Selamat menyambut tahun baharu 2012. Tahun dijangkakan bakal berlaku 'independent day' atau kiamat dunia. Sama-sama kita nantikan ramalan ini. Semuanya adalah rahsia Yang Maha Berkuasa. Bagi yang tidak percayakan tuhan dan hanya percayakan taakulan ahli fizik pula kiamat ertinya dunia yang semulajadi ini akan meletup atau memasuki ruang tanpa masa kerana tempoh masa dunia sudah berakhir. Dari perspektif mana pun ada kepercayaan yang menyatakan dunia atau bumi ini akan hancur menjadi puing pada suatu ketika nantinya. Isi atau penghuninya iatiu manusia, haiwan atau tumbuhan turut sama merasai kesannya. Mana-mana yang tidak sempat selamatkan diri akan hancur bersama kiamat 2012. Menurut ramalan sekelompok manusia dari Amerika Syarikat sahaja yang akan selamat dan akan menjadi pewaris kepada makhluk manusia. Mereka sama seperti kaum Nuh yang terselamat dari banjir besar dunia berkurun lalu. Semua manusia dari bangsa lain akan musnah hancur lebur bersama kiamat dunia.
Sama ada faham tersebut berdasarkan faham atau dikaitkan dengan wahyu, mitos, pencapaian pemikiran sains atau khayalan semata-mata, ia ingin buktikan bahawa akan ada manusia yang akan selamat dari tiupan sangka kala tau kemusnahan yang amat dahsyat. Buat masa ini orang Amerikalah yang layak menjuarai cerita sedemikian. Sama-samakita fikirkan!l
Sabtu, 31 Disember 2011
Isnin, 19 Disember 2011
DISIPLIN
Disiplin adalah kalimah yang sering disebut dan sering pula didengari umum. Di sekolah atau dalam askar selalunya kata dan perlakuan disiplin sering diulang-ulang dan dibudayakan. Di tempat lain pun begitu jua tetapi kurang diungkapkan secara nyata contohnya di stesen bas, tandas awam, masjid atau pasar malam.
Disiplin patut ada di mana-mana. Kamus Dewan menjelaskan kepada rakyat 1Malaysia atau yang berbahasa Melayu mahu pun para pejuang PPSMI bahawa "disiplin adalah merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tata tertib". Jelasnya disiplin sepatutnya ada dalam dhamir atau diri seseorang. Disiplin bukan ada diluar diri atau perlu di ludah dari mulut seorang mahaguru.
Di sekolah ada guru disiplin yang tugasnya mendisiplinkan murid. Adakah guru disiplin atau semua guru sekolah benar-benar faham definisi dan konsep disiplin dengan tepat atau secara kolektif? Inilah persoalan yang perlu sering ditanya jika mahu melihat sistem dan proses disiplin yang terbaik. Di masjid adakah pengerusi kariah dan imam masjid serta seluruh anak kariah benar-benar memahami secara kolektif konsep disiplin masjid? Di stesen bas pula apakah pemandu bas dan sekalian penumpangnya benar-benar faham konsep disiplin menaiki bas.
Disiplin merupakan satu set pemikiran dan tingkah laku. Disiplin juga adalah latihan atau tingkah laku yang berasaskan peraturan. Disiplin bukannya dendaan atau deraan semata-mata. Guru disiplin yang garang dan membawa rotan difahami umum sebagai guru disiplin yang benar-benar berdisiplin. Namun adakah guru disiplin tersebut benar-benar mendidik dengan prinsip disiplin yang betul? Jika proses mendidik itu tidak tercemar dengan imej garang atau menakutkan dan berlaku perubahan tingkah laku maka itulah pendidikan. Namun jika di dalam kawasan sekolah ada perubahan tingkah laku murid yang positif tetapi di luar pagar sekolah murid-murid sudah kembali jadi hantu dan mafia maka disiplin tersebut gagal membantu proses pendidikan.
Di masjid jika anak jamaah hanya tahu diam ketika khatib membaca khutbah tetapi di luar konteks masjid sudah hilang malu dan akhlaknya jadi buruk maka gagallah proses disiplin masjid. Mahu lihat disiplin masjid itu berjalan atau tidak tinjaulah tandas masjid. Jika ceria dan sesuai untuk dibuat tempat 'melepas' maka ahli kariah itu berdisiplinlah dalam konteks kebersihan. Jika tidak begitu maka ertinya ahli kariah dan pengerusi serta AJKnya adalah manusia ketinggalan dari segi ilmu dan kemajuan duniawi -semuanya 'mangkuk hayun'.
Memahami disiplin dengan tepat sahaja akan menjadikan individu, keluarga dan masyarakat berdisiplin. Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang berdisiplin. Masyarakat 'simplistik' tidak akan berubah ke takuk yang lebih atas. Masyarakat Malaysia yang malas membaca umpamanya hanya akan menjadi pengguna yang bebal untuk beberapa kurun lagi. Mereka tidak akan kreatif dan inovatif. Masyarakat Malaysia yang tidak berdisiplin hanya akan fikirkan kepentingan untuk hidup beberapa tahun akan datang dan melupakan nasib generasi mendatang. Sebab itulah ada orang Melayu yang berterusan sokong PPSMI boleh dikelompokkan sebagai Melayu yang tidak berdisiplin. Mereka tidak ada disiplin dan upaya untuk jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Mereka hanya mahukan untung hari ini dan tidak menyediakan bekalan untuk generasi kurun akan datang. Sesuailah seperti ungkapan sinis cina mata sepek " haiyya olang gulayu, ming ngong! Kelija satu tawun mahu maka lua tawun!".
Murid-murid sekolah tidak berdisiplin bukan salah guru andainya keluarga dan ahli masyarakatnya juga tidak berdisiplin. Jika bapa tidur lewat dan bangun lewat bagaimana mahu disiplinkan anak agar bagun awal untuk ke sekolah. Jika bapa atau ibunya lebih gemar menonton tv berbanding membaca buku, mana mungkin anak akan menjadi ulat buku. Mengambil masa menonton tv melebihi waktu membaca menggambarkan keluarga atau masyarakat tersebut tidak kreatif dan kurang disiplin dalam meneroka ilmu. Menonton tv adalah menerima apa sahaja tanpa perlukan proses taakulan atau berfikir tinggi. Dari pemikiran rendah tidak mungkin akan lahir inovasi. Maka jadilah masyarakat tersebut pengguna semata-mata. Jika mahu jadikan rakyat berdisplin untuk maju maka semua pihak perlu berdisiplin. Disiplin adalah dari dalam diri dan perlu dicari dan dikeluarkan. Rakyat 1Malaysia hanya akan maju jika benar-benar memahami definisi disiplin Kamus Dewan seperti di atas dengan disiplin ilmu yang betul.
Sabtu, 12 November 2011
HAPUSKAN BAHASA MELAYU DI ALAM MELAYU!
Ke hadapan seluruh rakyat Malaysia!
Pengumuman kerajaan menghapuskan PPSMI biar secara 'soft-landing' sehingga tahun 2016 ternyata mengguris perasaan jutaan rakyat Malaysia. Kerajaan sepatutnya meneruskan PPSMI kerana terbukti bahasa Inggeris adalah bahasa kemajuan dunia. Terbukti Sains dan Matematik berkembang melalui bahasa Inggeris. Terbukti anak Cina, India dan Serani dalam tanah air 1Malaysia yang tidak pernah memotong 'anu' masing-masing telah menjadi bangsa yang lebih maju dari anak-anak Melayu. Terbukti orang Melayu masih bersifat kampungan, rendah diri dan tidak kaya raya kerana mereka hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Wahai pejuang-pejuang bahasa Melayu,
Hentikanlah 'pekikan bodoh' Martabatkan bahasa Melayu kamu itu kerana perjuangan seumpama itu tidak akan membawa kemajuan. Lihatlah orang-orang india, mamak dan hindustan di benua kecil India yang lebih maju berbanding bangsa Melayu kerana menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Tamil dan Hindustan bukan lagi alat kemajuan orang-orang di India. Mereka akan maju setanding Amerika dan Eropah Barat suatu hari nanti kerana menguasai bahasa Inggeris. Lihatlah pula orang Jepun yang tidak mahu gunakan bahasa Inggeris, gagal menyekat tsunami yang melanda negara mereka. Lihatlah orang Jerman dan Perancis yang tidak berminat menggunakan bahasa Inggeris, akhlak mereka adalah teramat rendah di mata dunia.
Wahai rakyat Malaysia,
Jangan berterusan menjadi bodoh dengan hanya mahu bercakap bahasa Melayu. Akuilah bahasa Melayu adalah lekeh dan ketinggalan zaman. Terimalah hakikat yang bahasa Melayu akan gagal menjadi bahasa ilmu. Wahai anak bangsa Melayu jangan bercita-cita mahu jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa rujukan dunia. Bahasa Melayu tidak akan maju sehingga dunia ini kiamat sekali pun. Bahasa Melayu adalah bahasa ketinggalan, bahasa untuk bangsa miskin dan rendah diri. Tidak perlu lagi dimartabatkan bahasa Melayu yang rendah tarafnya itu. Bahasa yang bercampuk aduk dengan pelbagai istilah dari bahasa lain dunia. Bahasa yang tidak asli dan tidak mantap -ertinya bahasa kesukuan yang kecil penuturnya dan bersifat kampungan semata-mata.
Wahai rakyat Malaysia khususnya orang Melayu,
Sedarlah yang bahasa Melayu akan pupus dalam tempoh 50 tahun sahaja lagi. Jadi apa perlu dimartabatkan lagi. Pada tahun 2070 nanti tidak ada lagi orang yang tahu berbahasa Melayu. Lihatlah tulisan jawi yang sudah hampir pupus tidak sampai 50 tahunpun Tanah Melayu merdeka. Dasar menggunakan tulisan rumi adalah amat baik dan selaras dengan kemajuan dunia. Untuk 50 tahun yang akan datang dasar menggunakan sepenuhnya bahasa dari keturunan rumi iaitu bahasa Inggeris adalah yang terbaik kerana bahasa Melayu akan hapus dalam tempoh 50 tahun lagi. Ayuh sokonglah PPSMI bahkan elok sekali kita sokong PPSMPI(Pengajaran Semua Mata Pelajaran Dalam Baghasa Inggeris) dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020. Teruslah berkembang bahasa Inggeris dan pergi jahanam bahasa Melayu. Tahniah PAGE dan sekalian anak bangsa yang menyokong PPSMI dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama negara yang bukan lagi Tanah Melayu ini. Ini 1Malaysia lah brader!
Jumaat, 2 September 2011
MAT SABU, MAT INDERA DAN KEMERDEKAAN UNTUK TAHUN KE 54
Penjajahan
Benggali Puteh atau Portugis yang diketuai Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur berjaya menawan Melaka pada 11 Ogos 1511. Portugis menguasai Melaka hingga tahun 1640 dan penjajahan kuasa Barat diteruskan oleh Belanda pula sehingga tahun 1824 yang ditandai dengan Perjanjian Inggeris-Belanda. Bermula 1824 Tanah Melayu dikuasai oleh British dan orang-orang Melayu tanpa sedar memasuki fasa 'divide and rule' yang menjadi amalan British dan sekalian penjajah yang bijaksana. Pihak British memecah-mecahkan kesepakatan antara kaum dan kelompok agar gerakan pembebasan tidak berlaku dengan pantas. Maka dengan itu penjarahan dapat diteruskan tanpa tentangan. Interaksi antara kaum perlu dielakkan dan prasangka dapat disuburkan. Itu matlamat British yang tidak difahami oleh sebahagian besar anak-anak tanah Melayu ketika itu.
Nasionalisme kelompok bukan Semangat Serumpun.
Apabila anak-anak jajahan terdedah kepada nasionalisme luar khususnya dari iIndonesia, India, Pakistan dan melihat sendiri kebangkitan Jepun sebagai kuasa Asia maka Inggeris sedar akan bahayanya. Pada 'Zaman Gelap' pemerintahan Jepun pihak Inggeris telah menaja sekelompok gerila atas nama Malayan People Anti Japanese Army(MPAJA) untuk menentang Jepun. Para gerila tersebut memang pun diketahui oleh British punyai faham sosialisme-marxis yang sangat kontra dengan nilai kapitalisme kolonial. Namun kerana bijak dan pragmatiknya penjajah British gerila jahat tersebut dijadikan sahabat. Para pejuang dan gerila tajaan tersebut majoritinya orang-orang cina yang memang saling bermusuhan dengan Jepun sejak sekian lama. British hanya jadi batu api sahaja dalam konteks ini. Lantaran itu Partai Komunis Malaya(PKM) yang sedia tertubuh sejak 1930 mengambil peranan gerila tajaan British untuk menentang Jepun atas nama Malayan People Anti Japanese Army(MPAJA). Hakiktanya PKM atau MPAJA semuanya menentang Jepun dan sekali gus British sebagai memenuhi niat mereka untuk bebas dari penjajahan. Mat Indera adalah dari kalangan mereka itu yang menentang apa saja bentuk penjajahan. Polis atau 'mata-mata' setelah Jepun tewas sama ada Melayu, Gurkha dan sebagainya adalah pasukan pelindung kepada kesinambungan penjajahan British. Mat Indera dan komunis telah menyerang dan membunuh polis pelindung British yang Melayu semuanya itu di Bukit Kepong. Kemudian Mat Indera digantung oleh British dengan bantuan orang-orang Melayu juga. Apabila Melayu digunakan untuk membunuh Melayu, apa ertinya itu?
Apa pula yang British tanamkan dalam pemikiran orang Melayu dan keturunan mata-mata serta polis-polis zaman merdeka ini? Mudah sahaja iaitu bermula dengan konsep pecah dan perintah. Biarkan polis dan keturunan Melayu faham bahawa PKM yang majoriti Cina kapir itulah yang membunuh polis Melayu. Biarkan luka tersebut berparut untuk sekian lama. Biarkan manusia Melayu faham bahawa komunis itu sangat jahat kerana tidak mahukan hidup beragama. Jangan biarkan Melayu sedar bahawa kapitalis-kolonial itu juga menolak Tuhan. Biarkan Melayu dan Cina selamanya bercakaran -untuk sekurun lagi. Dengan yang demikian selagi dasar pecah dan perintah ini terus berjalan, dengan menggunakan tanda-tanda seperti komunisme, cina kapir laknat, Melayu Mat Indera atau Shamsiah Fakeh maka selagi itulah anak-anak tanah jajahan akan gagal bersatu.
Maka hari ini demi kepentingan politik maka sejarah dipergunakan semahu-mahunya. Mana yang berjuang menentang British setengah kurun yang lalu tetap jahat dan laknat -sama jahatnya dengan cina komunis kapir laknat itu. Emosi marah rakyat disemarakkan dengan gambar-gambar polis dan askar putus kaki. Isteri dan anak-anak askar dicitrakan sebagai golongan yang teraniaya -terpisah dengan bapa tercinta angkara komunis. Jangan biarkan rakyat berfikir rasional. Jangan biarkan rakyat sedar bahawa mata-mata tersebut adalah pecacai British semata-mata. Fahamkan bahawa mata-mata tersebut adalah pejunag kemerdekaan yang menentang komunis. Perjuangan ertinya melawan cina komunis. Andainya Mat Sabu atau siapa sahaja yang iktiraf Mat Indera sebagai pejuang maka ertinya mereka itu menyokong pengkhianat dan pengganas. Jangan biarkan rakyat tahu bahawa penjajah itu yang jahat sebaliknya fahamkan kepada mereka bahawa penjajah adalah baik-baik belaka dan yang menentang penjajah itu adalah sejahat-jahatnya manusia.
Sejarah memang berulang. Hari ini di Afghanistan - Mujahidin dan Taliban adalah pengganas dan jahat manakala Hamid Karzai dan polis-polisnya adalah golongan teraniaya. Taliban yang berjambang adalah sehina-hina makhluk kerana menentang Amerika. Pejuang 'suicide bombing' itu adalah pengganas paling ganas kerana membunuh orang awam yang tidak berdosa. Orang awam yang tidak berdosa ertinya rakyat yang dipaksa untuk mempercayai obor keamanan dan demokrasi yang dibawa oleh Amerika dan sekutunya. Begitu juga yang menentang Amerika di Iraq, Syiria dan Libya. Meraka itu kalau latarnya di Tanah Melayu samalah dengan Komunis dan Mat Indera. Semua mereka itu untuk sekurun lagi adalah penjahat dan pengganas melainkan sejarah dapat difahamkan semula dari perspektif anak bangsa yang benar-benar merdeka.
British dan semua penjajah tidak mengajarkan tentang makna dan pengisian kemerdekaan yang bermaruah manakala anak-anak bangsa yang baharu merdeka pun gagal mencari dan membina maruah hasil dari kemerdekaan. Maka untuk kesekian kalinya, dan pada tahun ini Tanah Melayu untuk kali ke-54 masih gagal memahami maksud sebuah bangsa yang bermaruah! Maka dengan itu dasar 'pecah dan perintah' itu masih bersemarak biar pun laungan 1Malaysia bergema di seluruh tanahair setiap hari. Penjajah amat faham apa yang anak bangsa terjajah kurang faham iaitu maruah tidak dapat diangkat dengan apa-apa slogan pun. Maruah adalah jiwa yang bebas dari belenggu pemikiran lama. So(jadi), biarkanlah Melayu tetap menjadi Luncai untuk sekurun lagi.
Isnin, 29 Ogos 2011
SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI
Setelah sekian lama gagal mencatatkan sesuatu...maka untuk kali ini barangkali ucapan selamat ini boleh menjadi pendorong dan pendesak untuk menacatatkan sesuatu.
Kembali kepada fitrah adalah tema eidul fitr yang tidak pernah berubah sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Kembali menjadi seumpama manusia yang baharu dilahirkan, putih hati dan akal bak kain putih -itulah harapan dari semangat dan hikmah eidul fitri. Menjadi manusia yang ada nilai kemanusiaan bukan menjadi malaikat atau syaitan. Seruan fitrah atau kembali asal adalah dorongan agar manusia berupaya menjadi khalifah yang sebenar-benarnya. Manusia yang berupaya mengimarahkan muka bumi yang berupaya berhubung baik sesama manusia dan makhluk lainnya serta msing-masing mengesakan Khaliq. Memahami fitrah akan mendorong manusia menjadi baik dan berguna serta berupaya meninggalkan sifat yang bukan manusiawi. Insan yang berguna kepada insan lain dan alam serta tunduk patuh kepada khaliqnya adalah sebenar-benarnya manusia di atas muka bumi ini. Selainnya adalah makhluk yang punyai naluri dan nilai bukan manusia -barangkali haiwaniyah atau syaitaniah. Selamat kemabli kepada fitrah.
Sabtu, 14 Mei 2011
KRISTIAN SUDAH PUN MASUK DALAM RUMAH 1MELAYU!
Isu panas "Kristian Agama Rasmi' 1Malaysia yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia dihangatkan lagi oleh ahli-ahli politik sama ada yang sempit atau jelas wawasannya. Rakyat yang berfikir dapat menilai siapa politikus yang sempit akal dan mana yang penuh hemah dan bertanggungjawab. Tidak kira dari sudut pendirian mana ahli politik atau 'intelektual-politik' mengeluarkan hujah, jika kata-kata mereka hanya menambahkan kusut emosi dan akal maknanya mereka itu sama ada hanya mengambil kesempatan atau memang dangkal isi fikirnya.
Jika mereka berkata " cita-cita "Kristian Agama Rasmi' itu sangat berbahaya kepada keselamatan negara dan rakyat perlu menentangnya!" ertinya mereka mengapi-apikan perasaan sesetengah kelompok. Jika mereka berkata 'hasrat tersebut tidak patut dan tidak sesuai dalam konteks negara ini" kelihatannya daya fikir mereka sangat dangkal. Jika mereka berkata "ini cita-cita politik perkauman...." lagilah menampakkan hampir sifarnya daya taakulan akal mereka.
Tidak kira Ibrahim Ali dengan PERKASAnya atau PERKIDA atau Dr. M dengan "apa namanya" atau siapa dan apa sahaja yang masuk campur dalam isu dengan niat untuk menyedarkan atau pun mengapi-apikan perasaan orang Melayu/Islam tentang bahayanya Kristian di atas tanahair 1Malaysia ini, hakikatnya mereka hanya membentangkan ketololan diri sendiri.
Wajar dimaklumkan bahawa Kristian, Yahudi, Hindu dan apa jua agama tidak perlu pun menjadi agama rasmi di atas tanahair 1Melayu ini kerana sejak kejayaan Laksamana Afonso d'Albuquerque menawan Melaka tanggal 24 Ogos 1511 agama Kristian telah pun mula masuk ke dalam kelambu orang Melayu. Rakyat 1Bumi 1Melayu mungkin tidak sedar atau memang khayal kerana dalam tempoh 500 tahun sudah banyak nilai, kepercayaan dan jati diri Melayu telah ditransformasikan menjadi Kristian. Misalanya dahulu anak Melaka dan seluruh Nusantara menulis menggunakan tulisan jawi dan dalam abad moden Utusan Melayu menjadi pewarisnya. Kini anak Melayu dan akhbar Melayu itu terasa janggal untuk menulis menggunakan tulisan jawi. Mereka lebih cekap dan teruja menulis menggunakan tulisan Roman atau ABC. Roman itu ada kaitan dengan Empayar Rom dahulu kala yang bahasanya Latin dan agamanya Nasrani.
Apa kaitannya tulisan Roman dengan Kristian? Dalam disiplin ilmu bahasa khusunya kajian psiko-bahasa dan tulisan tentu akan ditemui bahawa bahasa merupakan salah satu kaedah atau wahana paling berkesan untuk penyebaran ilmu. Agama juga satu disiplin ilmu. Agama Islam tersebar dengan mudah di Nusantara dengan wahana bahasa Melayu tulisan jawi. Jawi begitu hampir fonem dan sifatnya dengan bahasa Arab yang menjadi teras agama Islam. Maka Jawi layak jadi pewaris bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab. Tulisan Jawi telah lenyap kini (hatta sudah tidak digunakan untuk perjuangan 1Bumi 1Melayu pun!). Tulisan Roman menguasai dunia hari ini. Ilmu dan faham Kristian tentu lebih mudah disampaikan oleh tulisan milik mereka sendiri.
Mungkin hujah ini kelihatan dangkal tetapi apa yang ingin diberitahu di sini ialah bangsa yang hilang jati dirinya -ertinya hilang bahasa dan bentuk tulisannya- akan mudah diperdaya untuk terima jati diri pihak lain. Bangsa yang hilang jati diri biar pun disokong perlembagaan atau wahyu mereka tidak akan mampu bertahan. Mereka tidak ada kekuatan ilmu untuk membentengi diri. Tanpa akal yang cerdas dan licik emosi boleh dipermainkan dengan mudah. Tanpa perlu menjadi agama rasmi pun anak-anak 1Melayu telah pun teruja memakai nilai Kristian. Anak Melayu teruja sekali meraikan Happy Birthday, Valentine Day, Happy New Year, sumpah dalam masjid memegang al-Kitab yang semuanya itu berteraskan nilai Kristian. Bukan tidak boleh jadi manusia moden tetapi hakikatnya itu bukannya nilai 1Bumi 1Melayu. Itu nilai moden yang dirintis oleh Laksamana Alfonso yang berteraskan agama orang Roman. Menjadi manusia moden ertinya menerima nilai westen yang teras adalah Kristian! Nilai Melayu/Islam sudah ketinggalan dan memalukan - itu yang ditanam oleh nilai Barat-Kristian tanpa perlukan sokongan perlembagaan negara pun.
Jadi apa lagi yang patut dihujahkan kepada Perkasa, Utusan 1Melayu dan rakan-rakannya? Melayu sudaha pun menghampiri Kristian tanpa sedar biar pun dalam Kad Pengenalan mereka tetap Islam. Kalau nak tahu itulah yang dikatakan Islam pada nama atau Islam baka! Setakat itu sahajakah kekuatan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan! Kah...kah...kah...kah.. Melayu masih tidak faham!
Jumaat, 22 April 2011
BERITA LUCAH UNTUK SIAPA?
Saban hari kisah lucah seorang pemimpin disiarkan akhbar, yang tugasnya menyebarkan fikiran rakyat.
Saban hari pemimpin itu digambarkan sebagai lucah dan rakyat diminta yakin dan percaya sekuat aqidah tauhid pada Yang Maha Esa.
Rakyat patut percaya ada pemimpin lucah yang mahu jadi pemimpin besar negara.
Rakyat patut sedar ada pemimpin lucah yang alat kelaminnya amat gemar menjolok depan dan belakang.
Andai ada yang tidak percaya ertinya rakyat itu dihasut kelucahan pemimpin itu.
Andai tidak percaya rakyat juga sama lucahnya dengan pemimpin tersebut.
Maka percayalah rakyat sekalian bahawa pemimpin itu memang jenis lucah.
Maka percayalah akhbar arus perdana adalah benar.
Jangan ketawa kah...kah..kah..kah..jika rasa seperti tidak benar.
Selepas ini ketawa adalah salah, lucah dan dosa....kah...kah...
Saban hari pemimpin itu digambarkan sebagai lucah dan rakyat diminta yakin dan percaya sekuat aqidah tauhid pada Yang Maha Esa.
Rakyat patut percaya ada pemimpin lucah yang mahu jadi pemimpin besar negara.
Rakyat patut sedar ada pemimpin lucah yang alat kelaminnya amat gemar menjolok depan dan belakang.
Andai ada yang tidak percaya ertinya rakyat itu dihasut kelucahan pemimpin itu.
Andai tidak percaya rakyat juga sama lucahnya dengan pemimpin tersebut.
Maka percayalah rakyat sekalian bahawa pemimpin itu memang jenis lucah.
Maka percayalah akhbar arus perdana adalah benar.
Jangan ketawa kah...kah..kah..kah..jika rasa seperti tidak benar.
Selepas ini ketawa adalah salah, lucah dan dosa....kah...kah...
Sabtu, 26 Mac 2011
BILA SIFU SUDAH JADI BANGSAWAN
Saya fikir ulasan panjang lebar pun tak guna. Kita isytiharkan dahulu yang kita ini sudah kehilangan satu jiwa untuk keseniman rakyat. Kita tidak pasti dalam jiwa sifu kita kesenimananya benar-benar jalanan dan merakyat tetapi yang kita tahu nilai seni itu sangat menyentuh sanubari rakyat. Kita juga tidak pasti bila masanya sifu isytiharkan kesenimanan adalah untuk rakyat tetapi yang pasti jiwa dari lagu-lagunya adalah jiwa dan nurani rakyat.
Hari ini apabila seorang seniman di hati rakyat yang secara sahnya menjadi idola golongan marhaen dan yang pasti sangat layak menjadi pejuang di hati rakyat sudah menjadi bangsawan maka apa lagi yang tinggal? Marhaen yang simplistik sikap hidupnya akan terus berbahagia dan berbangga jika pejuang yang menyuarakan rasa dan gertak emosi mereka terus bersama. Namun andai pejuang sudah mahu jadi bangsawan apakah patut ditangiskan? Rakyat biasa dan anak jalanan tetap seperti biasa. Pergilah tuan menjunjung titah Seri Paduka! Rakyat tetap ucapkan tahniah namun ruang kesenimanan rakyat akan hening seketika -bertafakur!
Dalam tafakur itu kami terfikir mungkinkah sang bangsawan berupaya mengungkapkan isi batin anak jalanan kerana kedua-duanya jelas jauh berbeza mimpinya! Wawasan masing-masing tidak akan bersatu -akan tetap infiniti!.
Tidak patutlah benarlah jika dihalang tetapi tidak salah kita berasa hati kerana kita rakyat biasa terasa ditinggalkan pergi. Kepada siapa mahu disampaikan mimpi selepas ini? Biar apa pun hidup tetap perlu diteruskan. Wahai Osman Tikus, Brader Joe, Hassan, Merah, Bujang dan sekalian anak jalanan milik rakyat teruskan hidup kerana kita sepatutnya bejuang untuk sesuap nasi hari ini. Apa difikirkan hal-hal yang sukar. Itu kerja orang bangsawan dan saudagar!
Hari ini apabila seorang seniman di hati rakyat yang secara sahnya menjadi idola golongan marhaen dan yang pasti sangat layak menjadi pejuang di hati rakyat sudah menjadi bangsawan maka apa lagi yang tinggal? Marhaen yang simplistik sikap hidupnya akan terus berbahagia dan berbangga jika pejuang yang menyuarakan rasa dan gertak emosi mereka terus bersama. Namun andai pejuang sudah mahu jadi bangsawan apakah patut ditangiskan? Rakyat biasa dan anak jalanan tetap seperti biasa. Pergilah tuan menjunjung titah Seri Paduka! Rakyat tetap ucapkan tahniah namun ruang kesenimanan rakyat akan hening seketika -bertafakur!
Dalam tafakur itu kami terfikir mungkinkah sang bangsawan berupaya mengungkapkan isi batin anak jalanan kerana kedua-duanya jelas jauh berbeza mimpinya! Wawasan masing-masing tidak akan bersatu -akan tetap infiniti!.
Tidak patutlah benarlah jika dihalang tetapi tidak salah kita berasa hati kerana kita rakyat biasa terasa ditinggalkan pergi. Kepada siapa mahu disampaikan mimpi selepas ini? Biar apa pun hidup tetap perlu diteruskan. Wahai Osman Tikus, Brader Joe, Hassan, Merah, Bujang dan sekalian anak jalanan milik rakyat teruskan hidup kerana kita sepatutnya bejuang untuk sesuap nasi hari ini. Apa difikirkan hal-hal yang sukar. Itu kerja orang bangsawan dan saudagar!
RAJA ADIL DAN RAJA ZALIM
Ungkapan perbidalan Melayu "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" memang teramat mendalam dan sungguh bermakna kepada bentuk dan kelangsungan kepemimpinan Melayu. Keadilan boleh akur dan dituruti seumur hidup, kejahatan dan kezaliman pemimpin patut dibuang jauh dari menguasai masyarakat.
Namun citra adil dan zalim itu menjadi semakin kabur dan sukar dimengerti. Konsep yang memang sudah abstrak itu dikaburkan lagi oleh gazwah fikriah oleh pemimpin batil lagi zalim. Pemimpin yang zalim akan memastikan seluruh pengikutnya berterusan kabur dan lekeh tahap pemikiran seluruhnya. Biar pemimpin seorang sahaja yang cerdik dan yang lain-lainnya biarlah jadi baghal dan terus bahlul. Maka mana-mana pengikut yang banyak bertanya atau berfikiran kritis dan kreatif, maka mereka patut dicantas kerana mereak inilah yang akan mencabar kekuasaan sedia ada pemimpin tersebut.
Pihak kuat akan dipotretkan sebagai adil seadil-adilnya. Pihak yang lemah akan disurahkan sebagai zalim dan seteru masyarakat. Pihak yang kuat dan batil akan dipastikan menang dalam percaturan memimpin agar pemimpin akan lebih mudah mengambil apa sahaja.
Pada zaman raja-raja Melayu dahulu kala siapa yang taat kepada raja akan beroleh laba dalam bentuk persalinan atau kedudukan. Rakyat yang taat akan ikut apa sahaja kehendak raja. Jika raja mahu anak bini rakyat dijadikan gundik maka tiada kuasa yang dapat menghalangnya. Jika dikumpul sekalian dukun dan pawang pun tidak akan berjaya kerana sihir dan daulat raja melebihi segala-galanya. Raja adalah jelmaan tuhan di atas muka bumi. Raja punya segalanya dan boleh memanipulasi segalanya. Kekuatan raja atau istana membawa erti raja tersebut tersangat adil. Tiada yang berani menentang kerana semua rakyat jelata adalah hina dina dan bodoh baghal belaka. Tiada seorang pun rakyat yang akan dibiarkan menjadi kaya dan bijaksana kecuali sebahgian kecil juak-juak atau kroni istana. Maka segala harta benda adalah milik raja dan kroni raja. Hanya pembesar berhak mengutip tol bagi pihak raja. Rakyat tidak diberikan geran tanah . Yang berhak hanyalah datuk-datuk orang kaya kerabat istana sahaja. Siapa yang cerdik sedikit akan dipastikan menjadi sehina-hinanya.
Citra raja-raja itu berlaku barangkali sejak manusia memulakan tamadun lagi iaitu sejurus selepas tamat era flinstone. Sejak zaman Mesopotamia dan Mesir purba sudah wujud raja-raja. Mereka yang pada awalnya mungkin baik dan beriman namun pada akhirnya akhirnya menjadi tersangat zalim. Firaun, Namrud dan sultan-sultan di serata ceruk dunia semuanya menjadi zalim apabila terlalu lama bertakhta dan punyai kuasa dan harta yang melimpah ruah.
Rakyat tidak berani bersuara kerana mereka takut. Pada zaman Namrud sesiapa yang menentang raja akan dihumban ke dalam api. Pada setiap zaman raja-raja hidupdan berkuasa hingga mencapai tahap zalim. Dalam zaman yang moden dan global ini raja-raja mungkin tidak wujud seperti raja-raja zaman dahulu tetapi sifat dan kezaliman raja-raja dahulu tetap ada.
Mana-mana pemimpin yang gemar mengumpul harta, yang menindas dan menakut-nakutkan rakyat, yang menjadi tunggangan orang lain, yang gemar membuat komplot dan fitnah maka mereka itulah warian raja-raja zalim zaman dahlu. Di serata tempat dan segenap masa raja zalim pasti wujud. Dalam sejarah Melayu tercatat dua sahaja panglima atau orang istana yang berani menyanggah raja secara berdepan iaitu Hang Jebat dan Megat Seri Rama, Laksamana Bentan. Maka Hang Jebat dan Megat Seri Rama menjadi derhaka dan pengkhianat bangsa. Gelar demikian raja dan katib istana yang berikan bukannya hikmah dari sejarah. Marilah kita belajar sejarah dan berkata " lebih mulia menjadi jebat dariapada sedia menadah darjat!"
Isnin, 21 Mac 2011
Datuk T vs Datuk Y
Pendedahan video seks terkini yang kononnya aksi pemimpin utama pembangkang oleh Datuk T pasti mengejutkan. Kita katakan pemimpin utama itu ialah Datuk Y untuk lancarkan cerita...kah...kah..kah..kesimpulannya Melayu memang bodoh dan bangang. Apa tak bangangnya kalau sanggup mengaibkan bangsa sendiri? Yang untung adalah cina kapir yang makan babi itu juagak...kah...kah..
Ahad, 23 Januari 2011
MELAYU BAHARU, POLITIK BAHARU DAN PEMBAHARUAN
Melayu Baharu
Politik Baharu
Pembaharuan
Satu ketika dalam kurun lepas(sekitar 10 tahun ke belakang) ada tokoh yang berkempen tentang 'Melayu Baru'(baharu). Ada seminar, bual bicara, forum hatta buku dan sajak yang membicarakan darihal Melayu Baru. Sebelum itu sebetulnya Sasterawan Negara Dr. Usman Awang pernah mengungkapkan tentang Melayu melalui sajak "Melayu - yang memang terkenal itu -yang menerangkan tentang hakikat Melayu itu dan barangkali ironi dengan sifat Melayu Baru yang merupakan tranformasi kepada Melayu sedia ada.. Melayu Baru adalah Melayu yang keluar dari sifat lama yang simplistik, kampungan dan lebih berfikiran tertutup. Sasterawan Melayu yang diiktiraf sebagai pendokong sastera Melayu baharu ialah Katib Abdullah Munsyi yang hidup pada zaman Ketuanan Raffles. Selepas merdeka Melayu dikira sebagai baharu, namun sifat baharu Melayu barangkali lebih disedari apabila munculnya koperat Melayu khususnya dalam wadah politik Melayu. Kalau dahulu ketika politik lama, siasah Melayu digerakkan oleh guru-guru Melayu khususnya lulusan SITC, Tanjung Malim. Cikgu-cikgu lulusan Tanjung Malim dalam era Melayu baharu abad ini didapati gagal berfungsi menggerakkan masyarakat khususnya melalui politik. Mereka mungkin baharu dalam bidang lain umpamanya Cik Shida Dari Parit, namun hakikatnya gagal berfungsi membantu Melayu Baru lebih-lebih lagi politik baharu.
Politik Baharu
Tidak dapat dipastikan dari mana mulanya wacana tentang Politik Baharu ini, ,amun dalam Manisfesto Politik sebuah gabungan parti politik telah diungkapkan tentang politik baharu ini. Apa kesannya kepada Melayu dan masyarakat Malaysia tidak dapat dipastikan dan barangkali belum pernah diukur oleh saintis politik dan sosial. Politik baharu barangkali bermaksud cara berpolitik bersifat baharu -umpamanya wujud wacana politik terbuka, tiada sekatan untuk memberikan pendapat dan pemimpin sedia bertanggungjawab apabila berlaku sebarang khilaf. Namun dalam konteks Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Jepun atau Siam -kalau itu ertinya politik baharu- maka nampak gayanya politik Malaysia masih belum boleh diiktiraf sebagai baharu. Mungkin untuk masa ini politik baharu itu hanyalah pada fasa slogan! Satu abad akan datang barangkali baharulah politik baharu itu benar-benar dirasai oleh rakyat 1Malaysia.
Pembaharuan
Melayu Baharu dan Politik Baharu jika berlaku maka pada ketika itulah pembaharuan atau islah benar-benar terjadi. Dalam konteks Barat pembaharuan atau pencerahan yang berlaku telah melahirkan sekularisme yang menjauhkan gereja dari urusan politik duniawi masyarakat. Apakah Melayu akan belajar dan menerima pakai pembaharuan yang sedemikian sifatnya? Mungkin ia dan mungkin tidak. Namun satu abad akan datang tidak mustahil Melayu, Cina, India, Kadazan, Keling atau Paria akan jadi sama sahaja. Sama ada Melayu yang lelakinya sudah tidak mahu bersunat dan Cina atau India yang jantannya sudah rela dipotong lancau masing-masing bukanlah tanda atau kejayaan utama proses pembaharuan itu. tPaling utama ialah akal dan gerak kerja serta budaya hidup mereka menyatu dalam konsep 1Malaysia yang sebenar-benarnya, maka pembaharuan itu telah ketara wujud. Mari kita nantikannya -jika umur panjang dapat kita saksikannya sendiri.
Jumaat, 21 Januari 2011
INTERLOK TU APA?
Ada beberapa isu menarik sebermula tahun baharu 2011. Tolak isu politik yang tidak membangun dan memangkin kepada Melayu berjiwa besar, isu novel Interlok dan kemenangan Ana Rafali dalam Acara Akhir Juara Lagu ke-25 pasti meruntun akal untuk berfikir. Interlok adalah hasil kerja seni, begitu juga 'Tolong Ingatkan Aku'. Kedua-duanya terhasil dari adunan akal, pengalaman dan kreativiti pencetusnya. Bagi penikmat seni sejati tentu akan dapat merasai lazatnya hasil seni itu kerana bacaan dan hadamannya itu benar-benar ikhlas dan menerewang masuk ke ruang rujuk perasaan dan akal penciptanya.Samalah seperti penagih dadah yang amat terasa nikmatnya dadah berstatus najis atau pemakan rasuah atau pengumpat akan terasa nikmat dan feelnya kekotoran rasuah dan umpat keji terhadap orang lain.
Interlok adalah hasil seni masyarakat berbudaya tinggi. Dalam seni budaya Inggeris Shakespeare disanjungi kerana karyanya yang penuh nikmat. Pembaca Shakespeare dari pelbagai ceruk dunia akan merasa hebat apabila membaca cereka orang putih itu. Bahkan Murugiah akan berbangga jika dapat membaca karya-karya Mat Salleh itu atau majalah Time dan Newsweek walau pun Murugiah itu bukan orang Amerika. Ibrahim Ali. S.Samy Vellu, Ah Lek apatah lagi pasti jua akan berbangga membaca karya orang putih kerana tingginya nilai budaya itu.
Apabila intelok memaparkan budaya masyarakat Malaya suatu ketika dahulu, maka apakah itu maknanya interlok itu rasis? Itu yang dipersoalkan. Jika kita menyebut paria, hindu, lancau, mata sepet dan sebagainya dalam karya sastera apakah itu ertinya penulis itu jahat kerana menggambarkan realiti. Kenapa Bollywood dan Hollywood tidak jahat dan rasis bila memaparkan budaya lucah, perkauman dan murahan? Bagaimana caranya orang keling, paria, melayu dan cina mata sepet menilai hasil seni sebenarnya? Ada perkataan paria dan keling apakah itu menggambarkan perkauman dan merendahkan martabat kaum lain?
Seni diakui memang sukar dibaca dan diterima dalam satu gagasan sebagai menepati citarasa bersama. Seni itu relatif dan ada perbezaan citarasa. Seni bersenggama yang paling nikmat itu pun gagal diterima sepenuhnya khususnya tentang kaedah mendapatkan nikmatnya, inikan pula seni yang terpampang yang boleh diberi ulasan terbuka. Maka kemenangan Ana Rafali itu memanglah bukan kemenangan untuk hasil seni secara umum. Itu kemenangan hasil peribadi yang dikongsi nikmat oleh sebahagian yang lain dan diludah oleh sekelompok yang lain. Tidak menghairankan pun jika ada yang gagal terima hakikat kemenangan tersebut.
Rumusannya hasil seni pada prinsipnya mestilah sesuai, sedap dan dapat dinikmati dengan sesungguhnya. Tahap nikmat itu terserah kepada penerimaan individu. Apa-apa pun seni yang ada perlu dirasai secara saksama oleh akal dan nafsu. Jika hanya pada peringkat nafsu sahaja maka seni itu rendah tarafnya. Bahkan senggama untuk memuaskan nafsu syahwat semata-mata adalah lucah dan jengkel. Mengkisahkan realiti kehidupan kasta paria dengan gaya bahasa yang indah adalaha seni -kerana kasta paria memang wujud dan apa yang peliknya? Sebalik itu mencaci dan merendahkan kasta paria dalam seluruh kehidupan mereka dalam realiti biar selunak mana pun bahasanya adalah keji dan hina. Itu yang perlu difahami oleh T. Murugiah, Paddayapa, Hindraf dan sesiapa sahaja. Jangan samakan rakaman dan yang sebenar, atau replika dan yang aslinya. ada faham ka?
Selasa, 4 Januari 2011
PERSOALAN SEMPENA TAHUN BAHARU
1. Apa benarkah bila mana Sultan Negeri Baghdad menolak untuk hadir majlis yang melibatkan penggunaan Riyal dan dirham yang banyak ertinya Sultan Baghdad tersebut benar-benar menjauhi pembaziran dan tidak rela bersahabatkan syaitan. Apakah Sultan Baghdad tersebut kini hidup berhemah dengan berjimat cermat dan sentiasa bersedekah dan menderma. Kah...kah..kah...ada orang ketawa sebab mana ada Sultan dalam dunia yang tidak membazir. Sultan poyo saja yang tolak duit dan ......Tidak lengkap jadi Sultan jika tidak membazir. kah..kah..kah..... Persoalan ini tidak melibatkan Sultan Melayu.
2. Apabila orang Melayu mengaku Islam tetapi berbalah sesama sendiri atas nama Islam adakah mereka menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran? Apabila kebenaran ditampilkan\ dengan mengatakan orang lain memfitnah kita maka apakah kebenaran itu adalah benar?
3. Ada orang yang entah berilmu atau tidak berkata ' di Malaysia ini makruf diseru mungkar pun diseru", apa ertinya itu?
4. Agak-agaknya Yahudi lantik siapa jadi agennya? Anwar Ibrahim atau Mahatir Mohamaed? Dua-dua saling tuduh menuduh sebagai agen asing (ertinya agen yahudi).
5. Kenapa orang Melayu takut cina jadi pemimpin? Adakah disebabkan cina tidak potong lancaunya? Atau orang Melayu anggap cina yang makan babi itu hina dan tidak layak pimpin Melayu?
2. Apabila orang Melayu mengaku Islam tetapi berbalah sesama sendiri atas nama Islam adakah mereka menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran? Apabila kebenaran ditampilkan\ dengan mengatakan orang lain memfitnah kita maka apakah kebenaran itu adalah benar?
3. Ada orang yang entah berilmu atau tidak berkata ' di Malaysia ini makruf diseru mungkar pun diseru", apa ertinya itu?
4. Agak-agaknya Yahudi lantik siapa jadi agennya? Anwar Ibrahim atau Mahatir Mohamaed? Dua-dua saling tuduh menuduh sebagai agen asing (ertinya agen yahudi).
5. Kenapa orang Melayu takut cina jadi pemimpin? Adakah disebabkan cina tidak potong lancaunya? Atau orang Melayu anggap cina yang makan babi itu hina dan tidak layak pimpin Melayu?
Langgan:
Catatan (Atom)