Ahad, 27 Oktober 2013

PENANG : NASI KANDAR,MEE UDANG & JERUK MADU PAK ALI

25 Oktober 2013, Jam 11: 15 malam, Lokasinya deretan kedai di hadapan Masjid Kapitan Keling, di tengah Bandaraya Georgetown. Papan nama tertulis  "Nasi Kandar Beratur. Resepi Original Sejak 1943. Dibuka Pada 10.00 Malam". Manusia beratur penuh sabar dan ada yang bertingkah ingin tahu, 'suspen' dan tidak kurang yang bermuka selamba. Ada makcik, pakcik, awek, balak, apek, nyoya, ane, tambi dan semua jenis manusia 1Malaysia.  Situasi ini sah menggambarkan budaya 'gila makan' orang Malaysia. Gila apabila makan malam bermula jam 10.00 malam. Ketika itu sepatutnya manusia sudah tidur dan memberikan peluang kepada perut untuk berehat. Kenapa manusia perlu makan pada   lewat malam dan sanggup bersusah payah -barangkali bersabar juga- beratur panjang untuk mendapatkan sepinggan nasi berlauk yang harganya relatif mahal. Restorannya sempit dan lebih banyak kerusi mejanya disusun di kaki lima pejalan kaki. Lauk pauknya yang dipamerkan di ruang pamer yang sangat sempit boleh juga memberikan pengertian juadahnya banyak. Pelanggan terpaksa tunduk untuk tunjukkan lauk yang diinginkan. Selesai tunjukkan lauk masuk wajib masuk ke ruang sempit 'cashier' untuk membayar harganya. Jumlah RM-nya...wow! boleh bikin kaya jika sendiri yang terimanya.   

Nasi Kandar Aboo. Letaknya di sisi bawah Jambatan Sungai Perai. Tepatnya berhampiran Masjid Bagan Dalam Butterworth. Operasi bermula tengah malam hingga awal pagi. Lokasinya agak terasing dari laluan tetapi sentiasa ada peminatnya dan sentiasa dipenuhi pengunjung. Ada 'style' dan citarasa tersendiri. Orang Bagan memang akan ke situ jika mahu makan tengah malam. Kaki pancing yang beroperasi di Ujung Batu atau Kuala Sungai Perai teramatlah maklum Nasi Kandar Aboo ini. Jangan pula keliru dengan Nasi Kandar Abu di Seberang Jaya.

Jeruk Madu Pak Ali kini sudah jadi jenama Penang. Dahulu orang ke Pulau Pinang bertumpu ke Pasar Chowrasta Penang Road untuk mendapatkan jeruk dan buah pala. Kini Jeruk Madu Pak Ali di mana-mana sahaja ada. Di Stesen Bas Bagan (nantinya akan jadi Butterworth Sentral)  semua peniaga menayangkan kain rentang Jeruk Madu Pak Ali. Tidak pasti jeruk lainnya masih laku dijual di sana. Yang pasti semua peniaga mahu jual Jeruk Madu Pak Ali. Jeruknya tidak sakitkan tekak dan tidak bergas seperti jeruk cina Penang. 

Di Sungai Dua ada Mee Udang dan Char Keu Teow. Itu jenama yang juga memperkenalkan Pulau Pinang sebagai 'syurga makanan' khususnya di Malaysia. Merata tempat ada Char Kue Teow Sungai Dua dan Mee Udang Pak Ngah. Mana satu original dan mana satu tiruan pun tidak pasti. Semuanya sedap dan  boleh dimakan. 

Selain populariti makanan di atas juga terdapat Mee Rebus Mak Long dan Tok Long di sekitar Paya Keladi.  Kedua-duanya menjual mee rebus di samping masakan lainnya, saling bersaing juga saling melengkapi. Makan tengahari sedap dan popular ialah gulai sembilang di Jalan Baru dan Sungai Pinang. Kedua-duanya di Balik Pulau. Selain itu  gulai sembilang juga ada di Bayan Lepas dan Penaga. Kedai makannya usang dan tidak ceria tetapi setiap hari dikunjungi. Tiada papan untuk tunjuk arah ke lokasi-lokasi tersebut. Perlulah dicari jika benar-benar mahu merasainya. Selain daripada itu ada Restoran Sawit di Juru yang menu utamanya bawal goreng. Malamnya di Kuala Juru ada mee atau nasi goreng ketam. Di Pekan Kepala Batas ada pulak nasi arab dan nasi kandar. Perlu dituju jika mahu merasai kepelbagaian dan keunikan masakan Penang. 

Rumusannya jangan kerana makanan yang sedap dan pelbagai itu, kita akhirnya beroleh penyakit tiga serangkai iaitu jantung, diabetes dan darah tinggi. Janganlah rakyat 1Malaysia lebih ramai mati kerana lebih atau salah atur makan. 

5 ulasan:

  1. Dia tak pi pekena lagi la tuuuuu

    BalasPadam
  2. Coverage saya untuk cendol maklum...

    http://jom-makan-utara.blogspot.com/2011/10/cendol-maklom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik gila cendol maklom.mengkelan sapa tak mkn.pergh...

      Padam
    2. Terbaik gila cendol maklom.mengkelan sapa tak mkn.pergh...

      Padam