Khamis, 20 Disember 2012

WACANA MUKA JAMBAN

Di atas 'wall' tandas awam di pinggir bandar kecil tertulis ayat-ayat berikut:-

LGE tipu sama Melayu Penang
Bro. Anu-war Bin Ibrahim main belakang 
Nik (n)Ajis dah nyanyuk

Manakala di atas 'wall' tandas yang lain pula ada catatan seumpama ini :-

Mat Mongol takut laki
Rosmoh anak dare ke jande....toing toing
Braheng Ali lompat katak puru
BN Barang Naik

Ziarahlah  ke mana-mana jua pun tandas awam pasti terlihat pelbagai catatan, pendapat, kritikan, tuduhan, hinaan, cemuhan, umpatan dan sebagainya khususnya terhadap pemimpin-pemimpin politik negara. Gejala ini boleh dianggap sebagai satu bentuk vandalisme dan boleh juga wahana luahan rasa, Muka jamban ibarat 'muka buku' di alam siber. Dinding jamban menjadi tempat meluahkan rasa terhadap sesuatu. Bukan carutan dan cemuhan semata-mata tetapi tazkirah, doa atau kritik membina pun ada. Apakah masyarakat hanya berani meluahkan rasa di muka jamban dan tidak mahu terbabit dalam real politik? Apa untungnya kepada sosio politik kalau hanya muka jamban semata-mata menjadi tempat memberikan pendapat dan meluahkan rasa.
Wacana ini tidak membangunkan minda demokrasi tetapi tetap memberikan makna signifikan kepada situasi yang wujud dalam masyarakat. Barangkali juga penulis di atas 'wall' muka jamban itu bacul yang menggambarkan sambutan rakyat negara ini terhadap demokrasi. Apa mungkin mesej muka jamban itu memberikan impak kepada politik, budaya dan ekonomi kita kalau 'tazkirah' itu hanya berlegar atas isu-isu politik yang sempit dan menyemakkan ruang wacana dan praktis demokrasi tulen.
Menyanggah di ruang peribadi tidak memberikan apa-apa untung tetapi kalau mahu tunjuk berani pun belum pasti demokrasi akan beroleh untung dalam suasana neo fuedal seperti hari ini. Wacana jamban sebegini perlulah dilanjutkan ke dalam ruang masyarakat dengan jalan yang lebih tepat dan berkesan. Di mana dan apa bentuknya kenalah sama-sama berfikir.
Dalam wacana jamaban itu biar pun ada sindir, kutuk dan makian tentu sekali ada yang mengimarahkan dakwah umpama seperti berikut :-

Allah melihat apa yang anda buat
Siapa tulis ini berdosa
Harap jangan conteng
Rakyat bersih negara sihat!

Di atas dinding tandas segalanya mungkin. Setelah caci makian ada doa serta harapan.  Memang ada gunanya wacana jamban itu bagi yang mahu memikirkannya. Cuba fikir apa makna dan ke mana pula hala tuju wacana bagi mesej ini "mahu air-cond, tambah sepuluh sen bang!"

Rabu, 10 Oktober 2012

BERAPA KALI MAU CAKAP HAH?

Sebarang ideologi sama ada komunisme, kapitalisme, sosialisme, imperialisme, kolonialisme atau fuedalisme dari perspektif Melayu-Islam semua adalah karut. Semuanya bertentangan dan tidak diterima oleh Islam. Sama ada isme atau faham di atas menerangkan tentang ekonomi, politik, ideologi, falsafah atau nilai  masyarakat semuanya kalau bukan 'lillahi Taala' atau bukan kerana Allah adalah karut semata-mata.

(Mat Indera Komunis)

Apabila surat khabar Melayu dan pakar sejarah berbangsa Inggeris mengesahkan bahawa Mat Indera adalah komunis ertinya Mat Indera adalah jahat dan karut dari perspektif Melayu-Islam. Pengesahan pakar patut diterima dan kenyataan akhbar sebegitu adalah sebaran malumat yang terbaik. Namun demikian apabila Mat Indera sebagai komunis adalah sah jahat, bukan ertinya Raffles, Abdullah Munsyi, Tunku Abdul Rahman, sekalian sultan dan memanda dari Johor sampai Kedah yang tidak komunis adalah baik. Apabila Mat Indera yang rajin baca al-Quran jadi komunis patut dikeji maka dengan sendiri pemimpin Melayu yang kapitalis atau Raja Melayu yang feudal patut disanjung dan dipuji. Itu logik yang tidak membawa makna kepada ketajaman fikrah. Logik biasa untuk Melayu bebal. Sepatutnya Mat Indera, bendahara, pejuang kemerdekaan kanan atau kiri, polis Bukit Kepong, segala raja dan sultan Melayu yang terima dan amalkan ideologi selain Islam maka mereka semuanya perlu dianggap tidak bersih  dari perspektif Islamnya. Semua mereka adalah setara jahat dan sesatnya!

Adalah tidak adil sama sekali melabelkan komunis sahaja yang jahat manakala selainnya adalah baik. Mengolah persetujuan umum dengan mengatakan komunis jahat dan British baik adalah tipu helah yang halus lagi licik bertujuan membodohkan minda Melayu. Itu semua 'karoot komedia' -yang seronok didengar dan hampas pada hakikatnya. Sepatutnya Melayu-Islam sudah faham dan teramat jelas dalam rangka fikir mereka bahawa sejak tahun 1511 (sekadar penanda sejarah) apa sahaja sitem dan fahaman  luar yang masuk menguasai alam pemikiran Melayu adalah jahat dan karut. Benggali Putih Feringgi, Belanda, British, Siam, komunis, kapitalis dan sebagainya adalah anasir dan unsur bukan Melayu-Islam yang jahat dan membodohkan Melayu. Bahkan sistem raja dan sultan yang menganggap raja dan sultan Melayu sebagai 'wakil atau bayangan Tuhan di atas muka bumi' itu pun karut yang merencatkan fikrah Melayu. Fuedalisme lama sejak Sang Sapurba hinggalah zaman www ini pun adalah sebenar-benarnya fahaman yang merosakkan aqidah dan fikrah Melayu Islam. 

Apabila laporan muka depan sebuah akhbar Melayu melaporkan (dengan font yang terang dan besar) tentang pengesahan pakar sejarah British tentang komunisnya Mat Indera maka momokan tersebut tidak lain adalah seruan Amerika dan sekutunya -yang mungkin lambat ditanggapi oleh sekalian Melayu biasa. Ajakan tersebut hanyalah bertujuan untuk mengekalkan cengkaman kapitalis Amerika dan Barat. Kapitalis dan neo-fuedal tidak lain mahu memperbodohkan sekalian orang awam agar sedia menjadi konsumer dan pengikut mereka. Di Alam Melayu kapitalis dan neo-fuedal tanpa berselindung sedikit pun jelas berpakat untuk  melemahkan fikrah Melayu. Frasa seperti Melayu Baru, derhaka, taat, komunis, anti Islam, perpaduan, cauvinis atau tokong adalah antara penada kepada wacana melemahkan daya fikir Melayu-Islam. 

Kalau Melayu tidak faham juga olahan sebegini ertinya lambat lagilah Melayu akan jadi pemilik Minda Kelas Pertama. Kalau komunis jahat maka kapitalis dan neo- fuedal itu pun tetap sama jahatnya. Itu rumusannya tetapi tetap sukar difahami sebab Melayu tiada agenda selain makan, tidur  dan berak sahaja...kah...kah...karoot komedia betullah!    

Ahad, 26 Ogos 2012

JANGAN BERUBAH...JUMUDKAN DIRI DAN AKAL


Malaysiakini memetik Bernama 11:58AM Ogos 26 2012 dengan tajuk Najib minta rakyat jangan buat perubahan. 

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya"

Membaca dan meneliti artikel dari perspektif mana pun akan terasa satu seruan agar rakyat 1Malaysia jangan lakukan perubahan, tidak perlu dinamisme atau bersikap progresif. Dalam bahasa lain jadilah rakyat yang jumud atau kaku. Memang itu seruan politik agar jangan ubah kerajaan sedia ada. Itu kemahuan beliau sebagai ahli politik. Sebagai pemimpin negera tentu sekali seruan tersebut tidak selaras sama sekali dengan semangat dan ikrar rakyat sebagai mana berikut, "membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden".

Dipetik tulisan orang cerdik tentang konsep masyarakat yang progresif iaitu :-
     "Masyarakat progresif adalah masyarakat yang bersedia menerima perubahan sama ada  
      dari aspek sosial, ekonomi serta politik ke arah mewujudkan satu sistem kehidupan  
      bermasyarakat yang lebih adil, berwawasan dan terbaik"                   

Masyarakat yang progresif semestinya masyarakat yang berdaya maju, boleh bersaing dan boleh berdikari. Bagaimana rakyat akan berupaya berdikari andainya pemimpin berterusan meminta agar jangan lakukan apa-apa perubahan. Terima dan pegang apa yang diberikan pada hari ini.


Ulasan di atas barangkali kelihatan skima dan tidak begitu menarik. 
Maka dengan ungkapan yang lebih 'cool' dan senang ditanggapi, maksud seruan Perdana Menteri itu ialah rakyat 1Malaysia janganlah bila mengundi PRU13 nanti memangkah selain partai BN kerana hanya BN sahajalah yang layak jadi pengemudi dan penyelamat bangsa dan tanahair untuk maju ke hadapan, untuk berlawan dengan Israel, untuk jadi negara maju, negara contoh dan untuk selamat dunia dan akhirat. Rakyat Malaysia akan tertipu sebagai mana ditipu Yahudi, komunis dan penjajah andai sokong selain BN. Rakyat Malaysia janganlah berfikir jauh sehinggakan melangkaui konsep demokrasi terpimpin sedia ada. Jangan fikir perlu adanya sebarang perubahan yang patut dibuat sebab semuanya akan dibuat oleh pemimipin BN. Rakyat Malaysia hanya perlu tunggu dan nganga sahaja dan akan ada rezeki serta ganjarannya atas kesetiaan rakyat terhadap pemimpin sedia ada. Rakyat perlu bersyukur dengan apa yang pemimpin berikan. Itu sahaja, tidak sesukar mana pun. Semuanya terbukti dan dapat dikecapi. Nak nafi apa lagi, janji ditepati!

Jika ada rakyat Malaysia yang cuba berfikir jauh dan berlebih-lebih dalam bertindak tentu sekali membawa mudarat dan menjejaskan keselamatan negara. Jangan nak tunjuk pandai atau bercita-cata jadi lebih pandai dari pemimpin negara. Biar bodoh dan bebal janji negara maju. Itulah inti seruan tersebut. Jika ada maksud lain yang lebih tersirat sila kemukakan.  Rumusannya jangan berfikir dinamik atau ke hadapan. Lebih baik jumudkan akal dan diri anda jika mahu jadi rakyat yang terbaik... kah...kah..kah.. 
Jika ulasan dan fahaman sebegini bersifat jahat atau menghasut sila berikan hujahannya yang munasabah.


Ada juga yang kurang jelas maksud  'lebih baik syaitan yang anda dikenali  berbanding malaikat yang anda tidak kenali" , iaitu kata-kata Hama Tuma seorang penyair Ethiopia. Berikut adalah sedikit pencerahan.

What does this quote mean? "“BETTER the devil you know than the angel you don't”?


Not really a spiritual or theological question...
The words "devil" and "angel" are just being used metaphorically.

It is just an expression that means:
It is better to be dealing with somebody who's faults you are aware of than to be dealing with somebody who appears perfect but whom you actually don't know at all.
Hope that helps!

Ahad, 19 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA FITRAH

Ramadhan ertinya kembali meraikan fitrah
Selamat Hari Raya Eid-ul Fitr al-Mubarak. Selamat kembali kepada fitrah atau asal kejadian atau 0 - 0, kembali putih bersih bagaikan tanpa dosa. Sepanjang Ramadhan kita berpuasa membersihkan diri, hari ini kita meraikan kejayaan perjuangan melawan hawa nafsu selama sebulan.
Itulah kehebatan Ramadhan dan sesudah itu Syawal menjelma sebagai kesinambungan bagi memberikan makna yang lebih jelas kepada Ramadhan. Kedua-duanya dipenuhi barakah jika ada niat dan usaha untuk mencari dan memilikinya.
Persoalannya, adakah semua umat muslimin 1Dunia amnya dan 1Malaysia khususnya bersepakat memahaminya dengan perspektif yang sama seperti di atas. Atau adakah Eid-ul fitr ini bulan untuk diisi dengan pesta kegembiraan dan peluang untuk makan sepuas-puasnya?

Ucapan Eid-ul Fitr
Seharian meneliti kiriman ucapan Selamat Eid-ul Fitr dari teman dan saudara pelbagai bentuk, susunan dan pendekatan ucapan diterima. Dari ucapan yang langsung dan bersahaja hinggalah kepada ungkapan bermadah, pantun, syair, animasi,  grafik, hatta doa dan yang lawak pun ada. Tahniah dan terima kasih atas kreativiti ditampilkan dan yang penting semuanya itu adalah tanda ingatan sesama saudara. Antara kiriman yang menarik :-

"Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
 Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
 Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, 
 Dalam gurau senda ada khilaf dan dosa,
 Harap dimaafkan segalanya..." 

Ada antaranya yang tidak akan difahami selamanya andai tidak belajar bahasa Arab, umpamanya:-

"Barakallahulana walakum fi yaumil 'id fabirahmatillah insha Allah"

Ini anatara ucapan penuh siratan dan yang tulus ikhlas dari sahabat lama :

"Tiada tali yang paling erat selain tali silturrahim,
  Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati,
  Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi,
   Tiada pemberian yang paling berharga selain pemberian kemaafan"

Biar apa dan bagaimana pun jua dipersembahkan yang paling penting adalah ingatan tulus ikhlas itu amat bermakna kepada yang menerima. Biar pun yang akan bertambah kaya raya adalah tauke syarikat telekomunikasi namun hubungan silturrahim itu jika ikhlas akan membawa barakah kepada semua. Tidak mustahil tauke-tauke maxis, celcom, telekom dan sebagainya jika cuba curi-curi baca ayat dan ungkapan yang ikhlas dari hati nurani itu akan beroleh hidayah dan taufik dari Allah. Itu barangkali hanyalah angan-angan atau harapan namun jika kita berdoa dengan sungguh-sungguh dan lurus nescaya Allah akan kabulkan. 

Sempena Syawal tahun ini marilah sama-sama kita menyambutnya dengan penuh kebijaksanaan dan tulus ikhlas. Marilah kita teruskan kerajinan bersolat sunat dan berselawat ke atas nabi hingga ke Syawal tahun hadapan. Bolehkah Melayu berbuat begitu? 

Sabtu, 18 Ogos 2012

KRISIS SYRIA - OIC TENGOK SAJA!


Berita No.1
MAKKAH 17 Ogos 2012 : Sebanyak 57 ahli Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) menggantung keanggotaan Syria dalam badan itu sambil Pengerusinya, Ekmeleddin Ihsanoglu memaklum- kan sudah menghantar “mesej tegas” itu ke Damsyik. 


Berita No. 2
MAKKAH - Malaysia akan menyatakan pendirian tegas terhadap isu di tiga negara Islam pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.  "Kita akan menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam OIC kerana keadaan di negara itu telah meruncing sehingga rakyat kehilangan nyawa dan harta benda," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, semalam. Najib berkata, Malaysia berpendapat telah tiba masanya untuk kerajaan Syria memberhentikan keganasan dan menghormati hak rakyatnya yang mahukan pilihan raya secara demokratik diwujudkan di negara itu.
Berita No.3
TEHERAN - Iran semalam mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria dalam badan tersebut. Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut". Syria merupakan sekutu rapat Iran.
"Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan dirinya," jelas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi kepada agensi berita IRNA di kota Mekah. Terdahulu, pada penghujung mesyuarat tergempar OIC di Mekah semalam, OIC mengumumkan bahawa ia menggantung keanggotaan Syria dalam organisasi 57 buah negara itu.Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan serius berhubung pembunuhan beramai-ramai dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Syria.Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ali menghadiri sidang tergempar itu tetapi gagal menghalang keputusan tersebut.
Catatan Gedung Akal:
Ketiga-tiga berita di atas menggambarkan apa sebenarnya? Adakah OIC, Malaysia dan Iran benar-benar punyai ketegasan atau ketekadan politik? Atau apakah semuanya 'beraksi' mengikut skrip semata-mata? Mengikut skrip demokrasi Amerika, Bashar al-Assad adalah ketua regim autokratik yang menzalimi rakyat sendiri. Rakyat Syria adalah pejuang demokrasi. Negara-negara Barat, Amerika hatta PBB adalah pembawa obor demokrasi dan perlu sokong rakyat Syria yang mahukan demokrasi. Semua pihak perlu bantu untuk jatuhkan al-Assad -biar pun dahulunya seluruh keluarga al-Assad diangkat dan didokongi Amerika untuk berterusan menjadi pemerintah Syria.
Iran, China, Russia merupakan sekutu Syria yang bererti sekelompok negara anti demokrasi yang suara mereka perlu dinafikan. Selain bercakap soal demokrasi Amerika juga memberikan tazkirah kepada umat Islam tentang bahayanya konflik antara mazhab  Syiah-Sunni yang sedang berlaku di Syria. Maka umat Islam yang Sunni pun berdoa mohon laknat Allah ke atas rejim Bashar al-Assad kerana beliau merupakan Syiah yang sesat dan menzalimi puak Sunni.
OIC hanya lihat sahaja dan tatkala 'rombongan aman PBB' mengambil keputusan keluar dari Syria OIC gagal bersikap proaktif untuk menjadi pendamai. Dengan menggantung keanggotaan Syria- yang dianggap bijaksana oleh pengulas situasi dari Malaysia khususnya- maka OIC telah mengikut skrip yang sepatutnya dan dengan penuh sedar atau tidak telah memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam. OIC septutnya menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahan antara dua saudaranya yang bertelagah, tetapi jelas untuk kesekian kalinya -dalam hal-hal kepentingan umat Islam sedunia OIC hanya tengok saja....Ohh..i see.
Pemimpin-pemimpin Islam sedunia, yang bercakap atas kapasiti kepimpinan negara masing-masing, yang tegas mahu memberikan 'mesej jelas' kepada Syria, yang menyokong pemberontakan rakyat Syria terhadap  'ulil amrinya' apakah benar-benar demokratik dan islamik di negara masing-masing? Apakah di negara masing-masing rakyat diberikan hak demokrasi sepenuhnya atau 'demokrasi terpimpin'? Apakah Islam benar-benar menjadi ad-din dalam siasah dan kepimpinan masing-masing?  
Apakah cakap-cakap mereka hanyalah 'bunga-bunga diplomatik' untuk menyenangkan tuan besar masing-masing? Ayuh umat dan pemimpin Islam, tuan kita bukan Amerika tetapi Allah Taala. 
Bagaimana mahu pastikah yang pemimpin-pemimpin kita tidak menjadi barua , budak suruhan atau bidak dalam proses tata baharu dunia ini? Ilmu dan iman? Kah...kah...kah.... mahu cakap sahaja bolehlah...tengok sahajalah kita, sama macam OIC! ...itu lebih  mudah....kah...kah...





Khamis, 2 Ogos 2012

NEGARA ISLAM : APA MASALAHNYA?

Karpal Singh, Chua Soi Lek, Lim Kit Siang adalah antara serentetan dari kalangan cina, india, siam dan benggali yang kapir belakanya yang begitu keras menentang konsep negara Islam PAS. Bagi mereka negara 1Malaysia ini adalah sekular dan perlu mapan dengan amalan ideologi sekularnya - buat selama-lamanya. Kalau negara Islam pun biarlah dalam erti kata negara berkebajikan atau Islam moderat.

Apa masalahnya Karpal Singh, Chua Soi Lek dan yang lain-lainya (termasuk yang Melayu-Islam) menentang cita-cita negara Islam PAS. Apakah Islam secara PAS adalah islam politik atau islam untuk kepentingan kroni dan  peribadi semata-mata? Atau apakah dengan Islamnya negara 1Malaysia ini maka Karpal Singh dan rakan-rakannya akan dipaksa potong 'anu'nya masing-masing -bagi yang belum potonglah. Apakah kapir laknat yang mencuri yang hukum asalnya tidak berdosa ke atas mereka akan turut dikenakan hukum hudud potong tangan? Apakah jika sekiranya Chua Soi Lek melakukan hubungan seks tabii dengan pasangan yang bukan bininya yang sah, maka Soi Lek juga akan direjam sama seperrti seorang Muslim yang dikenakan hukum hudud atas perbuatan zinanya?

Keengganan untuk memahami dan menerima konsep negara Islam adakah bersifat politik semata-mata atau berasaskan fakta akademik dan lebih fundamental sifatnya? Ini perlu disoal dan difahami sungguh -sungguh oleh Azizan Razak dan Nik Aziz, Mahathir, Marina Mahathir, sultan-sultan, wakil rakyat Islam dan semua umat Islam. Ini penting agar Islam akan terus hidup dan bangun dengan penuh penghormatan. Kalau berlaku hukum hudud biarlah ia muncul sebagai satu hikmah kepada umat manusia khususnya dalam tanahair 1Malaysia ini.

Dalam negara Islam Benggali Karpal Singh atau benggali karpet yang kafir tidak dipaksa potong lancau, masing-masing -sama seperti hari ini di mana seorang muslim yang amalkan agamanya dalam negara sekular tidak dipaksa makan babi atau main judi. Seperti di Amerika dan Perancis yang jauh lebih sekular dan laknatnya kekafiran mereka, umat Islam boleh berpuasa, membayar zakat dan solat. Umat Islam tidak dipaksa minum arak dan makan babi melainkan mereka sendiri yang memilihhya. Jika berlakunya negara Islam dan hukum hudud di Malaysia maka Karpal Singh, Chua Soi Lek mahu makan babi, minum arak atau berjimak dengan segala perempuan kafir lainnya -silakanlah. Yang akan dihudud dalam negara Islam nanti hanyalah yang mengucap dua kalimah syahadah yang muslim umpamanya Cik Gayah bt. Abdullah, Usman bin Ibrahim, Sultan Ibrahim, Syed Ibrahim, Ibrahim Pendek - yang Islam sahaja. Ini asas kefahamannya. Apa yang Karpal takut sangat dengan penubuhan negara Islam. Apakah kerana kepentingan politik sesama kafir maka rakannya yang Islam tidak boleh laksanakan syariat Islam? Ini pelik dan tidak bijaksana dan tidak patut dibenarkan berlaku. 
Tidak kira di sebelah sekutu Soi Lek mahu pun Kit Siang yang menang pilihanraya besar nanti, jika rakan yang Islamnya mahu laksana syariat Islam  maka itu hak mereka dan hormatilah! Kenapa perlu dihalang-halang? Islam pasti tidak sesuai untuk yang bukan Islam dan tidak perlulah kamu sertainya jika bukan urusan agama kamu. "Lakum di nukum wali yadin"

Ahad, 10 Jun 2012

JAWAPAN BUKAN MELAYU


Noble Laureate from Yemen, Tawakul Karman responds to Hijab


When asked about her Hijab By Journalists and how it is not proportionate with her level of intellect and education, she replied, “Man in The early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It’s the removal of clothes again that is regressive back to ancient TIMES.”







Sila teliti dan dalami makna dan implikasinya. Adakah Melayu boleh berikan jawapan sebegini -dalam topik sebegini atau pun tentang persoalan jati diri Melayu, umpamanya soalan "Kenapa kamu wahai pegawai dan pemimpin Melayu tidak gemar bercakap dalam bahasa kamu sendiri bila berbual dengan kami?" 
Kenapa kamu tidak jadi Melayu yang sebenarnya? Bagaimana agaknya jawapan Melayu dalam hal yang menyentuh 'keistimewaan' dan jati diri bangsa Melayu ?
Apa pula respon  Perkida dn Perkasa....kah..kah..kah...Melayu masih bebal lagikah?

Selasa, 5 Jun 2012

MERAIKAN PERBEZAAN PENDAPAT

Dr M: Himpunan besar PAS tak akan jadi undi
Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya. Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya.  PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.

Ulasan Gedung Akal  : Ada ciri-ciri dan sifat riak dan bongkak dalam ulasan yang dibuat oleh Dr. M ini, namun dalam real politik begitulah yang akan kita dengar. Sebagai 'pejuang dan politikus Islam' bagaimana PAS menangani isu ini dengan penuh hikmah? Bolehkah PAS buktikan kenyataan tersebut hanya bersifat provokasi atau jalan mempelekehkan PAS?


WWW1: Nizar vs Sultan Johor
Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.  Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.
Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010.  Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.
Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.
Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya.  Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Ulasan Gedung Akal : Berikan hak kepada yang berhak untuk memberikan pendapat dan pandangan, selebihnya sama-sama kita nilai. Kalau begitu pendapatnya, sama ada kecil atau besarnya pemikiran atau pandangan dunia mereka - maka setakat itulah mereka! "


"Himpunan Menjunjung Taat Setia" di Istana Pasir Pelangi pada 10 Jun"

JOHOR BAHARU 2 Jun - Pemuda Umno Johor akan menganjurkan "Himpunan Menjunjung Taat Setia" di Istana Pasir Pelangi di sini pada 10 Jun ini sebagai tanda sokongan rakyat terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd. Fadil Maskon berkata, himpunan yang disertai lebih 300 badan bukan kerajaan dari seluruh negeri itu juga diadakan sebagai tanda amarah terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.
Beliau berkata, himpunan itu yang akan disertai lebih 5,000 orang, termasuk sayap parti Barisan Nasional, adalah sebagai tanda sokongan rakyat Johor kepada baginda dalam menghadapi apa jua isu serta menyatakan kesediaan rakyat Johor pertahankan institusi diraja daripada diperkotak-katik. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm

Ulasan Gedung Akal  : Barangkali ini sesuai dirumuskan sebagai ketaksuban membabi buta @ membuta tuli. Ertinya ilmu dan rasional bukan asas kepada tindakan, main redah saja...ikut nafsu gamaknya...macam babi buta.

Ahad, 3 Jun 2012

MUAMALAT MELAYU


Untuk makluman sekalian umat Melayu  'muamalat' ertinya "....an Arabic word meaning financial transaction", manakala konsep syaraknya ialah "urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial'. 
Dari segi amalannya muamalat berkait dengan urusan jual beli, hutang piutang, kewangan atau ringkas urusan iktisad sesama manusia. Urusan jual belia ikan, belacan, budu, seluar dalam dan sebagainya adalah muamalat. Bermuamalat adalah untuk memenuhkan keperluan dan kepuasan sesama manusia.

Bagi orang Melayu urusan jual beli mereka adakah mengikut kaedah syarak atau apa sahaja hukum yang ada. Muamalat cara Islam selalu disebut oleh Melayu dulu-dulu sebagai 'berniaga nabi' iaitu berniaga yang tidak pentingkan untung dan lebih kepada tolong orang. Dalam konsep moden barangkali konsep 'win-win sitution' adalah padanan yang tepat. Namun dalam realiti bisnes hari ini mana ada korporat yang sengaja mahu berikan kemenangan kepada pengguna. Peniaga atau saudagar hari ini, tak kira siapa -Melayu, Cina, Siam, raja, presiden hatta penjaja akan sentiasa cari untung. Kalau mahu untung maka pengguna mesti dikenakan baharulah dapat untung. Kalau tidak apa  maknanya untung!

Muamalat Melayu hari ini bagaimana? Adakah masih bergantung kepada produk dan perkhidmatan orang cina? Adakah produk Melayu mencukupi untuk keperluan orang Melayu. Adakah Perkida dan Perkasa pernah buat kajian teliti hal ini? 

Kalau masih beli barang Cina walau pun barang tersebut Melayu boleh buat sendiri ertinya muamalat Melayu sangat lekeh sekali tahapnya. Janganlah dipersoalkan perkara-perkara tidak begitu penting umpamanya bidaan untuk nombor plat kereta yang begitu tinggi oleh seorang raja Melayu. Jangan asyik duk kritik Felda yang mahu tambah modal untk kesenangan masa hadapan. Jangan persoalkan gaya hidup pemimpin bangsa Melayu yang perlu setaraf dengan pemimpin bangsa-bangsa lain, Apa yang aula difikirkan ialah dengan siapa kita bermuamalat demi kepentingan agama, bangsa dan negara tercinta  ini.

Seandainya Melayu masih tidak mahu menggerakkan muamalat sesama Melayu-Islam, jangan mimpilah Melayu akan jadi senang dan kaya seperti sekalian Cina di tanahair Melayu ini. Selagi Melayu membeli produk Cina Malaysia hatta Cina China maka selagi itulah Melayu akan kena tipu dalam muamalat mereka. Apalah dikisahkan sangat jika Sultan membeli sekian-sekian barang yang harganya teramat mahal berbanding dari kemahuan wasatiah PM.  Apa-apa pun sebagai rakyat yang hina dina ini Ampun Tuanku saja yang patut dan layak diucapkan. Teguk dan kritik jangan sekali sebab Raja adalah bayangan Tuhan di atas muka bumi ini. Perkasa dan Perkida nak kata apa lagi...?




Read more:
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_meaning_of_'muamalat'#ixzz1wMggsMNk


Ahad, 27 Mei 2012

MELAYU BUKAN, ISLAM PUN BUKAN

Sebelum kita bicarakan selanjutnya tentang Melayu sebagai 'bangsa besar' atau 'menjadi tuan' iaitu selaras dengan konsep Kesultanan Melayu, eloklah kita fahami dan insafi apakah Melayu kini (di Malaysia khususnya) benar-benar punyai jati diri Melayu dan  mampu bertahan selaras dengan slogan Hang tuah  'ta' kan Melayu hilang di dunia".

Siapa Melayu yang sebenar-benarnya sama ada dari aspek antropologi atau sejarahnya nyata sukar ditentukan. Para sejarawan setakat ini bersetuju dengan dua teori kewujudan Melayu iaitu Teori Yunnan dan Teori Nusantara. Antara sarjana yang bersetuju dengan Teori Yunnan adalah R. H Geldem, J. H. C Kern, J. r. Foster, J. R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Manakala pendokong bagi teori Nusantara adalah J. crawfurd, K. Hilmy, sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf. Kedua-dua teori tersebut punyai implikasi  tertentu kepada kelansungan bangsa Melayu

Melayu hari ini yang bagi sesetengah pengkaji atau penulis adalah sinonim dengan Islam sebenarnya hanya bermula pada abad ke 15 iaitu sekitar tahun 1409 apabila Sultan Melayu Melaka yang pertama iaitu Parameswara memeluk Islam dan memakai gelaran Raja Iskandar Shah. Sebelum itu Melayu beragama Hindu dan penuh cacamarba dengan faham pagan. Kalau  diikutkan catatan Kitab Sejarah Melayu, Kesultanan Melayu asalnya dari Iskandar Zulkarnain di mana keturunannya Sri Nila Pahlawan telah muncul di Bukit Siguntang Mahameru yang akhirya berkahwin dengan anak pemerintah di sana iaitu Demang Lebar Daun. Dari situlah bermulanya karut marut atau mitos tentang setia dan derhaka antara  raja dan rakyat yang barangkali kekal hingga hari ini.

Waadat atau baiah inilah yang mengikat Melayu hatta mewariskan Melayu alam pemikiran minda bawah sedarnya tentang konsep daulat yang membawa erti 'Raja adalah bayangan tuhan di muka bumi'. Siapa yang persoalkan konsep daulat raja akan berlakulah sial ke atas dirinya. Konsep setia Hang Tuah dan derhaka Hang Jebat tertanam dalam psikologi Melayu hingga ke zaman moden ini.

Sesudah Tanah Melayu ini merdeka lebih setengah abad dan sesudah fikrah Islam semakin kukuh pun rasa kehambaan dan kehinaan Melayu terhadap kehebatan keturunan Iskandar Zulkurnain itu tetap ada -dalam minda bawah sedar Melayu sekurang-kurangnya.
Hakikatnya sampai hari ini sama ada Melayu itu teras bangsanya Mongoliad(kuning) atau Melayu(perang), semua anak bangsa Melayu tetap tunduk, hormat dan tidak berani mencabar Caucasian(putih) iaitu teras bangsa Iskandar Zulkurnain. Apa yang menarik lagi raja yang mewarisi darah Iskandar pun jadi 'mandom' dan  rendah diri apabila berhadapan dengan Caucasian. Ini fakta yang perlu difahami oleh semua anak Melayu. Cuba kaji dan perhatikan adakah Raja-raja Melayu atau para memanda menterinya berbual atau bercakap menggunakan bahasa Melayu sama ada dalam majlis atau ketika bermain golf bersama Queen England atau Presiden Barrack Obama mahu pun Chancellor Angela Markel. Kalau mereka gunakan tiga patah perkataan Melayu pun memang cukup hebatlah raja dan pemimpin Melayu tersebut. 

Berkaitan Islam pula jelas sekali Melayu tidak mampu mempromosi Islam di peringkat antarabangsa khususnya kepada bangsa Caucasian. Sila kaji satu peristiwa di mana satu orang ulama besar Melayu yang memegang jawatan Ketua kepada majlis mufti-mufti 1Malaysia bertemu dengan paderi paling besar dunia beberapa tahun dahulu. Lihat sahaja pada pakaian paderi besar tersebut yang lengkap dengan imej agamanya berjubah, bersalib dan bertutup kepalanya dengan 'ketayap' atau 'lebai'. Pemimpin agama Islam dari Malaysia apa yang dipakainya? Jelas sekali serupa seperti pakaian  'Man in Black' atau Mr Presiden Barrack Obama - pakaian rasmi majlis yang lengkap -long suit yang dibudayakan oleh Caucasian....kah..kah....kah...kah. Mengapa tidak pakaian pakaian Melayu bersongkok -biar pun sogkok itu asalnya dari Himalaya, tetapi adalah juga unsur Melayanya....kalau tak pun pakai 'lebai' dililit serban macam Tok Arab atau Saladin, ada unsur Islamnya di situ.


Di mana jati diri Melayu dan Islam bagi pemimpin agama Islam Melayu tersebut. Ini mungkin perkara kecil yang besar maknanya. Apakah Melayu di Malaysia ini masih belum jelas Melayu dan Islamnya. Melayu bukan , Islam pun bukan. Habis apa ertinya Melayu 1Malaysia? 






Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru tahun 2012 di Malaysia melanjutkan tema tahun sebelumnya iaitu "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Penggunaan tema untuk sambutan Hari Guru menurut rekod, telah dimulakan sejak tahun 1972 lagi iaitu dengan tema "Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara". Apa yang menarik tema-tema Hari Guru (juga tema Hari Kebangsaan) dicetuskan sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa.

Pada tahun 1973 temanya cukup 'simple' iaitu "Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan". Skopnya kelihatan kecil tetapi semangat dari seruan tersebut amat besar ertinya iaitu kemajuan pendidikan perlukan penglibatan ibu bapa- tentu sekali secara bersama dengan guru . Atas semangat itulah barangkali ada sebuah sekolah di  Utara Semenanjung memanfaatkan kerjasama murid, guru dan ibubapa dengan menggunakan slogan "MUGIBA" sebagai tema mapan bagi sekolah tersebut. 

Apa yang menarik hampir sebahagian besar dari tema-tema tersebut ada menyebutkan perkataan 'guru' dalam susunan perkataanya. Hanya satu sahaja (yang dapat dikesan) yang menggunakan perkataan 'murid' iaitu tema pada tahun 1979 yang berbunyi "Murid Sejahtera Negara Jaya".Walau apa pun bunyi tema hari guru, seruannya adalah untuk meningkatkan taraf dan kemajuan pendidikan khususnya pendidikan formal di Malaysia. Tanda-tandanya dapat dilihat melalui istilah seperti 'peranan guru', 'pembangunan negara', 'perpaduan', 'kesejahteraan insan', 'modal insan', 'budaya ilmu' dan sebagainya.

Namun demikian pencetusan tema-tema tersebut tetap tidak dapat lari dari kehendak politik -sama ada pencipta tema tersebut dan pengesahnya sedar atau tidak. Perkataan-perkataan bagi tahun-tahun tertentu terbukti mewakili slogan dan hasrat politik pemimpin pada zaman atau ketika itu. Antara istilah-istilah tersebut ialah 'perpaduan', 'wawasan', 'budaya ilmu', 'gemilang', 'terbilang', 'modal insan', dan 'transformasi'. Bukannya penggunaan istilah sedemikian sesuatu yang tidak baik atau jelik tetapi kadang-kadang terlihat suatu bentuk 'keghairahan yang tidak menentu' dan rasa 'syok yang kurang bermakna'  hasil terbitan istilah-istilah tersebut. Menghubung kaitkan tema tersebut dan aspirasi negara memanglah sesuatu yang sangat baik dan wajar, namun kalau kelihatan seperti satu proses mengampu tentulah suatu yang amat jelik -biar pun tidak pelik. Pasti ada yang akan merasa hairan kenapa pada ketika itu sahaja istilah tersebut akan diguna pakai dan selain zaman itu semuanya bagai tiada harganya. Umpamanya sudah jarang-jarang sekali dalam era kontemporari dan glokal terkini didengari istilah 'Islam Hadhari', 'Masyarakat Madani', 'Modal Insan', 'Budaya Ilmu', 'Nasionalisme' dan 'Perpaduan'. Adakah istilah tersebut sudah tidak relevan lagi dalam masyarakat Malaysia masa kin.

Ini adalah persoalan sosiologi dan budaya bukannya persoalan politik semata-mata. Maka yang selayaknya mencari dan memberikan jawapan meyakinkan kepada kecenderungan sedemikian adalah para saintis sosial dan budayawan. Jawapan mudahnya ialah 'itu adalah kehendak ahli politik semasa' tetapi adakah itu memadai bagi menjelas atau membuktikan bahawa tahap pendidikan generasi terkini sudah meningkat. Adakah benar slogan lebih 30 tahun lalu 'Guru Pembentuk Generasi Akan Datang' membawa makna generasi tersebut benar-benar berilmu atau pun masih menjadi pengikut atau tetap setia menadah darjat berbanding kehendak masyarakat progresif dan sejagat yang perlukan 'insan yang inovatif' yang berupaya memberikan alternatif dan nilai tambah dalam semua bidang. Marilah ketika gunakan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis(KBKK) untuk memahami dan merungkai persoalan ini.

Kepada semua diucapkan Selamat Hari Guru Tahun 2012.
          

Ahad, 1 April 2012

APRIL FOOLS' DAY

Berikut adalah definisi 'April fools' Day dalam bahasa France...

un poisson d’avril est une plaisanterie, voire un canular, que l’on fait le 1er avril à ses connaissances ou à ses amis. Il est aussi de coutume de faire des canulars dans les médias, aussi bien presse écrite, radio, télévision que sur Internet.

Pour les enfants, il consiste à accrocher un poisson de papier dans le dos de personnes dont on veut se gausser. « Poisson d’avril ! » est aussi l’exclamation que l’on pousse une fois qu’une des plaisanteries est découverte.


Ini mafhumnya dalam bahasa Inggeris....

April Fools' Day is celebrated in different countries on April 1 every year. Sometimes referred to as All Fools' Day, April 1 is not a national holiday, but is widely recognized and celebrated as a day when many people play all kinds of jokes and foolishness. The day is marked by the commission of good-humoured or otherwise funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc.

In France and Italy children (and adults, when appropriate) traditionally tack paper fish on each other's back as a trick and shout "april fish!" in their local language ("poisson d'avril!" and "pesce d'aprile!" in French and Italian respectively).

The earliest recorded association between April 1 and foolishness can be found in Chaucer's Canterbury Tales (1392). Many writers suggest that the restoration of January 1 as New Year's Day in the 16th century was responsible for the creation of the holiday, but this theory does not explain earlier references.


Dan di bawah ini adalah contoh perbuatan April Fools Day yang boleh dikatakan hampir tepat dalam bahasa MBMMBI...kata pengulas berwibawa ....

nasib baik ucapan ini
di buat pada satu haribulan april
kalau pada dua haribulan april
satu negara akan terkejut berok
kah kah kah....


MALAYSIA DAPAT PENDIDIKAN LEBIH BAIK DARI BARAT - mkini

Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.

kah....kah..kah...April foooooooolll.....



Ahad, 4 Mac 2012

POLITIK SUKU AGAMA SUKU

Politik dan agama adalah bersekali, bukan suku-suku atau terpecah-pecah.
Maksud ungkapan di atas ialah 'barang sesiapa yang beriktikad bahawa 'politik suku, agama suku' ertinya dia adalah seorang yang sekular". Ungkapan seperti di atas diungkap bagi menguatkan fahaman atau aqidah bahawa Islam adalah 'addin' yang lengkap atau syumul.
Sebagai seorang muslim, jika berpolitik secara Islam ertinya tidak menjadikan urusan politik sebagai urusan dunia semata-mata melainkan politik itu adalah ibadat terhadap Allah jua. Faham ini sering diperteguhkan oleh tok-tok guru yang memahami pencerahan, agar virus sekular itu tidak berterusan memenuhi kotak akal seseorang muslim. Lanjutan itu berpolitik secara Islam ertinya segala gerak laku siasah adalah gabungan antara akhlak, aqidah dan syariat Islam. Politik secara Islam bukan namanya siasah semata-mata tetapi berpolitik secara Islam adalah untuk mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah Taala.
Kelompok yang mendakwa bersiasah secara Islam perlulah buktikan akhlak dan akalnya selaras dengan Islam. Jika siasahnya Islamik tetapi akalnya serupa atau mirip kaedah kafir laknat yang berprinsipkan 'matlamat menghalalkan apa jua cara' maka politik tersebut akan jadi sia-sia.
Kalau kita perjuangkan akidah umat seperti mana kerja-kerja Hassan Aqidah itu, maka aspek yang boleh merosakkan jamaah Islam perlulah dijaga. Kita perlu taat kepada ketua dengan bai'ah kerana Allah Taala. 'New Deal' atau baiah kita dalam jamaah Islamiyyah bukan untuk tujuan ganjaran(RM7000) di dunia semata-mata. Semuanya untuk dapatkan hasanah dunia dan akhirat yang akhirnya adalah keredaan Allah Taala. Perjuangan akidah kita tidak perlulah disekalikan dengan perjuangan untuk pertahankan daulat raja atau hak istimewa keturunan sendiri umpamanya. Perjuangan aqidah bukan semata-mata berkaitan murtad tetapi akidah adalah proses penjernihan akal, jihad, menjunjung kemuliaan al-Quran dan berakhlak agar boleh dijadikan kudwah hasanah.
Begitu juga jika berpolitik hingga berjaya memerintah negeri. Perlu ada akhlak, akidah dan syariat yang benar. Andai PAS mempertikaikan akhlak dan akidah UMNO maka PAS seluruhnya perlulah tampilkan cadangan balas (alternatif) yang terbaik yang selaras sahsiah Islam. Andai para pemimpin PAS bertelagah dan pertelingkahan tersebut ada pula kaitannya dengan urusan harta dunia maka tidak ada bezanya perjuagan Islam oleh PAS itu.
Perlulah kita jaga akhlak atau sahsiah Islam agar tidak dilihat dan ditafsir oleh orang awam secara tidak tepat. Orang akan kata parti yang perjuangkan politik sebagai ibadah itu sama saja dengan yang jelas sekular dan assabiyyah. Pemimpin mereka cakap sahaja yang lebih tetapi amalnnya tetap politik suku agama suku. Apa ertinya politik Islam kalau MB dan para exconya bertelagah dan tidak puas hati jika mauduknya berkait dengan harta yang dianggap 'ghazwah'. Malang sekalilah kalau begitu hakikatnya.
Jelaslah kalau begitu sememangnya ustaz-ustaz jamaah hanya dilihat pandai cakap sahaja dan tidak boleh bikin apa-apa. Mahu tahu politik suku agama suku itu benar-benar difahami atau tidak pergilah ke tandas mana-mana markas atau masjid surau PAS Kedah. Kalau tandas mereka bersih ertinnya mereka benar-benar alim tentang prinsip ini. Kalau tidak sama sahajalah dengan suku yang tak bersunat itu!

Ahad, 19 Februari 2012

JALUR TIGA @ KUASA KETIGA @ NON-PARTISAN?

Perlu ditimbulkan persoalan tentang apa sebenarnya Kuasa Ketiga? Perlu diteliti dan difikir secara kritikal adakah Kuasa Ketiga ini satu lagi komponen kuasa politik atau golongan 'atas pagar' yang non-partisan. Pada dasarnya dalam mana-mana masyarakat sivil akan ada dua kuasa iaitu 'pencadang' atau kuasa kerajaan dan kuasa pembangkang. Dalam apa jua sistem politik kerajaan dan pembangkang mesti wujud. Sama ada sistem satu, dua atau pelbagai parti, hakikatnya hanya ada dua kuasa politik yang jelas. Bagi yang tidak memihak ertinya mereka tidak berkuasa dan pendirian mereka tidak terpakai. Mereka hanya ikut saja dan boleh diabaikan sahaja. Mereka tidak penting kerana mereka tidak menyokong mana-mana pihak. Dalam keadaan mereka tidak ambil bahagian apakah suara atau kuasa mereka mempunyai makna?
Akhir-akhir ini ditimbulkan tentang Kuasa Ketiga yang non-partisan. Diandaikan bahawa Kuasa Ketiga ini berupaya menjadi penentu dalam perebutan kuasa yang sedang berlaku. Sama ada andaian ini benar, sipi atau palsu perlulah diteliti dan dibuktikan dengan data. Pada peringkat teori bolehlah diandaikan benar. Ini boleh terjadi sekiranya Kuasa Ketiga itu betul-betul berupaya mempengaruhi masyarakat membuat pilihan yang dikehendakinya. Namun demikian dalam masyarakat dunia ketiga ini adalah diyakini Kuasa Ketiga hanyalah bumbu atau buih-buih yang tidak bermakna.
Masyarakat dunia ketiga secara hakikatnya gagal berfikir dan menilai dengan wajar. Masyarakat dunia ketiga hanyalah pengguna total. Mereka lebih gemar untuk menjadi pengikut. Mereka tidak berminat mengeluarkan walau sekelumit idea. Bukan mereka kemut ilmu tetapi akal mereka tidak sampai ke tahap itu. Jiwa mereka parah disiat pedang penjajah. Mana-mana puak atau gerombolan yang kuat berkempen dan memaksimumkan segala wahana massa yang ada, maka mereka akan menjadi raja. Mana-mana puak tidak kira mata sepet, hitam legam atau hidung kembang jika retorik mereka berupaya membuai rasa maka merekalah pilihan dan mereka akan dapat habuan yang besar.
Mana-mana Kuasa Ketiga atau pun yang berlabel secara khusus seumpama Jalur Tiga hasil cetusan Hassan Aqidah yang mahu berikan alternatif perlulah kuasai kaedahnya sahaja. Kuasa Ketiga dalam negara 1Malaysia tidak perlu idealistik atau berfalsafah. Cukup sahaja beritahu masyarakat bahawa kami mahukan kuasa dan ini tawarannya kepada kamu. Tidak ada maknanya alternatif dalam masyarakat yang pemikirannya terjajah dan kotak akalnya lompong.
Kuasa ketiga dalam masyarakat dunia ketiga dijangka hanya akan beroleh glamour dan syok sendiri sahaja. Jika pun ada pengaruh terpaksalah mereka berkongsi dengan pembangkang atau pencadang. Bersih 2.0 mungkin boleh dilabelkan sebagai Kuasa Ketiga yang berjaya, namun demikian mereka tidak akan begitu gah kalau tidak disokong oleh ahli politik yang real. Kalau Pak Syeikh dan Abang Mat tidak turun padang maka sosok waja dan idealistik Ambiga itu diyakini tidak akan mampu menarik sebegitu ramai manusia yang sanggup menempah kesukaran dan ancaman.
Agak sukar untuk menyesuaikan definisi Kuasa Ketiga dengan situasi masyarakat yang kelas pemikiran juga Kelas Ketiga. Kuasa Ketiga bersumberkan idealisme yang jitu, matlamatnya sampaikan bertahap utopia. Kuasa Ketiga mahu tampil mengimbangi antara dua pihak yang gagah berpencak. Makanya pendokong Kuasa Ketiga mestilah sama kuatnya dengan kuasa pertama dan kedua. Jika tidak jadilah seperti perpatah 'gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Imej pelanduk memang bertepatan dengan konsep Kuasa Ketiga tetapi penampilan wujudnya pelanduk itu di samping bestari perlulah juga besar. Besar jiwa dan akal serta besar jasmaninya. Pendokong dan penyokong Kuasa Ketiga mestilah besar jumlah, jiwa dan akalnya baharulah berupaya menjadi kuasa pendesak mahu pun pendamai yang berjaya.
Jati, Perkasa, Perkida, Tiga Line, Teras, Bersih, KekTaik(di Penang depa kata ada!) dan semuanya yang ghairah atau penuh iltizam janganlah bermimpi menjadi Kuasa Ketiga dalam real politik tanahair 1Malaysia jika hanya beberapa kerat sahaja pendokongnya. Kita perlu lebih ramai dan kaedahnya perlulah lebih rencam dan menyeluruh. Rumusannya wajar dan perlu ada Kuasa Ketiga tetapi bersabarlah dahulu sehingga rakyat negara ini mampu berfikir setaraf masyarakat dunia pertama. Ada minda kelas pertama!

Ahad, 29 Januari 2012

ZAMAN PENCERAHAN & KEBANGKITAN


Gambar sekadar Hiasan
(David, by Michelangelo (The Accademia Gallery, Florence) Contoh Renaissance art)

Dua istilah di atas adalah terjemahan langsung dari perkataan 'enlightment' dan 'Renaissance' yang menerangkan tentang dua era atau zaman di Eropah yang ditandai dengan perubahan sosial dan kebudayaan dalam masyarakat Eropah. Zaman Pembaharuan atau Kebangkitan bermula di Itali pada abad ke-14 Masehi hingga abad ke-17M, manakala 'enlightment' atau pencerahan(kebangkitan) pula pada abad ke-18 Masehi yang bermula di Jerman dan Britain. Lama sebelum itu Eropah dikatakan berada dalam Zaman Pertengahan dan Zaman Gelap manakala Tamadun Islam sudah menapak ke era ilmu dan masyarakat sivil. bertaraf tinggi -ditandai dengan keupayaan pengusaan pelbagai bidang ilmu dan falsafah.

Ketika Era Keemasan Islam yang bermula tahun 700 hingga 1300 Masehi yang diterajui oleh Kesultanan Umaiyyah, Abassiyah dan Turki, di Eropah Zaman tersebut masih dikatakan Dark Age dan Viking Age. Era Feudal Eropah bermula dan semakin kuat pada saat-saat akhir Kesultanan Turki. Pada ketika itu Islam telah tersebar ke Eropah yang berpusat di Sepanyol. Islam menjadi lemah dan tertinggal setelah munculnya era Discovery sehinggalah Zaman Moden dan era globalisasi masa kini.

Ikhtisar ringkas ini adalah untuk menggambarkan betapa sebenarnya proses ilmu, falsafah dan masyarakat sivil sebenarnya bermula ketika era 'Zaman Gelap' Eropah lagi. Namun demikian masyarakat madani Islam kurang dijadikan rujukan kemajuan disebabkan masyarakat tersebut masih bersifat simplistik dalam erti kata tidak ramai manusia, berteraskan feudal dan kurang menggunakan serta membuat inovasi teknologi. Kebangkitan atau pencerahan sebenarnya lebih dibantu oleh teknologi di mana proses ilmu dam sosial manusia dapat disampaikan atau didokumenkan dengan baik.

Sememang sejarah amat terhutang dengan era keemasan Islam namun era tersebut hanyalah mukadimah kepada perkembangan dan pencerahan yang lebih hebat lagi. yang berlaku di Eropah. Keluarnya manusia dari sistem feudal dan gereja kepada sekularisme total merupakan sebenar-benarnya 'renaissance atau kemerdekaan hakiki manusia. Maka konsep kebangkitan dan pencerahan itu dari segi hakikatnya adalah bermaksud kemerdekaan insan dari cengkeman feudal atau kuasa istana dan gereja yang berlagak dan berlebih-lebihan bertindak sebagai wakil tuhan.

Kebangkitan dan pencerahan ertinya manusia berfikir merdeka dan boleh menggunakan akal dengan sebaik-baiknya tanpa perlu ditunjuki atau dipimpin bagai dicucuk hidung. Dalam erti kata demokrasi maka sepatutnya tidak wujud demokrasi terpimpin atau demokrasi yang berasaskan feudal. Untuk sampai ke tahap pencerahan sebegitu manusia sesungguhnya perlu berani dan yakin untuk mengatakan bahawa kuasa yang hakiki adalah kuasa Tuhan semata-mata, manakala manusia yang mendakwa wakil Tuhan yang ada di mana-mana sisi dunia pun kini sebenar-benarnya adalah manusia yang hanya mahu mengambil kesempatan. Penguasa yang memakai topeng agama atau pemegang mohor neo-feudal yang ada hari ini walau pun mereka wujud mereka sepatutnya bukan kelompok yang perlu ditakuti sebagai mana manusia perlu takutkan tuhan seleras dengan uluhiyyah lillah setiap manusia.

Pencerahan adalah keupayaan akal untuk memikir dan membuat kesimpulan bahawa pemimpin atau raja adalah manusia biasa yang ada dosa dan khilaf. Mereka boleh ditendang jika kita mahu dan mereka tidak sepatutnya ditakuti. Membuang mitos tentang daulat raja atau jiwa hamba itulah sebenarnya kebangkitan dan pencerahan umat manusia. Namun berapa ramai rakyat negara moden hari ini yang boleh dijangkiti sindrom pencerahan tersebut. Pada akhirnya jika ada pun akal kebangkitan yang jernih adakah mereka akan dibiarkan begitu sahaja oleh 'wakil tuhan' itu. Apakah cengkaman kuasa yang bagaikan sihir pada era 'Dark age' sudah tidak mujarab lagi?

Marilah sama-sama kita berfikir dan bermuzakarah!

Isnin, 2 Januari 2012

APA JENIS POLIS YANG LEMBUT?



Meneliti catatan para blogger yang kontra dengan tindakan ganas polis saya jadi pelik dan keliru. Mereka tidak suka kerja buat polis anti rusuhan bertindak ganas. Mereka mahukan polis anti rusuhan berlemah lembut, skima dan sopan santun. seperti yang sering disarankan oleh Yusof Haslam dalam Gerak Khas atau Roda-Roda KL. Mereka mahu lihat polis anti rusuhan yang skima macam mat belia. Polis yang sentiasa senyum dan sedia bagi salam kepada perusuh adalah polis yang 'cool' bagi mereka. Ini satu saranan yang amat lawak.

Hakikatnya polis anti rusuhan mestilah kelihatan ganas dan mampu bertindak ganas. Kalau lembik dan lembut pasti akan dilabel dan dicemuh sebagai pondan atau 'jantan yang tidak ada telotr' pula. Polis anti rusuhan mesti bersedia menentang provokasi dari semua pihak yang meraikan demokrasi. Barangkali yang dikaitkan dengan keganasan polis ialah tindakan atau sekatan yang tidak menyeluruh. Kepada pihak atau demonstran yang tertentu polis jadi lembik dan sopan-santun manakala kepada pihak yang lain pula polis jadi tersangat disiplin, betul dan ganas. Maka jika itu maksudnya polis perlulah muhasabah semula hal ini.

Dalam negara demokrasi 1Malaysia ini, tidak kira sama ada Ibrahim Ali, Perkida, Pro Aspirasi, Hindraf atau Hassan Ali mahu pun Azwan Ali yang membuat demonstrasi -mereka itu semuanya meraikan demokrasi. Jika mereka bertindak ganas maka polis perlulah bertindak lebih ganas lagi. Jika mereka hanya bertempik dan melaung-laungkan sesuatu polis perlu kawal keadaan dengan tegas. Berwatak ganas tidak mengapa tetapi jangan amalkan keganasan. Kepada pihak yang ganas atau pun skima maka layanan tegas yang sama perlu diberikan. Kalau polis lembik dan sopan kepada satu pihak sahaja tidak ada siapa yang mahu hormat polis. Tidak mustahil pihak yang dilayan sopan itu pun akan anggap polis boleh disuap dan dibuat main.



Perlu diulang-ulangkan tazkirah bahawa polis anti rusuhan hendaklah bersedia menyekat rusuhan. Andai tiada rusuhan cukup sahaja dengan lagak ganas dan tidak perlulah mengganas.



Kepada blogger yang pro pembangkang janganlah dituduh polis anti rusuhan sebagai ganas sebabnya mereka memang perlu bertindak ganas. Para blogger sekalian janganlah disalahkan polis semata-mata jika polis kelihatan ganas kerana tidak betullah jika polis dan askar itu sifatnya lembut. Apa barang polis yang jenis lembut dan penakut?

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun Baharu -Iltizam baharu!

Ada hadis yang menjelaskan bahawa "....setiap amalan itu bermula dengan niat". Tanpa niat yang betul akan jadi sia-sia. Dalam disiplin ilmu sosial masa kini niat itu telah diubahsuai. Istilah niat asalnya kalimah arab dan islamik kelihatannya. Jika diturutkan pandangan atau pemikiran arus perdana sekular masa kini arab dan Islam adalah sinonim dengan dengan melampau, radikal, ganas dan berbahaya. Maka istilah niat yang  kearaban dan bersifat ritual perlu digantikan dengan konsep yang lain. Gunakan istilah matlamat atau 'goal' atau konsepnya yang berkaitan umpamanya 'iltizam' itu gantikan dengan istilah 'comitment' agar lebi h sederhana, segar dan pragmatik.
Tidak kira dari mana mulanya kefahaman kita, apa-apa jua yang dilakukan sebetulnya bermula dari niat. Jika niat itu kurang progresif dan nampak condong kepada 'ritual' atau berbaur fatalistik maka tidak megapa kita gunakan istilah 'goal'(matlamat), impian, komitmen, target dan sebagainya. Setiap dari kita perlu tetapkan matlamat yang jelas untuk dicapai.
Menurut pakar motivasi pembelajaran kita perlukan matlamat yang S.M.A.R.T atau 'scripted', 'mesuareable, 'attainable', 'reasonable' dan 'time-framed'. Itu pendekatan matlamat yang dapat dilihat, dicatat atau diukur. Kalau matlamat 'hasanah di dunia dan di akhiarat' pula bagaimana? Jika matalamat 'jadi lebih berjaya dan kaya' barangkali akan dapat dicapai dalam tempoh masa tertentu. Andai matlamat ingin masuk syurga bagaimana pula? Adakah itu bukan matlamat yang jelas? Persoalan sebegini tiada jawapan yang paling tetap dan sering bergantung kepada persepsi atau tahap kefahaman individu.
Mulai tahun ini marilah kita tetapkan matlamat untuk capai bahagia dari pespektif masing-masing dan pertimbangkanlah mana yang wajar. Bagaimana pula matlamat perjuangan bahasa dan bola sepak kita? Itu pun perlukah matlamat yang jelas. Bahagia, bola dan bahasa akan jadi matlamat perbicangan blog ini untuk tahun 2012. Jika dizinkan Allah Taala.