Rabu, 15 Ogos 2018

SEDAR DAN KEMBALI

Gedung akal kini kembali

Sesungguhnya daya fikir boleh merudum dan akal gagal diasah sama sekali. Tiadanya dorongan munasabah dan balasan setimpal barangkali menjumudkan daya fikir dan daya gerak untuk mencatat tentang sesuatu.
Sebetulnya menulis adalah satu kesukaran dan kerumitan bagi yang hanya punyai semangat dan kemahuan kerana di sebalik itu perlu ada kekuatan munasabah seumpama akidah bagi menatijahkan seorang penulis yang berwibawa. Menulis juga adalah medan perjuangan, maka mujahadah dan kekuatan luar dalam perlu untuk menepis segala halangan bersifat luaran umpamanya kemudahan, suasana dan sokongan atau halangan dalaman seperti keghairahan dan nafsu yang membuak untuk mencetuskan idea untuk menulis.

Sekiranya ada seorang lelaki tua berusia 92 tahun masih mampu memimpin dan mendorong generasi baharu dan anak muda, fikirkanlah kenapa jiwa yang muda dan kudrat yang masih kental patut mengalah dengan seorang lelaki tua itu.

Semoga draf ringkas ini akan sentiasa berkembang biak dan tersebar luas ke serata alam maya.