Pembunuhan bukan hak polis, tentera atau sesiapa sahaja. Pembunuhan adalah tindakan paling akhir yang boleh dibuat ke atas hak kemanusiaan hatta oleh pihak yang diberikan lesen membunuh iaitu pemerintah. Pembunuhan tanpa had dan hak adalah satu bentuk kejahatan, genocide dan keganasan terhadap nilai kemanusiaan.
Dua puluh tahun dahulu umat Islam Bosnia dibunuh beramai-ramai dalam tindakan yang dinamakan sebagai 'ethnic cleansing', khusus merujuk kepada Yugoslav War. Pembersihan etnik dilakukan oleh bangsa Serbia terhadap jirannya etnik Bosnia. Selain itu pembersihan etnik juga berlaku di Myanmar yang melibatkan pembunuhan dan pengusiran etnik Rohingya. Fenomena serupa juga disebut ahli akademik sebagai 'genocide' juga berlaku di Kosovo, Sri Lanka, Congo, Iraq dan Libya.
Ciri-ciri utama pembersihan ethnik ini melibatkan tentera, polis atau pasukan bersenjata, dilakukan ke atas orang awam khususnya puak minoriti dari agama dan etnik berbeza. Berlaku dalam beberapa bentuk sama ada pembunuhan, pengusiran, rogol, pembakaran kediaman dan sebagainya.
Dalam situasi Mesir sekarang berlaku pembunuhan dan pengusiran. Oleh tentera yang rata-ratanya Arab-Islam ke atas penduduk Mesir yang juga Islam dan Arab. Adakah patut fenomena tersebut dikatakan sebagai 'ethnic cleansing' dan kenapa perlu Arab Islam membersih atau mengusir Arab Islam yang satu negara dengannya.
Bertolak dari sini timbullah persoalan besar iaitu apakah yang menggerakkan tentera Arab-Islam Mesir membunuh Arab-Islam Mesir -yang satu negara, satu bangsa dan satu agama bahkan satu mazhab tauhid dan fikah. Jika Arab di Libya barangkali ada perbezaan dari segi faham Sunni dan Syiah. Kalau di Iraq ada perbezaan antara Islam dan Arab Kristian.
Pemerintah tentera yang pastinya Islam, yang pada mulanya menyokong presiden yang dipilih secara demokratik, kenapa selepas berlakunya kudeta menjadi begitu ganas. Tindakan mereka sudah setara dengan sikap dan tindakan Yahudi terhadap penduduk Palestin. Siapa atau apa dorongan hebat yang menjadikan tentera Islam Mesir tanpa rasa bersalah membunuh saudara seagama. Adakah pemerintah tentera Mesir sudah masuk Yahudi dan Kristian secara diam-diam. Tentu sekali tidak patut menuduh mereka dipergunakan oleh Yahudi dan Amerika, biar pun sebahagian besar manusia yang Islam percaya andaian tersebut adalah benar.
Perbandingannya, jika dalam konteks Malaysia, andai suatu hari tentera Islam-Melayu membunuh penunjuk perasaan -katakanlah pengikut PAS dan PKR yang Melayu-Islam(andaikan baharu setahun memerintah dan digulingkan tentera) tentulah sikap dan tindakan tersebut begitu pelik dan jelik. Logiknya tidak mungkin terjadi sebegitu tetapi begitulah nyatanya berlaku di Mesir sekarang.
Siapa yang mendorong dan membangkitkan kemahuan tentera Mesir untuk membunuh. Atau apakah tentera Mesir sudah menjadi mesin semuanya atau pun disantau agar menjadi makhluk jahat. Mengatakan askar Mesir dirasuk syaitan atau diseru oleh Yahudi tentulah tidak tepat dan tidak berlandaskan fakta. Memanglah semua askar dan polis akan menurut perintah ketua -maka mereka tidak bersalah sepenuhnya. Lantas apakah pemerintah tentera Arab Mesir memang jahat dan tidak berperikemanusiaan?. Keberanian mereka membunuh tentulah diberi lesen atau dilindungi oleh pelindung atau kuasa mistik yang maha hebat. Tentu sekali bukan dari Allah Taala.
Rumusannya teramat sukar ditemui orang yang membunuh tanpa motif melainkan orang itu gila. Sekiranya pemerintah tentera Mesir sudah gila maka menjadi tanggungjawab penduduk dunia menjatuhkannya. Apakah umat Islam perlu tunggu Amerika memberi izin terlebih dahulu. Oh I see...itukah sikap jamaah dan harakah rasmi negara-negara umat Islam. Wait and see lahhh....
subhanallah...
BalasPadam