Di peringkat sejagat Year of the Frog disiytiharkan pada tahun 2008. Pada tahun tersebut aktivis katak sedunia masing-masing ghairah memperkatakan tentang katak. Di tanahair 1Malaysia Year of the frog nampaknya terlewat dua tahun diisytiharkan dan hanya surat khabar atas talian Malaysiakini sahaja yang isytiharkannya. Kita tunggu pengiktirafan Buku Rekod Malaysia jati diri Frog atau katak dikenal dengan dua tanda iaitu suaranya dan lompatannya.
Nyanyian dengan suara yang teruk diibaratkan 'katak memanggil hujan'. Ertinya sesiapa yang suaranya tidak sedap didengar adalah jenis suara dari kerongkong katak. Suara kata biasanya akan berkumandang ketika hujan, maka itu dikaitkan suara katak dan hujan. Sifat lain katak ialah aktiviti lompatannya. Memang fitrah katak adalah melompat. Sesiapa yang gemar melompat maka sesuailah dipadankan dengan katak. Adakah anak-anak yang aktif sesuai di'katak'kan?. Jarang pula didengar melainkan katak itu ditujukan kepada orang tua yang gemar melompat.
Dalam kerja politik sesiapa yang gemar keluar masuk atau pindah parti maka ia digelar sebagai katak. Politikus yang sangat popular dalam aktiviti 'pindah atau tukar parti' di dalam tanahair 1Malaysia tentu sekali Ibrahim Ali. Maka gelaran 'Raja Katak' diberikan kepada beliau. Walau pun gelaran tersebut hanya analogi dan main-main namun ia kelihatan seperti benar. Maka sesiapa sahaja ahli politik yang bertukar parti mereka adalah 'katak'. Disebabkan wujud fenomena 'katak' berbanding tahun-tahun lepas maka tahun 2010 sesuailah dilabel sebagi 'Tahun Katak" dalam konteks politik. Harus diingat mereka itu bukanlah bertaraf katak tetapi itulah caranya Melayu membuat sindiran dengan menggunakan sepenuhnya unsur alam bagi menghubungi pelbagai fenomena -juga untuk menambahkan rencah warna hidup. Lantas siapa kata sastera dan unsur alam Melayu tidak berguna dalam negara maju dan membangun seumpama 1Malaysia ini? Janganlah kerana ghairahkan PPSMI maka bahasa dan sastera Melayu dipinggirkan. Ambillah iktibar fenomena katak sempena "2010: Year of Frog ini!" kah...kah...kah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan