Korban atau dalam istilah PPSMI sacrifice adalah satu bentuk perlakuan yang amat besar kesan maknanya. Korban boleh membawa kepada kematian. Korban sering dikaitkan dengan perasaan dan sering bersifat ritual. Sepanjang perjalanan hidup kita akan temui orang berkorban, dikorbankan atau terkorban. Ibubapa memang sah berkorban untuk kebahagiaan anak-anak. Kekasih berkorban untuk pasangannya apa sahaja yang boleh dikorbankan.
Yang terkorban dan dikorbankan kelihatan malang dalam situasi korban ini. Anak-anak muda yang merempit tidak ketahuan kalu biasanya akan terkorban di atas jalanraya. Politikus yang jurus dan bendul akan dkorbankan rakan separti demi kepentingan rakyat dan negara. Ada puak yang terpalsa dikorbankan demi kepentingan puak lain. Manusia mengorbankan manusia nampak jelek sekali tetapi itu hakikat apa yang terjadi.
Umat Islam mengorbankan binatang ternak sebagai manifestasi kesyukuran terhadap Allah Taala. Penganut agama dan isme selain Islam pun ada konsep korban masing-masing. Pengorbanan yang luhur dan ikhlas sukar didapat kerana biasanya hari ini oarang kaya yang berduit berlumba-lumba untuk berkorban binatang ternak. Yang malang sekali ibadat korban ini pun dijadikan umpan oleh orang politik untuk mempamerkan altruisme dan amal ibadat mereka. Bukan orang kaya dan orang politik tidak boleh berkorban tetapi situasi yang wujud sekian lama membentuk pandangan umum betapa pengorbanan orang politik adalah tidak ikhlas. Pengorbanan saudagar hanyalah sebagai iklan. Kerja korban seniman adalah untuk raih populariti. Masyarakat sudah hilang kepercayaan terhadap ibadat korban. Maka dengan demikian status keluhuran dan hikmah korban akan hilang. Ini masalahnya bila akal tidak digunakan untuk memahami hikmah perintah Allah Taala. Bila perasaan lebih mendahului akhirnya ibadat akan jadi lagha. Ini masalah masyarakat jahiliyah gaya moden!
Selasa, 16 November 2010
Sabtu, 30 Oktober 2010
MENOLEH SEJARAH MENILAI BANGSA
Sejarah adalah catatan pengalaman lepas. Menoleh sejarah beerti menelusuri kembali laluan hidup yang telah ditinggalkan dan pasti dipenuhi pelbagai corak dan warna. Bagi sesebuah bangsa, menoleh dan meneliti sejarah beerti mencari kekuatan lama yang tersembunyi. Orang Inggeris lima kurun yang lampau menjadi bangsa penakluk yang hebat ke seluruh dunia mengekalkan sejarah bangsa mereka untuk tatapan generasi terkini. Orang Jepun berbangga dengan sejarah bangsa mereka yang berupaya mengangkat orang Jepun pendek menjadi bangsa yang berjiwa besar dan berakal panjang biar pun ketinggian batang tubuh orang jepun tidak ketara peningkatannya.
Bagi bangsa Malaysia atau Melayu yang mengakui sebagai terasnya sejarah perlu dipelajari, diteliti, difahami agar bangsa ini benar-benar berupaya menjadi sejarah sebagai teladan. Orang Melayu mereka adalah pelayar dan pengembara hebat seawal kurun kesebelas lagi. Orang Melayu adalah pelayar yang dikatakan mampu merentas kepualauandan benua untuk membuka tanah baharu. Namun bagi sejarah orang Melayu hanya berlegar di sekitar Kepulauan Melayu atau Nusantara. Maka sejarah sedemikianlah yang perlu dijadikan iktibar bagi menyemarakkan misi besar bangsa untuk tujuh kurun akan datang. Apa dihairan tantangan orang keturunan Cina atau India yang jelas sejarah mereka jauh lebih besar isinya. Orang India tidak perlu melenting andainya dilabel sebagai bangsa pendatang oleh ultra Melayu atau ahli sejarah. Sepatutnya mereka bangga dengan sejarah besar marga asal mereka yang mewariskan kamasutra umpamanya. Begitu juga keturunan cina yang sepatutnya bangga kerana peperiksaan PTK di Malaysia sebenarnya dimulai oleh kerajaan kuno Cina. Sila baca sejarah dan janganlah gaduh dan melenting bila subjek sejarah mahu dijadikan subjek wajib lulus SPM.
Namun sejarah itu mestilah betul dan dikitiraf oleh pakarnya, bukannya sejarah yang hanya menguntungkan UMNO atas sifatnya sebagai parti politik semata-mata umpamanya. Biarlah sejarah bangsa itu memberikan semangat kepada seluruh rakyat dan tidak hanya kepada orang-orang UMNO sahaja yang akan merasa kehebatan sejarahnya. Tentu sekali perkembangan bangsa Melayu lampau tidak hanya dipelopori oleh orang-orang UMNO atau Perkembar atau PAS semata-mata. Tentu sekali ada nelayan, petani dan kuli atau peon Melayu yang memberikan sumbangan bermakna kepada sejarah bangsa. Semua itu perlu dilihat dan diberikan kredit yang sepatutnya.
Golongan kiri dan komunis memang jahat dan ganas khususnya kepada polis dan askar Melayu, Namun dalam kajian sejarah komunis jahat dan golongan kiri itu tetap berperanan kepada perkembangan sejarah bangsa. sama seperti di Iraq, yang menentang Amerika adalah kelompok jahat dan terrorist dalam konteks massa hari ini tetapi mereka berjuang untuk negara melawan penceroboh. Biarlah sejarah difahami secara nuetral dan diambil pengajaran setelah penilitian analitikal-kritis. Biarlah sejarah dikaji berdasarkan tertib wacana ilmu bukan semata-mata untuk kepuasan kelompok tertentu sahaja.
Menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM adalah baik jika pengajarannya benar-benar memberik an ilmu kepada penuntutnya. Jika sekadar belajar untuk lulus maka ia akan jadi kerja sia-sia untuk selama-lamanya. Budak Islam belajar agama Islam dan dapat A+ dalam SPM pun masih gagal jadi muslim yang baik kerana beliau hanya belajar untuk lulus cemerlang peperiksaan. Begitulah juga hal bagi subjek Sejarah SPM ini. Belajar Sejarah adalah untuk menilai bangsa sendiri bukan untuk cemerlang atas nama diri sendiri. Agaknya ini yang kurang difahami oleh kebanyakan bangsa 1Malaysia dan jadi polemik!
Jumaat, 24 September 2010
MELAYU HILANG KUASA
Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia, telahdipetik sebagai berkata "Melayu akan hilang kuasa jika negara ini dikuasai oleh Pakatan Rakyat(PR)". Ertinya jika negara ini tidak diperintah oleh PR maka kuasa akan kekal di tangan Melayu. Sama ada itu teori atau andaian pasti sekali ada Melayu yang mempercayainya. Melayu merasakan jika kini mereka punyai kuasa maka jika kerajaan Melayu ini bertukar pemiliknya maka kuasa Melayu itu akan lenyap. Walau pun pemimpin itu adalah Melayu kuasaMelayu tetap akan hilang sekiranya kerajaan Barisan Nasional(BN) yang ada sekarang tidak dikekalkan.
Itu Tun Mahathir punya teori dan andaian, maka orang Melayu berhak mempercayainya dan boleh pula untuk tidak percaya. Ada Melayu yang berhujah bahawa sekarang ini pun kuasa Melayu sudah hilang. Bihun Cap Masjid pun bukan Melayu yang kilangkan. Pasaran kain pelikat dan kopiah untuk solat pun Melayu tidak mampu kuasai. Surat khabar Melayu yang paling Melayu sekali pun dicetak oleh tauke cina kapir laknat! Jadi di mana kuasa Melayu itu.
Kalau apek cina, hindu atau mamak bercakap-cakap sesama mereka, maka mereka tidak kisah pun nak bercakap Melayu -mereka bedal bahasa David Beckham saja- biar pun penuh cacamarba. Dalam tv Melayu pun orang Cina dan India tatkala berbual-bual atau berbahas jika mahu kelihatan hebat akan gunakan bahasa Inggeris, termasuklah pengantara Melayu itu sendiri.
Lebih 50 tahun merdeka Melayu memang berkuasa tetapi yang kaya raya dan sentiasa menang adalah kapir laknat yang tidak berkhatan itu juga. Melayu memang sering diberi pinjaman dan subsidi tetapi lebih banyak Melayu jadi kuli dan drebar tauke cina atau kepada tauke Melayu yang kaya melalui jalan komisyen.
Kalau setakat jadi kuli dan drebar atau pengarah yang makan elaun dan gaji buta atau Melayu besar yang hanya tunggu duit kopi apa ertinya kuasa Melayu itu? Ini persoalan yang sering dipertanyakan tetapi akan masuk bab menghasut dan fitnah nantinya. Maka persoalan yang bersifat kritikal sebegitu perlu dijauhkan. Apa yang penting Melayu sekarang memang sangat berkuasa. Itu sahaja yang perlu dijaja dan dipertahankan. Melayu bukan hamba tetapi bangsa yang hebat. Maka janganlah fitnah Melayu jika mahu hidup selamat!
*kapir laknat - orang bukan islam dan derhaka kepada Allah dari perspetif Melayu-Islam.
*duit kopi -sedikit duit yang diberikan kepada seseorang untuk minum kopi atau belanja minum kopi.
*kapir laknat - orang bukan islam dan derhaka kepada Allah dari perspetif Melayu-Islam.
*duit kopi -sedikit duit yang diberikan kepada seseorang untuk minum kopi atau belanja minum kopi.
Jumaat, 10 September 2010
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR MUBARAK
Berlalu sudah Ramdhan, syawal menjelma. Itu tandanya kejayaan berpuasa selama sebulan akan diraikan. Bagi benar-benar berpuasa akan merasai nikmatnya. Permergian Ramadhan dan menjelmanya cahaya fitrah - menjadi insan yang baharu.
Ramadhan selama sebulan adalah madrasah atau sekolah yang mendidik insan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika masih pada takah lama atau tidak menjadi lebih baik maka madrasah ramadhan gagal bagi individu tersebut. Bukan 'school' itu yang gagal tetapi yang masuk sekolah itu yang gagal belajar. Orang lain tidak akan tahu sama ada tahap ketakwaan dan ikhlas seseorang yang memasuki madrasah Ramadhan bertambah atau merosot melainkan individu itu sendiri. Apa yang dipamerkan melalui sikap atau sahsiah belum beerti iman dan takwa bertambah. Orang yang munafik boleh sahaja menipu menjadi insan yang terbaik dengan lagaknya. Namun tidak bolehlah pula kita katakan iman dan ikhlas itu hanya terletak pada niat dan hubungan dengan tuhan semata-mata. Iman dan takwa mesti muncul sebagai syiar. Hanya yang jujur dan takwa sahaja yang dapat menentukan niatnya itu kerana Allah atau kerana kehendak dunia.
Seorang seleberiti umpamanya yang mencari rezeki halal tetapi mendedahkan aurat yang boleh menjejaskan tumpuan dan tawaduk orang lain boleh sahaja berkata iman dan niat tidak terletak kepada penampilan individu tetapi dalam hati. Namun jika sekolah Ramadhan ditelaah dengan bersungguh -sunnggh maka dengan mudah sahaja dapat difahami bahawa seleberiti yang berkata sedemikian hanya melontarkan kata-kata yang tidak bermakna atau kata-katanya itu tidak jujur dan jelas kefahaman itu sesat antara dunia dan akhirat.
Madrasah seumpama Ramadhan ini dapat menjelaskan erti takwa dan kejujuran. Sukar mencari orang yang tidak berpuasa yang sanggup mengaku berpuasa kerana mereka amanah, namun jika masih mahu menipu dalam bulan Ramadhan ini jelaslah kejujuran itu tidak ada padanya dan itulah kemunafikan yang nyata. Berbanding solat yang orang lain boleh tahu seseorang itu tidak solat tetapi ibadah puasa boleh sahaja orang tidak berpuasa mengaku berpuasa di hadapan orang lain biar pun hakikat sebaliknya. Itu istimewanya madrasah Ramadhan yang mengajar erti jujur, takwa dan iman -secara sedar atau tidak. Tahniah kepada yang berjaya berpuasa sebulan penuh dan kembali menjadi fitrah.
Sabtu, 21 Ogos 2010
IMAM MESTI LEBIH CERDIK
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini marilah kita bicarakan sedikit tentang imam. Dalam konteks umum imam adalah pemimpin atau ketua yang mendahului yang lain iaitu pengikutnya. Imam mesti diperakaui tahap dan wibawanya. Dari sudut ibadat imam adalah ketua ibadat khususnya solat. Imam solat sama seperti ketua-ketua dalam bidang lain yang semestinya lebih cerdik dari makmum atau pengikut. Pemimpin tentera memang dipilih dari kalangan orang yang akalnya strategik dan fizikalnya kuat. Imam bank, imam pusat muamalat dan industri besar mahu pun IKS pasti sekali dipilih dari kalangan orang mahir tentang selok belok wang. Imam solat tentu sekali dipilih dari kalangan orang yang mahir al-Quran dan yang berkaitan dengannya.
Bagaimana pun perihal kecerdikan imam ibadat ini sering dan boleh jadi pertikaian. Ini kerana banyak imam solat yang ada hari ini hanya mahir dalam bacaan al-Quran dan tidak ramai yang mahir kandungan al-Quran. Dalam pandangan ilmu pendidikan mereka hanya mahir pedagogi asas tetapi pedagogical content knowledge(pck) mereka sangat lemah. Mereka tahu dan fasih al-Quran tetapi mereka 'buta al-Quran' pada hakikatnya!
Apa tanda-tandanya atau buktikan kenyataan tersebut?
Cubalah tuan-tuan pergi ke masjid-masjid orang Melayu dan temui watak-watak imam mereka. Telitilah adakah imam di sana menghisap rokok -tidak kira cigaret mahu pun rokok daun? Adakah imam mereka gemar minum dan berbual di kopitiam? Lebih jauh sedikt lihatlah(jangan intai atau skodeng) perilaku anak-anak dara imam tersebut?
Itu pemerhatian dari segi penampilan diri atau sahsiah. Namun akhlak sudah boleh mencerminkan tahap kecerdikan seseorang biar pun tidak sepenuhnya tepat. Dari segi 'outcome' dan kualiti pula sila kaji yang ini. Adakah anak-anak muda kariah sang imam itu memenuhkan masjid setiap waktu? Adakah imam mengajar takwa seperti yang diseru dalam khutbah jumaatnya? Adakah masjid mereka dipenuhi anak kariah berjamaah solat subuh -sekurang-kurang setengah dari yang datang solat jumaat setiap minggu?
Menjawab persoalan di atas kita akan dapat mengetahui di mana letaknya tahap kecerdikan imam ibadah di masjid dan surau orang Melayu. Ada imam yang apabila fasahah dan hafalan ayat-ayat lazimnya baik maka terlantiklah beliau sebagai imam kariah. Ini kesilapan yang sering berlaku dan implikasinya ialah masjid menjadi tempat yang jumud. Masjid menjadi tempat upacara ritual semat-mata dan penuh skima! Orang akan pergi ke masjid hanya untuk solat atau menikahkan anak sahaja dan ada pada ketika yang lain masjid jadi tempat terlarang dan kosong!
Masjid yang tidak bersemarak dengan syiar Islam membawa maksud imam dan pembantu-pembantunya tidak cerdik dan kreatif sebenarnya sebab tidak ada apa yang mereka lakukan untuk menghidupkan masjid. Masjid adalah tempat Islam mencernakan misi sebenar 'addin' jika ditadbir oleh imam yang kurang cerdik akan jadi medan politik sama ada kepada pembangkang mahu penyokong. Di Pulau Pinang pembangkang kata masjid dipergunakan untuk politik dan di Perlis pembangkang juga kata masjid dipolitikkan -bukan sebab dicat dengan warna biru penyokong- tetapi sebab imam gagal berfungsi. Maka dengan yang demikian imam perlu difikrahkan semula!
Langgan:
Catatan (Atom)