Ahad, 22 September 2013

CHIN PENG : IKON JAHAT DI MATA MELAYU

Secara kebetulan Chin Peng meninggal dunia (atau 'cina mampus' dalam istilah Melayu kampung zaman tv hitam putih dahulu) pada tanggal 16 September - Hari Malaysia. Namun pandangan umum diolah agar Chin Peng akan sentiasa dikenang sebagai pengkhianat negara. Apa sahaja pandangan bersifat massa akan menjurus ke arah itu -bahkan ahli akademik dan sejarawan pun akan mendorong ke arah nilai jahat dan kesyaitanan Chin Peng. Dalam pemikiran Melayu yang sentiasa malar jiwa hambanya, Chin Peng jangan sesekali dikaitkan dengan perjuangan menentang penjajah dan mana-mana Melayu yang cuba-cuba mendorong akal ke arah kewiraan Chin Peng maka akan jadi pengkhianatlah mereka itu. Itulah real politik dalam negara 1Malaysia ini. 
     Meneliti ulasan media sosial seperti blog, web, fb dan sebagainya semua ulasan adalah menuju kepada kejahatan Chin Peng - malah sesiapa yang cuba bersifat kritis atau rasional berdasarkan apa jua pertimbangan mantik dan akademik yang dia ada, maka pasti akan menerima kutukan, kejian, makian dan seranah berpanjangan. Begitulah kesan besar pandangan yang dibentuk oleh media massa ke atas masyarakat. Cina yang komunis adalah manusia paling kejam dalam dunia ini khususnya di atas muka bumi Tanah Melayu ini.
          Pembentukan pemikiran sebegini berlaku sejak sekian lama, barangkali masa tepatnya bermula seusai pendudukan Jepun dan membawa hingga ke hari ini. Itulah kesan kebijaksanaan dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris. Melayu dan cina akan dilaga-lagakan dalam akal bawah sedar mereka, secara kolektif -dari dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya. Impak besarnya manusia Melayu akan sentiasa membenci cina mata sepet yang dikaitkan dengan komunis, ironisnya Melayu(yang miskin dan pecacai atau yang kaya raya dan bertaraf tuan) amat sayang pada tauke cina sama ada apek penjual sayur di kampung, cina perabut di pekan-pekan kecil mahu pun tauke besar cina di bandaraya.

       Melayu akan sentiasa membeli barangan dan perkhidmatan komuniti bisnes cina. Melayu setiap hari bahkan saat sedia dan rela membeli ikan, kangkung, seluar dalam, pisau cukur dan kondom termasuklah buah kurma nabi dan minyak zaiton dari peniaga cina. Barangkali satu sahaja produk orang cina yang tidak dibeli oleh orang Melayu iaitu babi. Melayu tidak berkira langsung untuk membeli barangan orang cina. Dalam kampung yang seratus peratus Melayu - yang semua lelakinya dipotong belalai hujung zakarnya- akan juga membeli barangan di kedai cina (yang satu-satunya itu dialam kampung Melayu) dan yang tidak pernah berkhatan seumur hidup itu. Malahan Melayu juga akan sedia membeli nombor ekor di kedai apek cina dalam kampung Melayu. Kalau Melayu masuk kedai cina, mereka akan terpegun dan teruja dengan kebaikan tauke cina dan berkata-kata dalam hati "kalaulah cina ini masuk Islam dan potong anunya, sah masuk syurga cina ini!"
       Melayu-Cina di tanah Melayu memang punyai hubungan istimewa dalam bisnes. Hubungan mereka ibarat merpati dua sejoli -sangat akrab bahkan intim. Tauke besar cina dan Tuan Besar Melayu lagilah rapat hubungan mereka -erat dan penuh silaturrahim. Melayu akan akur dengan cina dan cina akan tabik hormat dengan Melayu dalam urusan muamalat yang halal mahu pun haram.
          Cumanya Melayu  mungkin tidak begitu sedar yang dalam hubungan  niaga mereka, langsung tidak ada seorang pun cina yang paling bodoh dan dan dungu sekali pun yang sedia jadi drebar tauke Melayu. Melayu juga mungkin tidak pernah sedar bahawa tiada pun awek cina walau pun yang jongang dan sengau sekali pun yang penuh rela mahu jadi 'cashier' atau promoter di gedung perniagaan Melayu.
           Barangkali Melayu hanya benci kepada cina komunis yang bunuh askar dan polis diraja Melayu tetapi amat sayangkan tauke cina kerana mereka semuanya baik hati dan selalu tolong Melayu -biar pun kedua-dua jenis cina itu sama-sama tak bersunat dan bermata sepet.