Gedung akal kini kembali
Sesungguhnya daya fikir boleh merudum dan akal gagal diasah sama sekali. Tiadanya dorongan munasabah dan balasan setimpal barangkali menjumudkan daya fikir dan daya gerak untuk mencatat tentang sesuatu.
Sebetulnya menulis adalah satu kesukaran dan kerumitan bagi yang hanya punyai semangat dan kemahuan kerana di sebalik itu perlu ada kekuatan munasabah seumpama akidah bagi menatijahkan seorang penulis yang berwibawa. Menulis juga adalah medan perjuangan, maka mujahadah dan kekuatan luar dalam perlu untuk menepis segala halangan bersifat luaran umpamanya kemudahan, suasana dan sokongan atau halangan dalaman seperti keghairahan dan nafsu yang membuak untuk mencetuskan idea untuk menulis.
Sekiranya ada seorang lelaki tua berusia 92 tahun masih mampu memimpin dan mendorong generasi baharu dan anak muda, fikirkanlah kenapa jiwa yang muda dan kudrat yang masih kental patut mengalah dengan seorang lelaki tua itu.
Semoga draf ringkas ini akan sentiasa berkembang biak dan tersebar luas ke serata alam maya.
gedung akal
Lebih mulia menjadi Jebat daripada setia menadah darjat!
Rabu, 15 Ogos 2018
Rabu, 18 Mei 2016
SELAMAT HARI GURU 2016
Ucapan tahunan dan ulangan.
Sebagai catatan untuk diimbas setelah menjadi sejarah.
Selamat Hari Guru 2016.
Kepada semua yang berkenaan.
Sekian.
Sebagai catatan untuk diimbas setelah menjadi sejarah.
Selamat Hari Guru 2016.
Kepada semua yang berkenaan.
Sekian.
Selasa, 19 Mei 2015
SELAMAT HARI GURU 2015
"Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" merupakan tema sambutan Hari Guru Tahun 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) kembali membina pandangan umum dengan menarik pemikiran bawah sedar masyarakat (Melayu-Islam khususnya) kepada falsafah moral iaitu pembinaan insan seimbang antara ilmu dan keperibadian -yang sewajarnya selari atau sepadu. Guru perlu mengajar ilmu dan sempurnakan akhlak sekali gus. Suatu ketika dahulu khususnya dalam era "Kurikulum Bersepadu Sekolah" dan dalam riuh dan asyik kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terlihatlah usaha pembinaan insan yang seimbang dijadikan keutamaan -oleh guru, masyarakat dan pemimpin. Maka pada dekad-dekad tersebut murid dan guru didedahkan tentang kesepaduan ilmu yang berhubung kait dengan wahyu atau Tuhan dan kepentingan interaksi dengan alam sekelilingnya. Pada ketika itu 'kafir laknat' umpamanya cina mata sepet pemimpin Partai Rakyat mahu pun Keling dan Hindu tidak ada keberanian untuk mempertikaikan pendidikan bersepadu -secara terang mahu pun selindung. Mereka mungkin respek atau kurang idea tentang pendidikan sepadu. Memasukkan unsur ilmu dan akhlak dalam sistem pendidikan merupakan faksafah idealistik yang boleh dibuat suatu ketika dahulu.
Beberapa ketika sesudah era tersebut, tatkala istilah khinzir sah diganti dengan perkataan babi, pada musim-musim liwat, seks luar tabie, lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) sudah tidak menjadi taboo lagi, pada ketika bahasa Melayu disaran sebut sebagai bahasa Malaysia, kelihatannya pendidikan akhlak dan idealisme pendidikan bersepadu seakan tertangguh dan barangkali diletak ke tepi. Kurikulum baharu pun dinamakan Kurikulum Standard - yang beerti kurikulum berpiawai, berketentuan atau dalam faham orang kampung sebagai lebih tinggi darjatnya! Apabila mahu diajarkan tasawwur dan sejarah Islam -belum lagi aqidah dan akhlak Islam sebagai mata pelajaran umum maka terdengarlah suara yang amat berani mempertikaikannya. Dalam negara sekular kenapa perlu silibus berbaur Islam diajarkan! Pada ketika Melayu sudah jadi Malaysia, Tanjong Pagar terlepas dari genggaman, pemikiran korperat menentukan kualiti pendidikan dan lahirnya sesetengah politikus menjuarai pendidikan untuk pengikut masing-masing, siapa yang bicara tentang ilmu dan akhlak secara bersepadu akan jadi kera sumbang dan janggal. Siapa yang mahu pertahankan budaya dan jati diri leluhur akan dilihat sebagai mengundur ke belakang justeru pendidikan akhlak wajar dikebelakangkan untuk memberi laluan kepada penguasaan akademik agar lulus cemerlang dalam peperiksan awam khususnya.
Dengan menyebutkan kembali ilmu dan akhlak mudah-mudahan pendidikan kita akan lebih berjiwa dan punyai kekuatan untuk membangunkan jati diri bangsa. Namun slogan ini masih belum mencukupi selagi ilmu dan akhlak itu tidak dijadikan asas utama sistem pendidikan. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu kembali diulang dan dikaji semula agar pendidikan kita benar-benar berupaya melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mungkin umum tidak sedar yang pendidikan kita ada ketikanya lebih ghairah kepada pencapaian intelek dan penghasilan tenaga kerja profesional dan mahir. Tak percaya dengan kenyataan ini silalah kaji semula satu aspek atau tema pendidikan cukuplah iaitu: "pendidikan tinggi negara".....unsur apa yang lebih dominan? Akhlakkah atau ilmukah atau bukan kedua-duanya?
Selamat Hari Guru. Untuk guru pendidikan paling rendah hinggalah kepada pendidikan yang tertinggi!
.
Sabtu, 18 Januari 2014
PERIHAL KANGKUNG
13 Januari 2014 mungkin sesuai diisytiharkan sebagai Hari Kangkung -sama ada nasional mahu pun sedunia. Istilah kangkung kini menjadi satu fenomena. Sensasi pastinya. Kangkung dibualkan di mana-mana jua. Adakah semua rakyat Malaysia faham hakikat kangkung yang sebenar-benarnya? Dari perspektif atau pegangan yang bagaimana sebenarnya rakyat Malaysia melihat, mengkaji, memahami dan menangani fenomena kangkung ini.
Kebijaksanan dahulu kala dibantu oleh kangkung dan kebebalan hari ini juga berkisar sekitar kangkung. Professor kangkung....
Kebijaksanan dahulu kala dibantu oleh kangkung dan kebebalan hari ini juga berkisar sekitar kangkung. Professor kangkung....
Sabtu, 7 Disember 2013
BEBALSIME SEHINGGA KINI.....?
Kata perwakilan Persidangan Agung UMNO 2013,
“Kalaulah apa-apa terjadi kepada tubuh badan dan keselamatan isteri perdana menteri sudah tentu bebanan emosi kepada perdana menteri kita, dia (Najib) kena fikir 27 bilion, huih, sayang o," katanya ketika membahaskan usul ekonomi yang dibawa perwakilan Umno Kelantan.
"Kalau benda itu kelulusan rasmi, apakah itu rasmi? Rasmi ini adalah apabila mendapat jemputan, bukannya isteri perdana menteri itu nak pergi holiday (bercuti). Kalau pergi holiday saya pun tak setuju, lainlah kalau dia jemput saya sekali. Tapi ini dijemput, jadi teruskan. Isu keselamatan tidak ada had harga...," tambahnya lagi.
"Rumah Seri Perdana ini adalah lambang kemegahan yang diberikan kepada perdana menteri, kena cantik. Bak kata orang tua-tua besar periuk, besarlah keraknya.
"Takkan kita nak terangkan rumah perdana menteri Seri Perdana, tiap-tiap kali kita datang, buka lampu. (Kemudian) kita masuk rumah kita katup lampu. Itu rumah Abu Nawas bukan rumah Seri Perdana," katanya.
Sedikit ulasan :
Inilah pemikiran dan perasaan yang mewakili ahli-ahli UMNO 1Malaysia. Mempertahankan semua situasi atau tindakan semata-mata kerana ia berkait dengan Perdana Menteri tanpa mempertimbangkan sama ada isu betul dengan apa yang sebenarnya.
Meletakkan sesuatu di tempat yang sebenarnya adalah asas kepada keadilan. Mempertahankan sesuatu tanpa asas kebenaran adalah lawan kepada keadilan. Mempertahankan apa tindakan isteri Perdana Menteri biar pun jelas 'situasi itu letaknya pada tempat yang salah' ertinya mengiktiktiraf ketidakadilan.
Perkara sebegini tidak diamati secara berhati-hati dan perwakilan hanya mempertahnakan tindakan tersebut secara membuta tuli (kalau tidak membabi buta), tanpa berfikir secara kritikal. Natijahnya ketidakadilan akan terus berlanjutan.
Kepada para perwakilan sebenar-benarnya inilah masanya untuk menasihat pemimpin tertinggi negara secara bijaksana dan telus agar prinsip keadilan sentiasa dijunjung tinggi. Ahli-ahli tidak sepatutnya menjulang bebalisme dari dahulu, kini dan selamanya! Ingatlah, ahli-ahli UMNO bukan Abu Nawas yang makar (atau bebal) tanpa mengira tempat dan masa -lebih-lebih lagi di hadapan Sultann!
Gagal meletakkan sesuatu kebenaran pada tempatnya yang betul adalah ketidakadilan atau istilah lain yang paling tepat ialah zalim! Orang bebal akan bermula dengan menzalimi diri sendiri sebelum bertindak zalim ke atas orang lain!
Langgan:
Catatan (Atom)