Sabtu, 26 Mac 2011

BILA SIFU SUDAH JADI BANGSAWAN

Saya fikir ulasan panjang lebar pun tak guna. Kita isytiharkan dahulu yang kita ini sudah kehilangan satu jiwa untuk keseniman rakyat. Kita tidak pasti dalam jiwa  sifu kita kesenimananya benar-benar jalanan dan merakyat tetapi yang kita tahu nilai seni itu sangat menyentuh sanubari rakyat. Kita juga tidak pasti bila masanya sifu  isytiharkan kesenimanan adalah untuk rakyat tetapi yang pasti jiwa dari lagu-lagunya adalah jiwa dan nurani rakyat.
Hari ini apabila seorang seniman di hati rakyat yang secara sahnya menjadi idola golongan marhaen dan yang pasti sangat layak menjadi pejuang di hati rakyat sudah menjadi bangsawan maka apa lagi yang tinggal? Marhaen  yang simplistik sikap hidupnya akan terus berbahagia dan berbangga jika pejuang yang menyuarakan rasa dan gertak emosi mereka terus bersama. Namun andai pejuang sudah mahu jadi bangsawan apakah patut ditangiskan? Rakyat biasa dan anak jalanan tetap seperti biasa. Pergilah tuan menjunjung titah Seri Paduka! Rakyat tetap ucapkan  tahniah namun ruang kesenimanan rakyat akan hening seketika -bertafakur!
Dalam tafakur itu kami terfikir mungkinkah sang bangsawan berupaya mengungkapkan isi batin anak jalanan kerana kedua-duanya jelas jauh berbeza mimpinya! Wawasan masing-masing tidak akan bersatu -akan tetap infiniti!.
Tidak patutlah benarlah jika dihalang tetapi tidak salah kita berasa hati kerana kita rakyat biasa terasa ditinggalkan pergi. Kepada siapa mahu disampaikan mimpi selepas ini?  Biar apa pun hidup tetap perlu diteruskan. Wahai Osman Tikus, Brader Joe, Hassan, Merah, Bujang dan sekalian anak jalanan milik rakyat teruskan hidup kerana kita sepatutnya bejuang untuk sesuap nasi hari ini. Apa difikirkan hal-hal yang sukar. Itu kerja orang bangsawan dan saudagar!

RAJA ADIL DAN RAJA ZALIM

Ungkapan perbidalan Melayu "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" memang teramat mendalam dan sungguh bermakna kepada bentuk dan kelangsungan  kepemimpinan Melayu. Keadilan boleh akur dan dituruti seumur hidup, kejahatan dan kezaliman pemimpin patut dibuang jauh dari menguasai masyarakat. 
Namun citra adil dan zalim itu menjadi semakin kabur dan sukar dimengerti. Konsep yang memang sudah abstrak itu dikaburkan lagi oleh gazwah fikriah oleh pemimpin batil lagi zalim. Pemimpin yang zalim akan memastikan seluruh pengikutnya berterusan kabur dan lekeh tahap pemikiran seluruhnya. Biar pemimpin seorang sahaja yang cerdik dan yang lain-lainnya biarlah jadi baghal dan terus bahlul. Maka  mana-mana pengikut yang banyak bertanya atau berfikiran kritis dan kreatif, maka mereka patut dicantas kerana mereak inilah yang akan mencabar kekuasaan sedia ada pemimpin tersebut.
Pihak kuat akan dipotretkan sebagai adil seadil-adilnya. Pihak yang lemah akan disurahkan sebagai zalim dan seteru masyarakat. Pihak yang kuat dan batil akan dipastikan menang dalam percaturan memimpin agar pemimpin akan lebih mudah mengambil apa sahaja.
Pada zaman raja-raja Melayu dahulu kala siapa yang taat kepada raja akan beroleh laba dalam bentuk persalinan atau kedudukan. Rakyat  yang taat akan ikut apa sahaja kehendak raja. Jika raja mahu anak bini rakyat dijadikan gundik maka tiada kuasa yang dapat menghalangnya. Jika dikumpul sekalian dukun dan pawang pun tidak akan berjaya kerana sihir dan daulat raja melebihi segala-galanya. Raja adalah jelmaan tuhan di atas muka bumi. Raja punya segalanya dan boleh memanipulasi segalanya. Kekuatan raja atau istana membawa erti raja tersebut tersangat adil. Tiada yang berani menentang kerana semua rakyat jelata adalah hina dina dan bodoh baghal belaka. Tiada seorang pun rakyat yang akan dibiarkan menjadi kaya dan bijaksana kecuali sebahgian kecil juak-juak atau kroni istana. Maka segala harta benda adalah milik raja dan kroni raja. Hanya pembesar berhak mengutip tol bagi pihak raja. Rakyat tidak diberikan geran tanah . Yang berhak hanyalah datuk-datuk orang kaya kerabat istana sahaja. Siapa yang cerdik sedikit akan dipastikan menjadi sehina-hinanya.
Citra raja-raja itu berlaku barangkali sejak manusia memulakan tamadun lagi iaitu sejurus selepas tamat era flinstone. Sejak zaman Mesopotamia dan Mesir purba sudah wujud raja-raja. Mereka  yang pada awalnya mungkin baik dan beriman namun pada akhirnya akhirnya menjadi tersangat zalim. Firaun, Namrud dan sultan-sultan di serata ceruk dunia semuanya menjadi zalim apabila terlalu lama bertakhta dan punyai kuasa dan harta yang melimpah ruah.
Rakyat tidak berani bersuara kerana mereka takut. Pada zaman Namrud sesiapa yang menentang raja akan dihumban ke dalam api. Pada setiap zaman raja-raja hidupdan berkuasa hingga mencapai tahap zalim. Dalam zaman yang moden dan global ini raja-raja mungkin tidak wujud seperti raja-raja zaman dahulu tetapi sifat dan kezaliman raja-raja dahulu tetap ada.
 Mana-mana pemimpin yang gemar mengumpul harta, yang menindas dan menakut-nakutkan rakyat, yang menjadi tunggangan orang lain, yang gemar membuat komplot dan fitnah maka mereka itulah warian raja-raja zalim zaman dahlu. Di serata tempat dan segenap masa raja zalim pasti wujud. Dalam sejarah Melayu tercatat dua sahaja panglima atau orang istana  yang berani menyanggah raja secara berdepan iaitu Hang Jebat dan Megat Seri Rama, Laksamana Bentan. Maka Hang Jebat dan Megat Seri Rama menjadi derhaka dan pengkhianat bangsa. Gelar demikian raja dan katib istana yang berikan bukannya hikmah dari sejarah. Marilah kita belajar sejarah dan berkata " lebih mulia menjadi jebat dariapada sedia menadah darjat!" 

Isnin, 21 Mac 2011

Datuk T vs Datuk Y

Pendedahan video seks terkini yang kononnya aksi pemimpin utama pembangkang oleh Datuk T pasti mengejutkan. Kita katakan pemimpin utama itu ialah Datuk Y untuk lancarkan cerita...kah...kah..kah..kesimpulannya Melayu memang bodoh dan bangang. Apa tak bangangnya kalau sanggup mengaibkan bangsa sendiri? Yang untung adalah cina kapir yang makan babi itu juagak...kah...kah..