Ada hadis yang menjelaskan bahawa "....setiap amalan itu bermula dengan niat". Tanpa niat yang betul akan jadi sia-sia. Dalam disiplin ilmu sosial masa kini niat itu telah diubahsuai. Istilah niat asalnya kalimah arab dan islamik kelihatannya. Jika diturutkan pandangan atau pemikiran arus perdana sekular masa kini arab dan Islam adalah sinonim dengan dengan melampau, radikal, ganas dan berbahaya. Maka istilah niat yang kearaban dan bersifat ritual perlu digantikan dengan konsep yang lain. Gunakan istilah matlamat atau 'goal' atau konsepnya yang berkaitan umpamanya 'iltizam' itu gantikan dengan istilah 'comitment' agar lebi h sederhana, segar dan pragmatik.
Tidak kira dari mana mulanya kefahaman kita, apa-apa jua yang dilakukan sebetulnya bermula dari niat. Jika niat itu kurang progresif dan nampak condong kepada 'ritual' atau berbaur fatalistik maka tidak megapa kita gunakan istilah 'goal'(matlamat), impian, komitmen, target dan sebagainya. Setiap dari kita perlu tetapkan matlamat yang jelas untuk dicapai.
Menurut pakar motivasi pembelajaran kita perlukan matlamat yang S.M.A.R.T atau 'scripted', 'mesuareable, 'attainable', 'reasonable' dan 'time-framed'. Itu pendekatan matlamat yang dapat dilihat, dicatat atau diukur. Kalau matlamat 'hasanah di dunia dan di akhiarat' pula bagaimana? Jika matalamat 'jadi lebih berjaya dan kaya' barangkali akan dapat dicapai dalam tempoh masa tertentu. Andai matlamat ingin masuk syurga bagaimana pula? Adakah itu bukan matlamat yang jelas? Persoalan sebegini tiada jawapan yang paling tetap dan sering bergantung kepada persepsi atau tahap kefahaman individu.
Mulai tahun ini marilah kita tetapkan matlamat untuk capai bahagia dari pespektif masing-masing dan pertimbangkanlah mana yang wajar. Bagaimana pula matlamat perjuangan bahasa dan bola sepak kita? Itu pun perlukah matlamat yang jelas. Bahagia, bola dan bahasa akan jadi matlamat perbicangan blog ini untuk tahun 2012. Jika dizinkan Allah Taala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan