Ahad, 5 Mei 2013

5.5.13 UBAH..INI KALILAH...

5.5.2013 - 55 tahun penguasaan UMNO yang mahu ditamatkan oleh rakyat.
AHAD - Adalah Hari Akhir Dato' Najib

FAQ
S : Bolehkah penjawat awam mengundi Pakatan Rakyat
J :  Sudah tentu boleh. Ini Kalilah!

S : Jika PR menang adakah rakyat untung?
J : Belum tentu. Yang pasti tauke cina akan berterusan untung.

S : Jika BN menang adaakah rakyat untung?
J : Belum pasti. Berdasarkan pengalaman tauke cina dan kroni yang selalu untung.

S : Adakah janji BN dan PR akan ditepati selepas PRU13?
J : Tidak. Kata Aisyah itu semua hanyalah  'Janji Manismu'

S : Ke mana Abby Abadi akan beralih arah jika PR kalah?
J : Ke Janda Baik.

Sama ada PR atau BN yang menang esok, sejarah yang akan dikaji 100 tahun lagi akan bertemu dengan fakta bahawa PRU13 manisfestonya sama dan orang meniru tak mengaku meniru. Fakta lain bendera BN sepatutnya Biru Tua sudah bertukar jadi Biru Muda... Jadi hakikatnya yang Ubah dan tukar kali ini bukan PR tetapi BN.

Ini kalilah...Lain kalilah....atau PR akan tewas untuk kesekian kalinya. Tunggu 08:00 malam 05 Mei 2013.