First Lady - merupakan istilah dalam bahasa PPSMI yang bermaksud 'wanita pertama'. Mengikut wikipedia first lady atau first gentleman merupakan gelaran tidak rasmi kepada isteri atau suami seorang pemimpin utama negera yang dipilih. Negara yang biasanya mempunyai first lady ialah Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Filipina dan banyak lagi. Jarang kita didengar pemakaian first lady bagi isteri Ketua Negara di England, Arab Saudi, Iran dan kebanyakan negara Islam atau Komanwel. Di Malaysia apabila isteri Perdana Menteri sekarang cuba diangkat menjadi first lady ia menjadi pertikaian hatta terpaksa diperjelaskan di Parlimen oleh Perdana Menteri sendiri. Benar baginda Permaisuri Agong bukan first lady kerana kedudukannya secara rasmi adalah yang kedua selepas Yang diPertuan Agong di Malaysia ini. Gelar first lady merupakan status 'unofficial' -ertinya bukan darjat sekadar panggilan 'glamor' atau popular. Namun demikan gelaran tersebut menjadikan pertikaian dalam konteks Malaysia barangkali kerana dikaitkan dengan penghormatan bukannya tahap popular semata-mata. Ada rakyat yang mahu penghormatan itu diberikan kepada baginda Permaisuri Agong walau pun gelar tersebut tidak rasmi. PM menjelaskan bukan menjadikan kebiasan atau amalan gelaran first lady di Malaysia namun pasti ada yang masih terkilan jika first lady itu nantinya akan sering dirujuk sebagai isteri Perdana Menteri.
Amat malang dan sedih anadainya citra first lady itu diangkat sebagai maksud untuk 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis. Ertinya kita lebih ghairah untuk bertakliq tanpa mahu tonjolkan jati diri sendiri.
Boycott -Menurut Free dictionary.com ialah To abstain from or act together in abstaining from using, buying, or dealing with as an expression of protest or disfavor or as a means of coercion. Di Malaysia boikot adalah drama politik sebenarnya....nantikan kupasan lanjut!
Year of frog -Tahun 2010 diisytiharkan(barangakali) oleh Malaysiakini sebagai The Year of the Frog. Jati diri Frog atau katak dikenal dengan dua tanda iaitu suaranya dan lompatannya. Tunggu ulasan lanjut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan