saya di talian 03 88867659, atau email komunikasi@sprm.gov.my.

    Terima kasih.

    Salwa Muharam
    Unit Komunikasi Korporat
    Aras 7, Kompleks D6, Parcel D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62007 Putrajaya.

    BalasPadam