Satu ketika dalam kurun lepas(sekitar 10 tahun ke belakang) ada tokoh yang berkempen tentang 'Melayu Baru'(baharu). Ada seminar, bual bicara, forum hatta buku dan sajak yang membicarakan darihal Melayu Baru. Sebelum itu sebetulnya Sasterawan Negara Dr. Usman Awang pernah mengungkapkan tentang Melayu melalui sajak "Melayu - yang memang terkenal itu -yang menerangkan tentang hakikat Melayu itu dan barangkali ironi dengan sifat Melayu Baru yang merupakan tranformasi kepada Melayu sedia ada.. Melayu Baru adalah Melayu yang keluar dari sifat lama yang simplistik, kampungan dan lebih berfikiran tertutup. Sasterawan Melayu yang diiktiraf sebagai pendokong sastera Melayu baharu ialah Katib Abdullah Munsyi yang hidup pada zaman Ketuanan Raffles. Selepas merdeka Melayu dikira sebagai baharu, namun sifat baharu Melayu barangkali lebih disedari apabila munculnya koperat Melayu khususnya dalam wadah politik Melayu. Kalau dahulu ketika politik lama, siasah Melayu digerakkan oleh guru-guru Melayu khususnya lulusan SITC, Tanjung Malim. Cikgu-cikgu lulusan Tanjung Malim dalam era Melayu baharu abad ini didapati gagal berfungsi menggerakkan masyarakat khususnya melalui politik. Mereka mungkin baharu dalam bidang lain umpamanya Cik Shida Dari Parit, namun hakikatnya gagal berfungsi membantu Melayu Baru lebih-lebih lagi politik baharu.
Politik Baharu
Tidak dapat dipastikan dari mana mulanya wacana tentang Politik Baharu ini, ,amun dalam Manisfesto Politik sebuah gabungan parti politik telah diungkapkan tentang politik baharu ini. Apa kesannya kepada Melayu dan masyarakat Malaysia tidak dapat dipastikan dan barangkali belum pernah diukur oleh saintis politik dan sosial. Politik baharu barangkali bermaksud cara berpolitik bersifat baharu -umpamanya wujud wacana politik terbuka, tiada sekatan untuk memberikan pendapat dan pemimpin sedia bertanggungjawab apabila berlaku sebarang khilaf. Namun dalam konteks Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Jepun atau Siam -kalau itu ertinya politik baharu- maka nampak gayanya politik Malaysia masih belum boleh diiktiraf sebagai baharu. Mungkin untuk masa ini politik baharu itu hanyalah pada fasa slogan! Satu abad akan datang barangkali baharulah politik baharu itu benar-benar dirasai oleh rakyat 1Malaysia.
Pembaharuan
Melayu Baharu dan Politik Baharu jika berlaku maka pada ketika itulah pembaharuan atau islah benar-benar terjadi. Dalam konteks Barat pembaharuan atau pencerahan yang berlaku telah melahirkan sekularisme yang menjauhkan gereja dari urusan politik duniawi masyarakat. Apakah Melayu akan belajar dan menerima pakai pembaharuan yang sedemikian sifatnya? Mungkin ia dan mungkin tidak. Namun satu abad akan datang tidak mustahil Melayu, Cina, India, Kadazan, Keling atau Paria akan jadi sama sahaja. Sama ada Melayu yang lelakinya sudah tidak mahu bersunat dan Cina atau India yang jantannya sudah rela dipotong lancau masing-masing bukanlah tanda atau kejayaan utama proses pembaharuan itu. tPaling utama ialah akal dan gerak kerja serta budaya hidup mereka menyatu dalam konsep 1Malaysia yang sebenar-benarnya, maka pembaharuan itu telah ketara wujud. Mari kita nantikannya -jika umur panjang dapat kita saksikannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan