Turki mendahului jutaan umat manusia lainnya membuat unjuk rasa anti Israel ekoran tragedi serangan komando Israel ke atas kapal misi bantuan Mavi Marmara. Turki perlu segera bertindak kerana rakyatnya dibunuh Zionis, kapal miliknya dirampas di perairan antarabangsa dan misi Gaza Flotilla Freedom yang disertainya telah gagal. Recep Tayyib Erdogan dalam hubungan diplomatiknya dengan Israel -yang juga berkait dengan Gaza- telah tercalar imejnya hatta menjadi hitam di mata Zionis serta pengikutnya. Maka adalah betul dan wajar Turki 'menentang' atau berdendam dengan Israel secara konsisten. Sememangnya Turki tidak salah untuk muncul wira dalam situasi ini!
Kita (baca rakyat Malaysia -Melayu, Islam, bukan Melayu dan Bukan Islam semuanya) melalui pemimpin utamanya di Parlimen berjaya meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap misi bantuan ke Gaza. Terdapat 15 kutukan (ketetapan) dibentangkan dan mendapat sokongan sebulat suara ahli parlimen Malaysia. Ertinya kita juga mahu lawan Israel. Sejak tahun 1948 semua umat manusia mahu lawan Israel. Mesir adalah pemilik asal Genting Gaza yang dirampas Israel dalam Perang Enam Hari 1967. Bukit Golan juga turut diambil dari Raja Jordan melalui Perang tersebut. Natijah dari itu Mesir dan Jordan berdepan Zionis ibarat 'jantan tidak bertelur' sampai kini. Bahkan semua Arab menikus sejak itu dan tidak berani lagi melawan Israel -takut akan ada tanah yang dirampas regim- dan mereka hanya berani mengutuk serta mencerca sahaja.
Orang Melayu pada ketika Perang Arab-Israel 1948 masih bertuankan British. Parti politik orang Melayu iaitu PerKeMBar baharu dua tahun ditubuhkan dan masih mentah dalam percaturan siasah antarabangsa. Arab moden sudah bertelagah dengan Zionis Yahudi sejak Melayu belum kenal kapal selam dan misi bantuan kemanusiaan. Sampai hari ini sudah enam dekad umat Arab mengutuk, membakar bendera dan 'membaling kasut' ke muka Zionis Israel. Sementara itu anak-anak Palestin hampir setiap hari dibom, dikelar, ditetak, dicincang dan dibunuh tentera Israel. Orang Arab bahkan masyarakat dunia melabelkan Israel sebagai satu bangsa yang sombong dan hina. Zionis Israel terima sahaja kutukan dan hinaan tersebut demi survival mereka di sekeliling puak Arab. Mereka mungkin dilihat tidak kisah atau hanya buat 'donno' dan pekak badak di mata dunia. Dari perspektif kita memang pun Zionis itu bebal, bodoh, sombong, terkutuk, terhina dan melampau. Namun hakikatnya Zionis atau Yahudi itu ada dalam diri kita -setiap dari kita tidak kira muslim, kristian, komunis, pagan, moden atau liberal mahu pun konservatif. Ibarat virus H1N1, HIV atau apa sahaja yang masuk dan menguasai salur darah umat manusia begitulah juga Yahudi dalam diri kita. Dalam diri penunjuk rasa ada darah dan jiwa Israel, dalam diri Ketua Pembangkang, Ketua Usul, tok lebai dan tok haji, tok sami dan tok pekong, cikgu atau kerani dan semua dari kita yang bukan Israel ada isme Yahudi.
Apa ertinya rumusan sebegitu? Sengaja diperbesarkan untuk cari publisiti murahan atau mahu tonjolkan sikap terlampau anti Yahudi? Hakikatnya diakui Yahudi memang lebih bijak dari kita sekalian. Yahudi telah melemahkan jiwa merdeka kita sejak dari hari pertama kita lahir ke dunia. Yahudi tahu seperti mana masyarakat Arab dan dunia lainnya pun tahu jika satu titik hitam kejahatan disemai dalam dada insan maka sikap kemanusiaan hakiki akan bertukar menjadi buas seperti binatang atau kejam seperti syaitan. Maka jalannya ialah dengan cara menyesatkan akal fikiran, meruntun emosi agar cintakan dunia dan jauhi altruisme dan tuhan, berikan anak-anak bangsa bukan Yahudi makanan yang tidak halal dan merosakkan akal budi dan ruh mereka.
Perkara seperti ini memang tidak disedari dan tidak mahu diakui oleh bangsa yang berjiwa kecil dan tidak merdeka. Mereka sentiasa defensif dan menyalahkan pihak lain tanpa mahu berfikir waras dengan akal sendiri. Maha benarlah bahawa kita semua ini adalah domba manakala Yahudi itu serigala. Mereka berpandangan begitu dan mererka mendorong kita semua -Arab dan bukan Arab, Muslim, Kristian, pagan, komunis dan segalanya selain Yahudi agar menurut perintah Yahudi. Semua bangsa yang merasa berdaulat tidak akan akui itu dan jika ada yang beriya-iya mengangkat isu dan pemikiran sebegitu maka akan dicap sebagai konservartif, berfikiran tertutup, tidak dinamis dan tidak cerdik -bahkan terroris. Apa yang tidak disedari ialah kita semua ini dilaga-laga bagaikan anak domba untuk nanti dimakan dengan mudah oleh serigala. Akal kita berpencak sesama kita dan keputusannya kita sama-sama berasa takut terhadap Zionis Yahudi. Kita boleh hina dan cerca, kutuk dan buat resolusi tetapi kita tidak akan berani melukakan jasad Yahudi itu. Kenapa sampai sedemikian rupa jadinya? Jawabnya Yahudi ada dalam setiap rumah kita sendiri! Yahudi ada bersama anak isteri dan sahabat kita. Yahudi amat dekat duduknya di segenap saraf hidup kita dan kita tidak sedar pun. Maka kutuk dan lawanlah Yahudi dan natijahnya sampai kiamat pun Yahudi tetap akan sembelih Palestin dan Arab lainnya. Sampai ketikanya bangkit Imam Mahdi atau Pemuda Bani Tamim sekali pun Yahudi akan tetap tipu Melayu dan semua bangsa lain. Percaya atau tidak terserahlah -tapi kalau ditanya kepada Yahudi tentu Yahudi katakan itu palsu -bohong dan fitnah terhadap Yahudi semata-mata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan