Sabtu, 7 Disember 2013

BEBALSIME SEHINGGA KINI.....?


Kata perwakilan Persidangan Agung UMNO 2013,

“Kalaulah apa-apa terjadi kepada tubuh badan dan keselamatan isteri perdana menteri sudah tentu bebanan emosi kepada perdana menteri kita, dia (Najib) kena fikir 27 bilion, huih, sayang o," katanya ketika membahaskan usul ekonomi yang dibawa perwakilan Umno Kelantan.

"Kalau benda itu kelulusan rasmi, apakah itu rasmi? Rasmi ini adalah apabila mendapat jemputan, bukannya isteri perdana menteri itu nak pergi holiday (bercuti). Kalau pergi holiday saya pun tak setuju, lainlah kalau dia jemput saya sekali. Tapi ini dijemput, jadi teruskan. Isu keselamatan tidak ada had harga...," tambahnya lagi.


"Rumah Seri Perdana ini adalah lambang kemegahan yang diberikan kepada perdana menteri, kena cantik. Bak kata orang tua-tua besar periuk, besarlah keraknya.

"Takkan kita nak terangkan rumah perdana menteri Seri Perdana, tiap-tiap kali kita datang, buka lampu. (Kemudian) kita masuk rumah kita katup lampu. Itu rumah Abu Nawas bukan rumah Seri Perdana," katanya.

Sedikit ulasan :
Inilah pemikiran dan perasaan yang mewakili ahli-ahli UMNO 1Malaysia. Mempertahankan semua situasi atau tindakan semata-mata kerana ia berkait dengan Perdana Menteri tanpa mempertimbangkan sama ada isu betul dengan apa yang sebenarnya.

Meletakkan sesuatu di tempat yang sebenarnya adalah asas kepada keadilan. Mempertahankan sesuatu tanpa asas kebenaran adalah lawan kepada keadilan. Mempertahankan apa tindakan isteri Perdana Menteri biar pun jelas 'situasi itu letaknya pada tempat yang salah' ertinya mengiktiktiraf ketidakadilan.  

Perkara sebegini tidak diamati secara berhati-hati dan perwakilan hanya mempertahnakan tindakan tersebut secara membuta tuli (kalau tidak membabi buta), tanpa berfikir secara kritikal. Natijahnya ketidakadilan akan terus berlanjutan.

Kepada para perwakilan sebenar-benarnya inilah masanya untuk menasihat pemimpin tertinggi negara secara bijaksana dan telus agar prinsip keadilan sentiasa dijunjung tinggi. Ahli-ahli tidak sepatutnya menjulang bebalisme dari dahulu, kini dan selamanya! Ingatlah, ahli-ahli UMNO bukan Abu Nawas yang makar (atau bebal) tanpa mengira tempat dan masa -lebih-lebih lagi di hadapan Sultann!

Gagal meletakkan sesuatu kebenaran pada tempatnya yang betul adalah ketidakadilan atau istilah lain yang paling tepat ialah zalim! Orang bebal akan bermula dengan menzalimi diri sendiri sebelum bertindak zalim ke atas orang lain! 




1 ulasan: