Ahad, 28 April 2013

INILAH BARISAN KITA.....


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti


Inilah barisan anak-anak kita,,,,,!

Sabtu, 20 April 2013

PENJAGA GARISAN YANG CAH KETING !

Dalam undang-undang permainan bola sepak salah satu kesalahan atau kelakuan buruk pemain ialah "menyadung pemain pihak lawan". Menyadung juga sama dengan membentes. Dalam Kamus Dewan menyadung  bermaksud "melanggar (merempuh dll) dengan kaki; manakala membentes pula bermaksud "menyepak tulang betis orang dengan tulang betis sendiri" . Istilah lain yang popular dan sesuai dalam konteks ini adalah "cah keting" iaitu menyepak atau mencederakan keting lawan agar. Kesalahan tersebut boleh dihukum oleh pengadil dengan memberikan sepakan percuma kepada pasukan lawan. Dalam keadaan yang melampau kad merah akan dilayangkan oleh pengadil yang arif.

Dalam politik 'cah keting' adalah metafora kelakuan buruk ahli politik terhadap musuhya. Dalam perlawanan politik perbuatan cah keting, ada situasinya boleh dilihat dan disedari dan lebih banyak keadaannya yang sukar dikesan atau difahami. Perihal membentes atau menyadung pihak lawan boleh berlaku sesama ahli atau dari parti lain dan yang amat menarik dalam konteks siasah 1Malaysia adalah pengadil dan penjaga garisan turut sama 'bercah keting' dalam sayembara siasah. Memang peliklah jika pengadil turut membentes dan menyadung pemain yang sedang berlawan sesama mereka, tetapi yang teramat pelik, jelek, jijik dan 'shit' adalah sekiranya pengadil hanya menyadung satu pihak sahaja. Ini berlaku dalam proses demokrasi di kebanyakan negara dunia ketiga walau pun impian dan slogan mereka semuanya mahu jadi manusia dunia pertama seperti Obama, Sarkozy dan arwah Maggie Tatcher.

Cah keting pihak ketiga yang terlibat dalam proses pemilihan khususnya oleh pengadilnya adalah tanda betapa haprak dan usangnya sistem demokrasi sesebuah negara. Sepatutnya proses pemilihan ini dipermudahkan agar lebih ramai rakyat dapat menyertainya -secara demokratik dan gembira meraikannya. Tindakan birokrasi yang dijangkakan boleh menyukarkan dan mengelirukan pemilih sepatutnya dielakkan.

Terus terang disoalkan di sini patutkah pihak ROS membuat keputusan di saat genting yang menyukarkan parti DAP untuk bertanding dalam PRU 13? Patutkah ROS dan SPR kelihatan bersepakat menjadikan DAP berada dalam keadaan serba salah dan keliru. ROS tidak iktiraf JK Pusat DAP yang akan memberikan tauliah kepada calon, manakala SPR pula kata DAP boleh guna lambang roket. Ini tidak selesai masalah.  

Sekiranya SPR dan ROS adalah parti politik tidak mengapalah jikaa mereka mahu bercah keting, tetapi agensi tersebut adalah orang tengah, pengadil atau 'orang tua' yang sepatutnya menjadi pendamai. Umpama pengadil dan penjaga garisan jika dalam perlawanan bola sepak. Patutkah penjaga garisan menyadung satu pihak hingga rebah dan pengadil pula meniup wisel memberikan kad kunig atau sepakan percuma kepada pihak yang satu lagi? Ini anologi yang perlu difahami oleh ROS dan SPR kerana kekeliruan ini timbul akibat tindakan kurang berhemah dari kedua-dua pihak tersebut! Orang akan menuding jari menyalahkan 1Malaysia dalam situasi sebegini. Rakyat akan menyangka tentu ini kerja Najib dan Rosmah atas nasihat Tun Mahathir!  
Apakah SPR dan ROS juga berniat untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap pemimpin kerajaan 1Malaysia disebabkan terlalu marah, benci dan muak dengan cah keting pemimpin-pemimpin tersebut. Kalau begitu pun SPR dan ROS tak patut lakukan kerana agensi kerajaan sifatnya dalah nuetral, adil dan betul dengan apa yang sebenarnya.  

Janganlah dorong rakyat betul-betul laksanakan kata-kata.....Ini kalilah!



Ahad, 14 April 2013

BUKAN KONG KALI KONG DAN BUKAN KANGKONG -HABIS APA?

Pelajar UIA hasil logo terbesar guna donat
KUALA LUMPUR - Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menghasilkan logo universiti itu menggunakan 19,300 biji donat.Wakil MBR, Zulhairi Md Zin berkata, UIAM merupakan universiti pertama di negara ini mencipta logo terbesar bersaiz 10 meter x 10.2 meter dengan menggunakan donat dalam kuantiti yang banyak.
"Ini merupakan iktiraf rekod terbaharu dan pertama kali di Malaysia buat logo gunakan donat, pengiktirafan ini diberikan berdasarkan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MBR sendiri," katanya pada majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBR di sini hari ini.
Acara itu, yang dinamakan 'Doughnut of Hope' merupakan program bersifat kebajikan untuk membantu anak yatim dengan memberi harapan yang disimbolikkan menerusi pemberian donat, menurut Pengarah Eksekutif Karnival Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Muhammad Faris Zaidi.
Inilah hasil dan buktinya....wow..hebat!





Berita ini tentu lebih baik berbanding kisah-kisah lucu dan lucah PRU 13 seperti kajian seorang profesor terhadap kerendahan moral pemimpin politik, ksah video lucah pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kisah penyokong parti kerajaan dianiaya oleh ahli parti ajaran sesat...kisah perjuangan Islam Zul Nuordin, kabor keperkasaan brahim Ali dan sebagainya. Cerita ini lebih sedap didengar biar pun makna di sebalik itu ibarat kangkong. Kemas dan elok di di luar kosong di dalam. Ini bukan kong kali kong atau auta. Ini Kangkong lah...kah..kah..kah...Inilah barangkali hasil pendidikan bertaraf dunia, pemikiran dunia pertama dan hasil pengangkasawanan akal Melayu. UIA majoritinya melayu dan Islam dan outputnya donat berlogo UIA 10 x 10, sebesar separuh kanopi kenduri kawin... kah... kah... kah... UIA dan UAI sama-sama boleh buat lawak. Kah...kah...kah...UAI lawak tengganu kite... UIA tentu lawak antara bangsa....lawak doughnut international....kah..kah... berapa ranking acara ini dalam SETARA dan TIMES Higher Education....kah...kah....  janganlah marah sebab tulisan ini pun hanyalah lawak semata-mata bukannya serius dan berisi pun.

Malaysia ini kalau tak kong kali kong tentu kangkong....  kah...kah....kah...   

Sabtu, 13 April 2013

AUTA DAN KONG KALI KONG: MASIH ADA YANG PERCAYA?

Menggunakan pendekatan memburukkan peribadi lawan dalam apa-apa jua perlawanan termasuklah perlawanan politik memang boleh dan sah seandainya perlawanan itu bertujuan untuk mencapai taraf hina dan kerendahan budi pekerti. Sekiranya ahli politik mahu dirinya disetarakan dengan sebarang makhluk hina umpamanya binatang atau lebih tepat lagi anjing kurap atau pun babi atau mengidam taraf kemanusiaannya setara atau lebih rendah dari iblis, syaitan, hantu, jembalang dan sebagainya maka patutlah beliau mengamalkan kaedah menghina dan menjatuhkan maruah orang lain terlebih dahulu.
Mendekati kempen PRU 13 sudah timbul pelbagai kempen yang bertujuan menayangkan kehinaan orang lain. Ada professor universiti yang sepanjang proses ilmunya mengkaji kehinaan dan maruah seorang ahli politik sahabat lamanya. Sejurus bertemu dengan musuh politik sahabat lamanya maka dengan yakinnya (bangga juga barangkali) mengisytiharkan kehinaan bekas sahabatnya. Profesor tersebut menasihatkan orang awam/rakyat agar tidak sokong orang yang rendah akhlak tersebut kerana akan membawa mala petaka kepada bangsa dan negara. Professor tersebut pasti tinggi akhlaknya kerana dapat bukti kerendahan akhlak orang lain.
Ada yang mengedarkan video lucah kisah pemimpin politik tua yang 'jamin' sudah mati pucuk tapi masih gilakan jalang.
Ada yang bersepakat mengatakan orang Islam haram sokong puak cina di satu pihak manakala puak cina di pihak lain boleh disokong. Bagi orang Penang pula yang merasakan kepimpinan kedua-dua jenis/pihak cina itu tidak banyak bezanya pasti akan merasa teramat keliru.
Semua kisah dan kempen politik yang menggambarkan kekotoran orang lain itu diharapkan akan memberikan celik akal kepada orang awam khususnya bagi yang bebal dan dungu agar mempercayai bahawa si pembawa berita itu sahajalah yang benar dan patut disokong.
Siapa yang mahu percaya semua kisah-kisah lucu dan lucah tersebut? Melayu akan percaya sebab Melayu tetap bebal dan sedia diperkudakan selamanya (bukan sekadar diperbodohkan ...kah....kah....kah...). Melayu moden hari ini akan percaya apa sahaja cakap keling biar pun Melayu dahulu kala sering sinonimkan keling dengan sifat kong kali kong dan auta, bahkan ada pesanan kepada anak cucu agar jika bertemu keling dan ular maka 'katok' atau pukullah keling terlebih dahulu. 

Sayugia dijelaskan di sini bahawa 'keling' yang dimaksudkan bukan merujuk kepada ras, keturunan atau bangsa tertentu tetapi membawa maksud 'golongan pembelit atau penipu'.