Sabtu, 24 November 2012

YAHUDINISASI

Yahudinisasi. Zionisasi. Barangkali dua istilah tersebut sangat jarang bahkan tidak pun diungkapkan dalam  wacana massa kita. Barangkali istilah tersebut tidak penting pun dalam kepustakaan akademik kita. Kristiansasi, westenization, globalisasi, urbanisasi dan Islamisasi memang kerap dibincang dan cuba difahamkan kepada umum. 'Jewnization' dalam konteks umat Melayu-Islam 1Malaysia setakat ini seolah-olah tidak ada. Hassan Aqidah dalam wacana beliau lebih ghairah dan terarah kepada memerangi kristinisasi. Pernahkah kita mendengar beliau berbicara mengenai  Yahudinisasi khususnya setelah mengetuai Jati. Ibrahim Ali, Perkida, Tibai dan sebagainya tidak mengungkapkan perang terhadap Yahudinisasi sebagai slogan nyata mereka.
Apakah Yahudinisasi tidak wujud atau telah bersekutu kejahatannya dalam 'westenization' dan kristianisasi? Atau apakah Yahudinisasi bukan salah satu proses serangan pemikiran tetapi lebih kepada serangan bersifat nyata dan boleh ditentang. Dalam pemikiran aqidah mungkinkah Yahudinisasi ini 'harbi' tarafnya manakala yang selain itu lebih 'dhimmi' pendekatan mereka -walaupun realiti perang terhadap Yahudi Israel hanyalah kutukan dan 'salakan' di sana sini seantero alam.
Jew atau Yahudi adalah agama yang dianuti oleh semua anak-anak Israel atau Jacob. Tanah asal mereka ialah Mesir dan menurut sejarah silam mereka menduduki Tanah Palestina sejak zaman Firauan lagi. Sebagai pengikut Musa anak-anak Israel memang beriman dengan Allah
Taala dan memang pun mereka pewaris agama Samawi.

Zionis hanya muncul dan membara barangkali selepas zaman Hitler -yang menjadi mimpi ngeri buat Yahudi. Zion adalah pejuang hak dan kebebasan bangsa Israel yang beragama Yahudi. Keperluan kelangsungan hidup menjadikan mereka bersifat 'barbarian' dalam era global kini. Maka bagi mereka dalam proses untuk terus hidup di tengah-tengah bangsa bukan Israel maka mereka perlu bersifat agresif. Atas sifatnya sebagai manusia sikap Israel atau Yahudi sebegitu bukanlah satu yang salah bahkan satu hak. Namun apabila sentimen dan taksub agama disuntik maka seluruh masyarakat dikehendaki bersepakat membenci Israel seluruhnya biar pun yang jahat itu hanya sekelompok kecil dari mereka. Zionis mungkin 'nila setitik yang merosakkan susu sebelanga' -biarpun hakikatnya Zionis itu mewakili perjuangan Yahudi. Ini yang sukar difahami oleh kebanyakan umat manusia.

Yahudi memang kontra dengan Islam dari perspektif aqidah manakala Zionis kontradik bukan dengan Islam semata-mata bahkan dengan Arab, Parsi, Cina dan seluruh umat manusia. Namun demikian nilai Yahudi dan Zionis tetap ada adalam diri umat manusia di mana-mana jua pun. Norma sejagat yang baik dan selaras dengan kemanusiaan patutlah diterima dan diraikan. Nilai jahat perlulah dihindar dan dibuang.

Apa yang amat menyedihkan ialah umat Melayu Islam yang vokal menentang Zionis atau Yahudi ironinya menjadi pengamal nilai-nilai zionis. Dalam pada kita menentang kekejaman kemanusiaan Zionis jangan kita lupa bahawa kita sebenarnya meraikan dan menyokong mereka. Dalam aspek pemikiran, sikap atau watak sama ada sedar atau tidak kita menyamai Yahudi. Satu contoh menarik untuk analisis adalah tindakan satu saluran televisyen 1Malaysia yang beria-ia menyiarkan demonstrasi mengutuk Israel di seluruh negara. Namun ketika rumusannya dengan selamba mengutuk kerajaan Kelantan yang tidak mengadakan unjuk rasa yang serupa di Kelantan. Menyiarkan berita kutukan umat terhadap Zionis dan mengutuk orang lain selaras dengan perangai buruk Yahudi berjalan serentak. Kebaikan dan kemungkaran berbaur dan hilanglah konsep 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi teras sahsiah dan syiar Islam. Menjatuhkan orang untuk memberikan peluang kepada diri bukan sahsiah yang Islamik mahu pun bersifat Melayu. Saluran tv tersebut sebenar telah masuk dalam perangkap Yahudinisasi tanpa mereka sedar. Siapa yang untung dalam situasi ini? Pertamanya tentu penaung politik bagi saluran televisyen tersebut dan yang keduanya sudah tentu Yahudi yang dilaknat pada awalnya. Tidak ada untung kepada Islam dan Melayu kalau begitu caranya. Islam sesama Islam berbalah sudah pasti musuh yang untung.
Rupa-rupanya Yahudi dan Kristian telah lama berakar dalam kepala dan jantung umat Melayu Islam 1Malaysia. Inilah yang pejuang aqidah perlu faham dan betul-betul ambil tahu agar tidak terus ditipu oleh isme-isme lain selain Islamisasi. Ingatlah Melayu yang kutuk dan hina Melayu yang lain mereka itu sama sahaja perangainya dengan Yahudi bahkan tidak melampua jika dilabelkan Melayu
seperti itu sebagai agen Yahudinisasi.