Ahad, 13 Januari 2013

KELUHAN PENIAGA & WARGA #KL112

Saya petik penuh berita Bernama berkait Himpunan  Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013,
(sepenuhnya seperti berikut dari laman : http://my.news.yahoo.com/perhimpunan-jejaskan-perniagaan-peniaga-094933157.html )

"KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian ekoran perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu. Malah ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.
Pekerja sebuah kedai aksesori telefon di Jalan Raja Laut, Omiratna Abas, 19, berkata kedainya tidak dikunjungi pelanggan selepas dibuka pagi tadi. "Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai," katanya.

Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu. "Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan," katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas.
Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan.
"Saya baru pulang dari Sabah...saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya," katanya.
Tinjauan Bernama di kedua-dua kawasan itu juga mendapati beberapa kedai menutup perniagaan kerana bimbang kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku.
Seorang peniaga kain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahmed Bukhara, 43, berkata premisnya terpaksa ditutup kerana keadaan yang sesak dengan peserta perhimpunan.
"Keadaan ini menyebabkan pelanggan tidak mahu datang. Saya tidak suka kerana sebabkan kami rugi...susah nak berniaga," katanya.
Keadaan di Jalan Petaling, yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari negara Arab, juga tidak banyak bezanya apabila ramai peniaga mendakwa sukar berniaga kerana perhimpunan itu. Kebanyakan pelancong telah diingatkan oleh pengusaha hotel supaya tidak ke kawasan itu hari ini.
Sementara itu, beberapa warga kota yang ditemui juga merungut apabila himpunan itu menjejaskan perancangan hujung minggu mereka.
Penjawat awam, Zulfahmi Syafiq, 25, kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya dan keluarga membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melampau.
Norizah Hasan, 26, pula terpaksa membatalkan hasratnya mengambil kursus perkahwinan di sebuah premis di kawasan itu kerana bimbangkan keselamatan selain kesesakan lalu lintas. Norizah, dari Kampung Baru di sini berkata beliau akan berkahwin pada Mac depan dan telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus itu hari ini dan esok.
Seorang guru, Mohd Kadir Abdullah, 42, pula menyifatkan kesesakan lalu lintas di kawasan Tuanku Abdul Rahman adalah sangat luar biasa ekoran perhimpunan itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa marah mereka terhadap perhimpunan itu melalui laman sosial Facebook dan Twitter masing-masing.
Firdaus Ashraf menyifatkan perhimpunan itu sebagai terlalu fanatik kerana mengganggu aktiviti harian warga kota.


Marilah kita bersimpati dan sejenak merasai beban yang ditanggung warga kotaraya KL. Mereka amat tertekan  akibat  himpunan 'penggugat keharmonian' pada 12 Januari 2013. Dari maklumat Bernama jelas sekali kerugian yang ditanggung pada hari tersebut akan memberikan impak dan kesan emosi untuk seumur hidup. Mereka hilang hampir 80 peratus pelanggan. Kesesakan menyebabkan niat untuk membeli belah warga KL pada hari tersebut terpaksa dibatalkan. Kursus perkahwinan pun terpaksa dibatalkan kesan daripada himpunan tersebut.

Bernama merumuskan bahawa warga KL amat malang dan rugi pada hari tersebut. Kesan emosi dan traumanya mungkin sama dengan apa yang dirasakan oleh penduduk persisir pantai di Kedah dan Pulau Pinang yang dirempuh tsunami pada Disember 2006. Kesesakan lalu lintas menjadi amat luar biasa akibat himpunan golongan fanatik yang 'bakal memusnahkan negara' jika dibiarkan. Selama ini dengan baki 364 hari yang ada mereka masih gagal mengecap keuntungan biar pun ramai pelanggan dan pelancong asing yang datang. Mereka rasakan dalam setahun jika tidak dapat berniaga satu hari lebih-lebih lagi pada hari himpunan sedemikian, maka mereka akan rugi sepanjang hayat. Itulah yang dirasai oleh warga KL yang ditemu ramah oleh Bernama - dan pasti mewakli 2 juta warga KL yang lainnya.

Tahniah kepada warga KL yang amat prihatin dan ambil peduli atas kepentingan diri dan perut masing-masing. Sah dan jelas sekali warga KL yang ditemu ramah adalah dari kalangan penganut setia konsumerisme. Tidak menjadi salah dan aib menganut faham konsumer yang berhala besarnya bernama kapitalisme itu. Semua manusia berhak memegang apa jua yang dimahukannya. Di mana-mana jua pun kita berhak perjuangkan apa yang kita mahu perjuangkan termasuklah kepentingan diri dan perut sendiri.

Begitulah jua peranan sang pemodal mengajar manusia pengguna yang rata-ratanya jahil dan jumud fikrah masing-masing. Warga KL yang pentingkan diri sendiri dan yang jahil tentang real politik hanya fikirkan yang benda praktikal dan mudah-mudah sahaja. Amat simplistik gaya fikir warga KL hari ini. Pemikiran simplistik, sempoi atau mudah sebegitu mungkin tidak bertaraf jahil tetapi pastilah tahapnya amat rendah atau sekurang-kurangnya hampir jumud. 

Tidak kira peniaga, pekerja kerajaan, pemandu teksi, bakal mempelai atau pesara yang bermukim di KL kalau didasarkan kepada  temubual tersebut jelas mereka hanya pentingkan diri sendiri dan jahil tentang perkembangan semasa.  Mereka yang hanya fikirkan tentang rugi satu hari setahun dalam perniagaan atau kesesakan lalu lintas dalam satu hari di tengah kota raya dan rasa menyampah melihat manusia meraikan demokrasi. Itulah cengkaman fikrah oleh sang pemodal agar terus patuh dan setia kepada rukun kapitalis melalui budaya konsumer. Mereka hanyalah pengguna yang lahap yang akan membeli dan menggunakan apa sahaja tanpa tahu apa itu syukur, apa itu khidmat sosial dan apa itu tipu daya. 

Dalam setahun satu hari perniagaan terjejas maka seumur hiduplah mereka akan rasakan kerugiaannya. Kah..kah...kah...apa lagi yang patut kita sambut dengan sikap sedemikian selain mentertawakan mereka semua. Mereka ini yang Islamnya adakah membayar zakat atau tidak? Kalau zakat dibayar maka fahamkah mereka apakah hikmah berzakat. Mungkin tidak wajar disetarakan mereka ini dengan kapir laknat yang memotong lancau masing-masing tetapi tidak memahami hikmat dan nikmat tersirat di sebalik kewajipan bersunat itu, tetapi tidak salah dan keterlaluan jika ada ahli kaji sosial yang mahu membuat perbandingan sampai ke situ.

Selamat berjuang warga dagang kotaraya KL.