Malaysiakini memetik Bernama 11:58AM Ogos 26 2012 dengan tajuk Najib minta rakyat jangan buat perubahan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya"
Membaca dan meneliti artikel dari perspektif mana pun akan terasa satu seruan agar rakyat 1Malaysia jangan lakukan perubahan, tidak perlu dinamisme atau bersikap progresif. Dalam bahasa lain jadilah rakyat yang jumud atau kaku. Memang itu seruan politik agar jangan ubah kerajaan sedia ada. Itu kemahuan beliau sebagai ahli politik. Sebagai pemimpin negera tentu sekali seruan tersebut tidak selaras sama sekali dengan semangat dan ikrar rakyat sebagai mana berikut, "membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden".
"Masyarakat progresif adalah masyarakat yang bersedia menerima perubahan sama ada
dari aspek sosial, ekonomi serta politik ke arah mewujudkan satu sistem kehidupan
bermasyarakat yang lebih adil, berwawasan dan terbaik"
Masyarakat yang progresif semestinya masyarakat yang berdaya maju, boleh bersaing dan boleh berdikari. Bagaimana rakyat akan berupaya berdikari andainya pemimpin berterusan meminta agar jangan lakukan apa-apa perubahan. Terima dan pegang apa yang diberikan pada hari ini.
Ulasan di atas barangkali kelihatan skima dan tidak begitu menarik.
Maka dengan ungkapan yang lebih 'cool' dan senang ditanggapi, maksud seruan Perdana Menteri itu ialah rakyat 1Malaysia janganlah bila mengundi PRU13 nanti memangkah selain partai BN kerana hanya BN sahajalah yang layak jadi pengemudi dan penyelamat bangsa dan tanahair untuk maju ke hadapan, untuk berlawan dengan Israel, untuk jadi negara maju, negara contoh dan untuk selamat dunia dan akhirat. Rakyat Malaysia akan tertipu sebagai mana ditipu Yahudi, komunis dan penjajah andai sokong selain BN. Rakyat Malaysia janganlah berfikir jauh sehinggakan melangkaui konsep demokrasi terpimpin sedia ada. Jangan fikir perlu adanya sebarang perubahan yang patut dibuat sebab semuanya akan dibuat oleh pemimipin BN. Rakyat Malaysia hanya perlu tunggu dan nganga sahaja dan akan ada rezeki serta ganjarannya atas kesetiaan rakyat terhadap pemimpin sedia ada. Rakyat perlu bersyukur dengan apa yang pemimpin berikan. Itu sahaja, tidak sesukar mana pun. Semuanya terbukti dan dapat dikecapi. Nak nafi apa lagi, janji ditepati!
Jika ada rakyat Malaysia yang cuba berfikir jauh dan berlebih-lebih dalam bertindak tentu sekali membawa mudarat dan menjejaskan keselamatan negara. Jangan nak tunjuk pandai atau bercita-cata jadi lebih pandai dari pemimpin negara. Biar bodoh dan bebal janji negara maju. Itulah inti seruan tersebut. Jika ada maksud lain yang lebih tersirat sila kemukakan. Rumusannya jangan berfikir dinamik atau ke hadapan. Lebih baik jumudkan akal dan diri anda jika mahu jadi rakyat yang terbaik... kah...kah..kah..
Jika ulasan dan fahaman sebegini bersifat jahat atau menghasut sila berikan hujahannya yang munasabah.
Jika ulasan dan fahaman sebegini bersifat jahat atau menghasut sila berikan hujahannya yang munasabah.
Ada juga yang kurang jelas maksud 'lebih baik syaitan yang anda dikenali berbanding malaikat yang anda tidak kenali" , iaitu kata-kata Hama Tuma seorang penyair Ethiopia. Berikut adalah sedikit pencerahan.
What does this quote mean? "“BETTER the devil you know than the angel you don't”?
Not really a spiritual or theological question...
The words "devil" and "angel" are just being used metaphorically.
It is just an expression that means:
It is better to be dealing with somebody who's faults you are aware of than to be dealing with somebody who appears perfect but whom you actually don't know at all.
Hope that helps!