Rabu, 6 November 2013

MANA TELUR KITA?

Saya terbaca satu petikan laman yahoo berbunyi "Ridhuan Tee calls for new political party with “telur” to defend Islam". Kolum sebenar beliau adalah dalam Sinar Harian bertanyakan pembaca dengan soalan "Mana telur kita?". Saya tak pasti sama ada pertanyaan itu adalah lucah atau "seksis"(kalau ada istilah itu). Apa yang pasti bunyinya agak kasar dan mencabar. Orang Melayu di kampung sekiranya terlalu marah atau tidak puas hati dengan kedayusan seseorang lelaki, akan keluarkan yang sempama itulah! Maka soalan  Ridhuan Tee, muallaf cina (yang sering dipanang rendah oleh Melayu Islam sejati) menggambarkan betapa marah dan bengangnya beliau terhadap sikap pemimpin Melayu-Islam terutamanya yang gagal bersikap keras terhadap 'kafir zimmi' yang mahu berseteru dengan Islam .

Perihal keluwesan dan ketenangan bahkan kebebalan Melayu barangkali kita semua sudah maklum. Melayu itu teramatlah baik pekertinya.  Menurut Usman Awang  "Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan, Segala yang ada sanggup diberikan, Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"  
Tambah Usman Awang lagi "Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi" (Sajak "Melayu" oleh Dr. Usman Awang).

Sifat Melayu dan pemimpin Melayu yang tidak punyai keberanian itulah yang diumpamakan sebagai tidak bertelur. Bayangkanlah jika lelaki atau anak jantan tidak ada telur (lebih tepat lagi tidak berzakar-mungkin), maka gagal berfungsi seseorang lelaki itu. Telurlah yang membuktikan kejantanan seseorang lelaki. Memperkuatkan tenaga jantan ertinya menambahkan power kepada 'telur' seorang anak jantan. Sebab itulah timbulnya minuman kopi jantan, Abang Best, Radix mai secawan, Ali Cafe dan sebagainya. Semua jenis minuman tersebut memberikan isyarat tentang penting kejantanan. 

Dalam wacana budaya Melayu terutama melalui wadah sembang kedai kopi perihal kejantanan amat diutamakan. Lelaki sejati adalah lelaki yang dapat menggunakan dan menghasilkan sesuatu dari aktiviti telurnya. Lelaki Melayu hebat akan memperkatakan kehebatan aspek kejantanan. Lelaki hebat akan memilih janda hebat juga bagi membuat esperimen kejantanannya. Jika dipersoalkan atau diperlekehkan telur seseorang lelaki beerti menjatuhkan maruah sang lelaki.

Persoalan Dr. Redhuan Tee tentang 'mana telur kita" sebetulnya mencabar sifat kejantanan seseorang lelaki sejati Melayu Islam. Jika atas sifat jantannya seseorang lelaki atau pemimpn Melayu tidak terasa d icabar ertinya lelaki Melayu Islam masa kini sudah tidak hebat telurnya. Mereka mungkin boleh gunakan telur atau sifat kejantanan masing-masing untuk bersenggama tetapi dalam makna semangat jantan sejati mereka sebenarnya dayus.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari seseorang lelaki dayus? Lelaki atau pemimpin dayus yang terpilih untuk memimpin tidak akan ada sebarang keberanian sedangkan syarat untuk menjadi pemimpin seseorang itu mesti berani dan cerdik. Gambaran tiadak adanya sifat berani dan cerdik dapat kita lihat dari sikap atau 'kebaikan' palsu seseorang lelaki atau pemimpin. Kajilah dengan daya akal yang lebih kritikal.