Ahad, 5 April 2009

Maaf! Terlewat sehari

MUKADIMAH
Cadangan awalku blog ini akan bermula pada hari pertama DS Najib mengangkat sumpah sebagai PM, namun apakan daya kekangan masa & 'disiplin' diri menjadikan penerbitannya terlewat sehari.
Kumulakan blog ini serentak dengan perlantikan DS Najib sebagai PM ke-6 dan aku amat-amat beharap agar perlantikan dan penglibatan diriku sebagai pemblog tidak akan terhenti lebih awal daripada PM ke-6 itu. Inilah hasrat dan azamku.
Mudah-mudahan blog ini akan berupaya mencatat pelbagai peristiwa dan pemikiran dari perspektif aku sendiri dan dapat dikongsi oleh seluruh umat manusia. Blog ini bertujuan untuk melayan akal dalam pengertian memikir, memuhasabah, mengkritik, mencatat bahkan meminda kembali akal khususnya isi gedung akalku sendiri. Dengan itu diharapkan akal ini akan terus subur dan hidup sebagai akal yang merdeka!
Pertamanya akalku ingin bertanya apa benarkah konsep 'glokal' yang diuar-uarkan itu. Perlu dinilai kembali dengan mendalam kenapa ia menjadi terlalu kusut dan sukar untuk difikir dan diterima dengan senang konsep yang semudah itu.
Biar kutinggalkan persoalan ini untuk terus berlegar dalam gedung akal dan satu masa nanti akal dan lisan akan sama-sama berbicara bagi menjawab keserabutan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan