Ahad, 21 Februari 2010

BANGSA DAN AGAMA

Melayu dan Islam adalah berbeza tetapi Islam sangat dekat dengan Melayu. Berbicara tentang Melayu dan Islam -di rantau ini khususnya- sama seperti rumusan yang dibuat oleh westerner mahu pun orientalis yang keliru antara Arab dan Islam. Ramai penduduk atas angin sana menganggap yang semua Arab itu Islam dan Islam itu adalah Arab. Lebih dahsyat apabila ada orang Arab yang menyeleweng atau bertindak melampau(terror) maka tindakan itulah tasawur mereka tentang Islam. Kegagalan membezakan manakah bangsa dan manakah agama secara adil menjadikan kekeliruan dan kesesatan berkembang biak sebenarnya.
Melayu juga begitu sinonim dengan Islam hinggakan seorang muallaf yang baru memeluk Islam disebut sebagai 'masuk Melayu'. Bahkan jika seorang lelaki yang muallaf atau memang Melayu asal itu sendiri apabila mahu dipotong 'anunya' atau amalan bersunat mereka dikatakan 'masuk jawi'. Jawi dalam fahaman sosio linguistik adalah merujuk kepada orang Melayu di rantau Melayu. Lelaki Islam hanya lengkap dan sah Islamnya bila 'masuk jawi' dalam fahaman orang Melayu.

Fahaman Melayu itu sinonim dengan Islam sama sahaja dengan faham orang Israel atau zionis atau Yahudi yang mengidentifikasikan bangsa dan agama mereka di bawah mauduk yang sama. Jew atau Yahudi adalah eksklusif bagi Bani Israel. Bani Israel adalah anak cucu Yaakob bermula dari Ishak manakala Muhammad pula bersumberkan zuriat Yusof -jelas hakikatnya semua berasal dari Yaakob a.s. namun Zionis adalah ultra Yahudi yang hanya berjuang untuk kepentingan dan hak-hak istimewa orang Yahudi keturunan Ishak- bukan sekadar di Genting Gaza atau Juruselam semata -tetapi Yahudi sejagat. Dalam faham Zion mereka adalah lebih istimewa dari bangsa-bangsa dan agama lain kerana agama dan bangsa mereka adalah menyatu dalam istilahYahudi.
Faham inilah yang diambil dan diserap dalam pemikiran perkauman -barangkali tanpa sedar atau atas konsultasi Yahudi - oleh sesetengah bangsa di dunia ini. Faham inilah juga yang melahirkan Radovan Karadzic dengan misi penghapusan etniknya. Faham inilah yang melahirkan fasisme asabiyyah di serata ceruk dunia. Faham inilah yang mewujudkan bangsa berkasta dan didudukan pada tahap yang tidak sama. Ada bangsa yang lebih istimewa biar pun agama mereka adalah sama!
Di tanahair 1Malaysia perlulah ditimbulkan pertanyaan apakah hak istimewa orang Melayu itu satu idea pelampau cedokan zionis? Ada bangsa yang diletakkan pada satu tempat istimewa biar pun hakikatnya bangsa tersebut ditertawakan kerana bebal dan miskin. Ada bangsa yang terpaksa menguasai bahasa bangsa yang tidak istimewa kedudukannya semata-mata kerana ingin bertuankan bangsa yang rendah darjatnya itu.
Zionis di Israel akan pastikan keistimewaan bangsa mereka direalisasikan di seluruh dunia. Namun ada bangsa yang serupa sedia melutut kepada bangsa lain untuk dapat kuasa dan untuk dapat kerja. Apa ertinya keistimewaaan sesuatu bangsa biarpun dimaktubkan dalam perlembangaan negara jika hanya jadi bahan ejekan dan ketawa. Apa ertinya istimewa jika bangsa itu sendiri jiwanya kecil, bebal dan tidak sanggup bersaing secara terbuka. Apa yang lebih penting apa ertinya bangsa tersebut yang semakin jauh dengan agama yang sering disinonimkan dengannya. Bangsa itu antaranya ialah bangsa Melayulah! Melayu itu sudah 'masuk jawi' lama sebelum Cina dan India ada di tanahair milik bersama ini tetapi kini tidak berguna lagi apa yang telah dipotong semasa 'masuk jawi' itu itu kerana jiwa Melayu-Islam mereka sama sahaja dengan cina mata sepet itu! Agaknya Nana Merican dan Mamu Mirasa lebih faham kekerdilan jiwa Melayu dan sanggup mengaku Melayu melalui Islamnya mereka itu. Mudah-mudah mereka lebih vokal perjuangkan Islam serentak dengan perjuangan Melayu biar pun mereka itu sebenarnya mamak - macam Mahazir Mohamad Iskandar Kutty.



1 ulasan:

  1. Amaran/perhatian: Mahathir bin Mohamad Iskandar Kutty tidak merujuk kepada mana-mana individu secara khusus yang terdapat di negara ini atau negara India sekali pun. Ia adalah satu nama bagi satu orang berketurunan India yang memeluk Islam dan menjadi India Muslim atau JP(Jawi Peranakan) atau Mamak - Penulis.

    BalasPadam