Jumaat, 21 Januari 2011

INTERLOK TU APA?

Ada beberapa isu menarik sebermula tahun baharu 2011. Tolak isu politik yang tidak membangun dan memangkin kepada Melayu berjiwa besar, isu novel Interlok dan kemenangan Ana Rafali dalam Acara Akhir Juara Lagu ke-25 pasti meruntun akal untuk berfikir. Interlok adalah hasil kerja seni, begitu juga 'Tolong Ingatkan Aku'. Kedua-duanya terhasil dari adunan akal, pengalaman dan kreativiti pencetusnya. Bagi penikmat  seni sejati tentu akan dapat merasai lazatnya hasil seni itu kerana bacaan dan hadamannya itu benar-benar ikhlas dan menerewang masuk ke ruang rujuk perasaan dan akal penciptanya.Samalah seperti penagih dadah yang amat terasa nikmatnya dadah berstatus najis atau pemakan rasuah atau pengumpat akan terasa nikmat dan feelnya kekotoran rasuah dan umpat keji terhadap orang lain.
Interlok adalah hasil seni masyarakat berbudaya tinggi. Dalam seni budaya Inggeris Shakespeare disanjungi kerana karyanya yang penuh nikmat. Pembaca Shakespeare dari pelbagai ceruk dunia akan merasa hebat apabila membaca cereka orang putih itu. Bahkan Murugiah akan berbangga jika dapat membaca karya-karya Mat Salleh itu atau majalah Time dan Newsweek walau pun Murugiah itu bukan orang Amerika. Ibrahim Ali. S.Samy Vellu, Ah Lek apatah lagi pasti jua akan berbangga membaca karya orang putih kerana tingginya nilai budaya itu.
Apabila intelok memaparkan budaya masyarakat Malaya suatu ketika dahulu, maka apakah itu maknanya interlok itu rasis? Itu yang dipersoalkan. Jika kita menyebut paria, hindu, lancau, mata sepet dan sebagainya dalam karya sastera apakah itu ertinya penulis itu jahat kerana menggambarkan realiti. Kenapa Bollywood dan Hollywood tidak jahat dan rasis bila memaparkan budaya lucah, perkauman dan murahan? Bagaimana caranya orang keling, paria, melayu dan cina mata sepet menilai hasil seni sebenarnya? Ada perkataan paria dan keling apakah itu menggambarkan perkauman dan merendahkan martabat kaum lain?
Seni diakui memang sukar dibaca dan diterima dalam satu gagasan sebagai menepati citarasa bersama. Seni itu relatif dan ada perbezaan citarasa. Seni bersenggama yang paling nikmat itu pun gagal diterima sepenuhnya khususnya tentang kaedah mendapatkan nikmatnya,  inikan pula seni yang terpampang yang boleh diberi ulasan terbuka. Maka kemenangan Ana Rafali itu memanglah bukan kemenangan untuk hasil seni secara umum. Itu kemenangan hasil peribadi yang dikongsi nikmat oleh sebahagian yang lain dan diludah oleh sekelompok yang  lain. Tidak menghairankan pun jika ada yang gagal terima hakikat kemenangan tersebut.
Rumusannya hasil seni pada prinsipnya mestilah sesuai, sedap dan dapat dinikmati dengan sesungguhnya.  Tahap nikmat itu terserah kepada penerimaan individu. Apa-apa pun seni yang ada perlu dirasai secara saksama oleh akal dan nafsu. Jika hanya pada peringkat nafsu sahaja maka seni itu rendah tarafnya. Bahkan senggama untuk memuaskan nafsu syahwat  semata-mata adalah lucah dan jengkel. Mengkisahkan realiti kehidupan kasta paria dengan gaya bahasa yang indah adalaha seni -kerana kasta paria memang wujud dan apa yang peliknya? Sebalik itu  mencaci dan merendahkan kasta paria dalam seluruh kehidupan mereka dalam realiti biar selunak mana pun bahasanya adalah keji dan hina. Itu yang perlu difahami oleh T. Murugiah, Paddayapa, Hindraf  dan sesiapa sahaja. Jangan samakan rakaman dan yang sebenar, atau replika dan yang aslinya. ada faham ka?              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan