Saya catatkan semula tentang…. bebalisme
Sensasi dan hebatkah kalimat di atas? Tentu sekali kita pernah terserempak atau mendengar perihal kalimat tersebut di mana-mana sebelum ini. Sekarang mari kita surahkan semula bebalisme ini –sebagai ulangkaji. Rukun pertama dalam pensurahan ini ialah ‘baca tanpa perasaan’ jika kau tidak mahu jadi bebal.
Dalam laras akademik bebalisme ertinya ‘anti intelektual’ manakala dalam konteks psikososial dan minda Melayu lazimnya ia diungkapkan dengan peribahasa seperti ‘bodoh sombong’. ‘bagaikan kera mendapat bunga’ atau diselit melalui watak-watak seperti pandir, lebai malang, kaduk, luncai dan banyak lagi.
Dalam tradisi Arab sama ada yang jahiliyah atau selepasnya yang bebal itu biasanya sang badwi atau a’jam yang tidak tinggal menetap di bandar atau kampung yang hadhari sifatnya itu.
Dalam tradisi gereja sebelum ketibaan renaissance yang bebal itu ialah yang mengatakan bahawa ‘bumi yang kita diami ini bulat dan beredar mengelilingi matahari’. Yang tidak bebal ialah yang mengatakan bahawa ‘bumi ini letaknya di atas belakang kura-kura manakala kura-kura itu dan rakan-rakannya sedang istirehat dengan kedudukan berlapis-lapisan. Setelah tiba fajar pencerahan baharulah disedari bahawa yang dituduh bebal itulah sebenarnya membawa fakta yang betul.
Perlu diingat bebalisme itu bukan ‘barbarian” kerana bebal tidak bertindak ganas, sembrono dan wewenang untuk capai sesuatu matlamat. Bebal itu ada akal, matlamat dan kaedahnya –hatta ada ketikanya strategi dan kaedah yang ditampilkan oleh gerombolan bebal itu diangkat sebagai kerja ‘kreatif atau cetusan wawasan baru (insight) –oleh pengikut mazhab bebal itu jugalah!
Cuba teliti akal Luncai yang terjun dengan labu-labunya atau Lebai Malang dengan strateginya itu. Manakala Mat Jenin pula begitu imaginatif malah mungkin melangkaui batasan imaginasi manusia sezaman dengannya. Bagi mereka itu bukan kebebalan, namun bagi yang membaca dan menelitinya paling tidak akan senyum pahit kalau pun tidak ketawa terbahak-bahak menepuk dinding dan dada sendiri. Poyo betullah kau Luncai!
Dalam tanahair tercinta ini di mana-mana sahaja ada bebalisme. Bukan setakat di dalam ‘kelas paling lambat dan paling hujung dalam sebuah sekolah paling rendah prestasinya dalam Malaysia’ sahaja wujud gerombolan bebal. Di mana-mana sahaja bebalisme berkeliaran.
Apa maknanya bagi negara yang bersedia maju dalam tempoh 20 puluh tahun akan datang ini jika pengamal bebalisme itu terdiri dari negarawan, birokrat, cikgu dan guru besarnya, professor hatta laksamana penjaga keamanan?
Kita tidak perlu hairan jika yang bebal itu adalah politikus yang kerjayanya hanya berpolitik atau karyawan yang hanya mahu buat duit atau jururawat dan cikgu sekolah yang hanya mahu kerja ikut perintah sahaja. Jangan jengkel dengan pengarah filem yang menjulang kerjaya pelacur atau kecewa dengan sikap kerani pejabat kerajaan yang tidak mahu senyum kepada pelanggan. Kalau ada pelakon wanita beragama islam yang mengatakan ‘iman bukan terletak pada pakaian’, biarkan sahaja. Memang sah! Tidak jauh beza isi kepalanya dengan akal Luncai atau Pak Lebai Strategis itu!
Kita patut kecewa jika ada pemimpin besar, negarawan dan ‘orang cerdik’ yang jadi pengikut aliran bebalisme ini. Percayalah, memang akan jelas terserlah ‘kekangkungan’ salur akal sang cendikiawan pengamal bebalisme itu. Awas professor, akal yang mulus dapat melihatnya dengan telus!
Banyak tanda dan simbol budaya yang mengesahkan bahawa bebalisme itu memang wujud dan berkeliaran di sekitaran kita. Sekadar beberapa contoh kita boleh lihat ada frasa atau perkataan seperti ‘Asisten Supritendan Polis’, ‘PPSMI’, ‘infotaintment’ ‘mohon derhaka’, ‘janggut linkin park’, ‘idola’ dan banyak lagi.
Ada juga perkataan yang tindak balas selepas itu menggambarkan betapa tebalnya bebalisme dalam diri mereka yang memberikan respon itu. Cuba teliti perkataan seperti ‘Negarakuku a.k.a Memula Moon’, ‘hak milik 999 tahun’,’Allah’, ‘mansuhkan…..!’ ‘fitnah’ dan sebagainya.
Bebalisme itu juga sering diperteguhkan dengan beberapa simbol dan frasa seperti ‘pencegahan’,’pemulihan’, ‘keselamatan negara’, ‘masa depan generasi’, ‘pembangunan’, ‘demokrasi terpimpin’, ‘perpaduan’, ‘ketuanan Melayu’ dan banyak lagi.
Simbol atau tanda tersebut perlu dihadam secara bersungguh-sungguh agar kita benar-benar mengerti dan tidak terjebak sama dalam jalur bebalisme itu. Kalau mahu jadi bebal cubalah ‘bermain penuh emosi’ dengan tanda-tanda tersebut. Maka bertambahlah satu kepala lagi dalam gerombolan bebalisme itu. Percayalah!
(Dikutip dan dihimpun dari ‘Hikayat Hang Nadim Baharu’)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan