Sabtu, 10 Oktober 2009

DISIPLIN

Menjadi berdisiplin secara natural adalah satu yang teramat sukar dan sering dihambat pelbagai halangan. Berdisiplin dalam menulis beserta ikhlas lebih-lebih lagilah rumitnya. Begitulah yang dirasakan penulis sepanjang menjadi penulis blog setakat ini. Kerja sebagai pemblog tiada pendapatan. Menulis hanyalah untuk kepuasan. Pun demikian kepuasan di sini tidak perlu lagi ditagih bila mana kesibukan menambah 'income' dari sudut lain lebih mengiurkan. Kepuasan apa sebenarnya dicari-cari oleh manusia -dalam apa bentuk dan tindakan pun yang dibuata?
Mohon sahabat memberikan komen atau gagasan agar kerja-kerja memblog secara ikhlas dan percuma ini akan berterusan dan memberikan manfaat untuk umum. Penulis berjanji akan terus memblog tetapi amat tidak pasti tentang produktiviti dan impaknya. Mudah-mudahan semangat akan terus membara dan bisa membahagiakan diri pada detik-detik mendatang!

2 ulasan:

  1. salam tuan,
    Bukan semua orang boleh menulis. Bakat ini adalah anugerah Allah. Tulislah ilmu Allah. Ilmu yang memberi manafaat. Incomenya pasti di dalam perkiraan Allah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih abah aman.
    Azam dan teruskan usaha kerana Allah jua, Insya Allah.

    BalasPadam