Ahad, 23 Januari 2011

MELAYU BAHARU, POLITIK BAHARU DAN PEMBAHARUAN

Melayu Baharu
Satu ketika dalam kurun lepas(sekitar 10 tahun ke belakang) ada tokoh yang berkempen tentang 'Melayu Baru'(baharu). Ada seminar, bual bicara, forum hatta buku dan sajak yang membicarakan darihal  Melayu Baru. Sebelum itu sebetulnya  Sasterawan Negara Dr. Usman Awang pernah mengungkapkan tentang Melayu melalui sajak  "Melayu - yang memang terkenal itu -yang menerangkan tentang hakikat Melayu itu dan barangkali ironi dengan sifat Melayu Baru yang merupakan tranformasi kepada Melayu sedia ada.. Melayu Baru adalah Melayu yang keluar dari sifat lama yang simplistik, kampungan dan lebih berfikiran tertutup. Sasterawan Melayu yang diiktiraf sebagai pendokong sastera Melayu baharu ialah Katib Abdullah Munsyi yang hidup pada zaman Ketuanan Raffles. Selepas merdeka Melayu dikira sebagai baharu, namun sifat baharu Melayu barangkali lebih disedari apabila munculnya koperat Melayu khususnya dalam wadah politik Melayu. Kalau dahulu ketika politik lama, siasah Melayu digerakkan oleh guru-guru Melayu khususnya lulusan SITC, Tanjung Malim. Cikgu-cikgu lulusan Tanjung Malim dalam era Melayu baharu abad ini didapati gagal berfungsi menggerakkan masyarakat khususnya melalui politik. Mereka mungkin baharu dalam bidang lain umpamanya Cik Shida Dari Parit, namun hakikatnya gagal berfungsi membantu Melayu Baru lebih-lebih lagi politik baharu.

Politik Baharu
Tidak dapat dipastikan dari mana mulanya wacana tentang Politik Baharu ini, ,amun dalam Manisfesto Politik sebuah gabungan parti politik telah diungkapkan tentang politik baharu ini. Apa kesannya kepada Melayu dan masyarakat Malaysia tidak dapat dipastikan dan barangkali belum pernah diukur oleh saintis politik dan sosial. Politik baharu barangkali bermaksud cara berpolitik bersifat baharu -umpamanya wujud wacana politik terbuka, tiada sekatan untuk memberikan pendapat dan pemimpin sedia bertanggungjawab apabila berlaku sebarang khilaf. Namun dalam konteks Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Jepun atau Siam -kalau itu ertinya politik baharu- maka nampak gayanya politik Malaysia masih belum boleh diiktiraf sebagai baharu. Mungkin untuk masa ini politik baharu itu hanyalah pada fasa slogan! Satu abad akan datang barangkali baharulah politik baharu itu benar-benar dirasai oleh rakyat 1Malaysia.

Pembaharuan
Melayu Baharu dan Politik Baharu jika berlaku maka pada ketika itulah pembaharuan atau islah benar-benar terjadi. Dalam konteks Barat pembaharuan atau pencerahan yang berlaku telah melahirkan sekularisme yang menjauhkan gereja dari urusan politik duniawi masyarakat. Apakah Melayu akan belajar dan menerima pakai pembaharuan yang sedemikian sifatnya? Mungkin ia dan mungkin tidak. Namun satu abad akan datang tidak mustahil Melayu, Cina, India, Kadazan, Keling atau Paria akan jadi sama sahaja. Sama ada Melayu yang  lelakinya sudah tidak mahu bersunat dan Cina atau India yang jantannya sudah rela dipotong lancau masing-masing bukanlah tanda atau kejayaan utama proses pembaharuan itu. tPaling utama ialah akal dan gerak kerja serta budaya hidup mereka menyatu dalam konsep 1Malaysia yang sebenar-benarnya, maka pembaharuan itu telah ketara wujud. Mari kita nantikannya -jika umur panjang dapat kita saksikannya sendiri.   

Jumaat, 21 Januari 2011

INTERLOK TU APA?

Ada beberapa isu menarik sebermula tahun baharu 2011. Tolak isu politik yang tidak membangun dan memangkin kepada Melayu berjiwa besar, isu novel Interlok dan kemenangan Ana Rafali dalam Acara Akhir Juara Lagu ke-25 pasti meruntun akal untuk berfikir. Interlok adalah hasil kerja seni, begitu juga 'Tolong Ingatkan Aku'. Kedua-duanya terhasil dari adunan akal, pengalaman dan kreativiti pencetusnya. Bagi penikmat  seni sejati tentu akan dapat merasai lazatnya hasil seni itu kerana bacaan dan hadamannya itu benar-benar ikhlas dan menerewang masuk ke ruang rujuk perasaan dan akal penciptanya.Samalah seperti penagih dadah yang amat terasa nikmatnya dadah berstatus najis atau pemakan rasuah atau pengumpat akan terasa nikmat dan feelnya kekotoran rasuah dan umpat keji terhadap orang lain.
Interlok adalah hasil seni masyarakat berbudaya tinggi. Dalam seni budaya Inggeris Shakespeare disanjungi kerana karyanya yang penuh nikmat. Pembaca Shakespeare dari pelbagai ceruk dunia akan merasa hebat apabila membaca cereka orang putih itu. Bahkan Murugiah akan berbangga jika dapat membaca karya-karya Mat Salleh itu atau majalah Time dan Newsweek walau pun Murugiah itu bukan orang Amerika. Ibrahim Ali. S.Samy Vellu, Ah Lek apatah lagi pasti jua akan berbangga membaca karya orang putih kerana tingginya nilai budaya itu.
Apabila intelok memaparkan budaya masyarakat Malaya suatu ketika dahulu, maka apakah itu maknanya interlok itu rasis? Itu yang dipersoalkan. Jika kita menyebut paria, hindu, lancau, mata sepet dan sebagainya dalam karya sastera apakah itu ertinya penulis itu jahat kerana menggambarkan realiti. Kenapa Bollywood dan Hollywood tidak jahat dan rasis bila memaparkan budaya lucah, perkauman dan murahan? Bagaimana caranya orang keling, paria, melayu dan cina mata sepet menilai hasil seni sebenarnya? Ada perkataan paria dan keling apakah itu menggambarkan perkauman dan merendahkan martabat kaum lain?
Seni diakui memang sukar dibaca dan diterima dalam satu gagasan sebagai menepati citarasa bersama. Seni itu relatif dan ada perbezaan citarasa. Seni bersenggama yang paling nikmat itu pun gagal diterima sepenuhnya khususnya tentang kaedah mendapatkan nikmatnya,  inikan pula seni yang terpampang yang boleh diberi ulasan terbuka. Maka kemenangan Ana Rafali itu memanglah bukan kemenangan untuk hasil seni secara umum. Itu kemenangan hasil peribadi yang dikongsi nikmat oleh sebahagian yang lain dan diludah oleh sekelompok yang  lain. Tidak menghairankan pun jika ada yang gagal terima hakikat kemenangan tersebut.
Rumusannya hasil seni pada prinsipnya mestilah sesuai, sedap dan dapat dinikmati dengan sesungguhnya.  Tahap nikmat itu terserah kepada penerimaan individu. Apa-apa pun seni yang ada perlu dirasai secara saksama oleh akal dan nafsu. Jika hanya pada peringkat nafsu sahaja maka seni itu rendah tarafnya. Bahkan senggama untuk memuaskan nafsu syahwat  semata-mata adalah lucah dan jengkel. Mengkisahkan realiti kehidupan kasta paria dengan gaya bahasa yang indah adalaha seni -kerana kasta paria memang wujud dan apa yang peliknya? Sebalik itu  mencaci dan merendahkan kasta paria dalam seluruh kehidupan mereka dalam realiti biar selunak mana pun bahasanya adalah keji dan hina. Itu yang perlu difahami oleh T. Murugiah, Paddayapa, Hindraf  dan sesiapa sahaja. Jangan samakan rakaman dan yang sebenar, atau replika dan yang aslinya. ada faham ka?              

Selasa, 4 Januari 2011

PERSOALAN SEMPENA TAHUN BAHARU

1. Apa benarkah bila mana Sultan Negeri Baghdad menolak untuk hadir majlis yang melibatkan penggunaan Riyal dan dirham yang banyak ertinya Sultan Baghdad tersebut benar-benar menjauhi pembaziran dan tidak rela bersahabatkan syaitan. Apakah Sultan Baghdad tersebut kini hidup berhemah dengan berjimat cermat dan sentiasa bersedekah dan menderma. Kah...kah..kah...ada orang ketawa sebab mana ada Sultan dalam dunia yang tidak membazir. Sultan poyo saja yang tolak duit dan ......Tidak lengkap jadi Sultan jika tidak membazir. kah..kah..kah..... Persoalan ini tidak melibatkan Sultan Melayu.

2. Apabila orang Melayu mengaku Islam tetapi berbalah sesama sendiri atas nama Islam adakah mereka menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran? Apabila kebenaran ditampilkan\ dengan  mengatakan orang lain memfitnah kita maka apakah kebenaran itu adalah benar?

3. Ada orang yang entah berilmu atau tidak berkata ' di Malaysia ini makruf diseru mungkar pun diseru", apa ertinya itu?

4. Agak-agaknya Yahudi lantik siapa jadi agennya? Anwar Ibrahim atau Mahatir Mohamaed? Dua-dua saling tuduh menuduh sebagai agen asing (ertinya agen yahudi).

5. Kenapa orang Melayu takut cina jadi pemimpin? Adakah disebabkan cina tidak potong lancaunya? Atau orang Melayu anggap cina yang makan babi itu hina dan tidak layak pimpin Melayu?