Selasa, 13 Oktober 2009

MMSP atau PMSM?

Beberapa hari yang lepas telah dilancarkan sebuah parti baru bagi kaum India yang dikenali sebagai Malaysia Makkal Sakhti Party. Parti politik berjaya didaftarkan dengan segera dan dirasmikan pula oleh orang no. 1 dalam negara 1Malaysia ini. Persoalannya mengapa JK Penaja menamakannya sebagai MMSP bukannya PMSM atau Parti Makkal Sakhti Malaysia?
Jawapannya sangat mudah iaitu sama ada mereka -orang-orang India yang berparti baharu itu - tidak sukakan bahasa rasmi 1Malaysia atau pun mereka lebih bangga dengan bahasa selain bahasa 1Malaysia atau barangkali juga mereka merujuk kepada mentor politik 1Malaysia ini, iaitu PKMB atau dalam istilah hebatnya United Malay National Organisation.
Parti-parti India yang tersedia ada pun namanya tidak ada satu pun yang berbahasakan Melayu. Jika ada pun cuba diterjemahkan secara lateral yang menjadikan orang menyebutnya merasa sama-sama pening dengan tuan parti itu sendiri. People Progressive Party diterjemahkan sebagai Parti Progresif Penduduk...uhh..uh..aiyo..manyak bikin pining maa...! Parti-parti lain ialah MIC yang dalam terjemahan lawaknya ialah May I Come in? atau yang rasminya Malaysia Indian Congress. Selain itu ada IPF yang diwariskan oleh mendiang pemimpinnya kepada balunya dan Parti Nalakaruppan yang khalayak umum kurang pasti masih nyawa-nyawa ikan atau sudah bungkus.
Saudara terdekat orang India -dari sudut biologi- ada menubuhkan satu parti atau kongres yang berwahanakan bahasa Melayu iaitu KIMMA namun mereka ini tidak diterima sebagai rakan perkongsian bijak dalam BN. Agaknya BN hanya mengalu-alukan parti yang 'galak' menamakan tubuh parti mereka dalam bahasa orang putih. Agaknyalah...kalau dilihat dalam kes KIMMA ini. Jangan anggap ini sebagai betul.
Sauadara-saudara yang dimuliakan,
Itulah hakikatnya kekerdilan jiwa sesuatu bangsa yang pernah terjajah. Mereka akan merujuk kepada bangsa yang mereka anggap besar dan hebat untuk menjustifikasikan diri masing-masing. Dalam konteks orang India sama ada di India atau di Malaysia, mereka akan merujuk kepada bangsa Inggeris kerana itu adalah bekas tuan mereka. Orang Melayu bukan tuan kepada kepada orang India. Itulah sebabnya mereka tidak ingin sama sekali menamakan parti mereka yang hanya sebesar kelemboi itu dalam bahasa Melayu. Habis di mana duduknya ketuanan Melayu? Di Malaysia ini sama ada Melayu, Cina atau India atau siapa sahaja -1Malaysia jiwa mereka tersangat kerdil dan moron. Kalau jantan maka mereka itu jantan yang dikembiri atau tidak ada teloq semuanya!( kata orang sebelah utara la)
Kalau begitu keadaanya pastilah kehebatan bangsa 1Malaysia- yang dijaja ini hanya setakat gah di bawah cengkerang kelemboi (nama lain bagi siput gondang) sahaja. Sebab itulah agaknya satu ketika dahulu, ada seorang pemimpin berbangsa Melayu di tanahair 1Malaysia ini yang mempertegaskan bahawa istilah 'Bahasa Malaysia' digunakan di peringkat global manakala bahasa Melayu digunakan dalam konteks pendidikan. Perkembangan terkini nama bahasa kita ialah Bahasa Malaysia bukannya Bahasa Melayu. Ahh..betapa kecilnya akal dan maruah Melayu itu (nama lucu pun ada!). Konon atas semangat perpaduan istilah 'Malaysia' lebih relevan. Maka bahasa ini akan jadi milik Malaysia dan bukannya milik global. Maknanya ketuanan Melayu itu hanya sesuai dalam konteks 1Malaysia sahaja. Selebihnya ketuanan lain pula. Apa ertinya sebuah bangsa besar dan berdaulat jika gagal menjual akal dan kebesaran akal budinya merentasi sempadan-sempadan yang ditetapkan oleh penjajah? Apa ertinya kesejagatan jika gagal menawarkan sesuatu untuk dunia? Ertinya kita bangsa yang selamanya akan terjajah. Tunggu dan lihat sahajalah!
MMSP atau yang serupanya lebih sesuai bagi semua bangsa yang serupa itu. Bangsa kerdil dan terhina tanpa jiwa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan