Bekerja Untuk Menang
Bertolak dari proses renung balik arah hala perjuangan PAS, maka perlulah dipertegaskan bahawa pemikiran seluruh kerabat PAS perlulah dicerna secara berterusan dan sistematik. Dalam konteks ini proses tarbiyah dan penyusunan organisasi sangatlah penting. Pemuda adalah teras parti yang sering diabaikan apabila selesai musim pilihanraya. Perlu dilihat adakah pemuda kita terus istiqamah dengan masjid atau sama sahaja sahsiahnya dengan pemuda-pemudi pimpinan KJ. Apakah tasawwur perjuangan pemuda-pemudi kita benar-benar jelas atau hanya sebagai penggamat laungan takbir sahaja? Atau apakah pemuda kita hanya menjadi barisan hadapan untuk melayan balik provokasi lucah budak-budak KJ?
Pendekatan perjuangan kita mesti bersifat fundamental kerana yakinlah musuh kita sentiasa lebih ‘advance’ sedangkan kita merasa sudah cukup dengan apa yang ada. Pemikiran pejuang khususnya pemuda mestilah lebih jauh melepasi Wawasan 2020. Pemuda semestinya boleh ‘capai tahap mumtaz’ dalam fardu ain, jawi dan al-Quran. Pemuda mesti memahami asas ekonomi dan terlibat dengan ekonomi yang betul. Pemuda mesti boleh menyusun agenda mesyuarat dan muzakarah dengan betul dan bukan hanya mampu mengerah rakan-rakan ke jalanraya atau pada hari penamaan calon semata-mata.
Sedarkah kita tahap pemikiran dan kesiap sigaan pemuda kita terhadap tekad penubuhan kerajaan rakyat masih di peringkat minimum? Perlu adanya institusi tarbiyah dan latihan yang sistematik agar kita benar-benar bersedia memimpin. Akademi latihan kita sepatutnya ada elemen profesionalisme, intelegensia dan berorientasikan nilai enterprising. Ingatlah kerajaan rakyat nanti bukan dikuasai oleh PAS sepenuhnya dan bukan hak PAS semata-mata biar pun PAS mengetuiai kerajaan. Kerajaan Rakyat itu nanti adalah kerajaan –yang barangkalinya diketuai ulama’- tetapi ahli-ahli kabinetnya lebih ramai ahli professional dan aktivis parti. Pemikiran dan budaya politik akan bersilang dan berbaur. Pasti akan ada kesukarannya tetapi matlamat yang jelas dan keazaman politik yang kuat akan memudahkan perjalanan Kerajaan Rakyat dan benar-benar bermanfaat untuk rakyat. Biar pun kita berjuang bukan untuk jawatan tetapi dalam Kerajaan Rakyat nanti jawatan akan jadi amanah besar atau sebaliknya godaan besar kepada para pejuang kita. Jawatan perlu diterima sebagai membuktikan laungan tentang ketelusan dan keadilan selama ini benar-benar boleh dimplementasi dengan jayanya.
Maka seusai sahaja muktamar ini, PAS sepatutnya sudah menyediakan pemudanya dengan bekalan fikrah yang kritis dan berdaya saing, tasawwur yang jelas dan sahsiah yang memikat. Pemimpin PAS perlu sedar bahawa ahli-ahli muda kita hari ini hanyalah tekal dengan prinsip ‘sami’na wa ato’na’ (kami dengar dan kami patuh) atau tunggu dan lihat. Sikap ini adalah betul tetapi tidak memadai kerana diyakini dengan cara itu pemuda kita tidak akan mampu bersiasah pada peringkat tinggi.

Buatlah survey atau tanyalah sendiri kepada pemuda kita tentang sikap mereka. Tanyalah soalan umpamanya “apa kamu akan jadi 10 tahun dari sekarang – sebagai pejunag PAS?”. Jika diterima jawapan yang komprensif atau lengkap maka bolehlah saf kepimpinan berpeluk tubuh dan tunggulah kejayaan PRU 13 nanti kerana semuanya sudah bersedia. Namun hakikatnya manusia ramai yang alpa –kecuali pemimpin barangkali- tidak ramai yang waspada dan merancang dengan baik untuk sepuluh tahun akan datang khususnya dalam siasah. Maka anak-anak muda yang belum matang itu patutlah menjadi keutamaan kepimpinan untuk dibimbing bagi menghadapi persaingan siasah yang kian rumit dan mencabar.
Oleh yang demikian latihan dan tarbiyah yang tersusun (bagi mengambil alih kerajaan) perlu digerakkan segera –sehari selepas muktamar. Tentu pemimpin sudah berpesan –baliklah ke kawasan masing-masing dan bekerjalah bersungguh-sungguh untuk capai matlamat memerintah Malaysia. Apa ertinya kerja tanpa ilmu mencukupi yang merangkumi falsafah, nilai, pendekatan, strategi dan kaedah yang berkesan? Hal inilah yang diharapkan dari kelompok profesional. Memimpin pemikiran strategik segenap peringkat ahli terutamanya barisan pemuda. Kerja yang perlukan skima akal yang sistematik, kreatif dan cekap ini tidak dapat diperoleh dengan begitu sahaja tatkala memasang poster umpamanya. Jalan sukses bagi kerja perjuangan ini boleh didapati sekurang-kurang melalui 3 cara iaitu melalui bilik kuliah, pengalaman hidup dan imaginasi atau celik akal. Semuanya ini perlu dirancang dan dibuat bukan hanya sekadar dengan mengharap pertolongan kuasa ghaib semata-mata.
Perlu diperjelaskan bahawa perjuangan kita ini perlukan ilmu yang benar dan mecukupi, usaha dengan kerja keras, doa dan tawakal untuk memastikan kita berjaya memerintah dengan baik selepas PRU 13. Semua keperluan tersebut bukan sekadar retorik di atas kertas atau pentas semata-mata dan perlu dilaksanakan. Siapa yang patut laksanakan selain kita semua. Kami para blogger (atau citrawan) pada peringkat ini barangkali menyaring dan menyususn idea dan menyebarkan- untuk rujukan tambahan biar pun bukan satu bentuk ilmu. Pada masa akan datang pun jika masih perlukan kami maka pasti kami akan ada bersama para pejuang sekalian.

Selanjutnya pemimpin tertinggi perlulah pastikan semua ‘tungku’ di segenap peringkat berfungsi secara efektif. Jika tidak PAS hanya bermimpi untuk memimpin manakala natijahnya masih dipimpin –dan yang malangnya pemimpinnya tetap gerombolan yang itulah untuk kesekian kalinya.
Pertanyaan terakhir dan renung balik yang amat penting ialah, masih mahu bicara lagikah soal perpaduan dan kelangsungan hidup Melayu jika nantinya kita masih tetap dipimpin oleh mereka sedangkan dalam jalur siasah sekarang PAS punyai 'advantage' - yang bukan sedikit?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan