Entri kali ini adalah sebagai satu tazkirah untuk muhasabah rakan 'citrawan' atau blogger khususnya yang menumpu kepada kritik dan ulasan politik.
Saya fikir rakan-rakan sekalian perlu membantu massa untuk mendidik rakyat dan generasi baru tentang politik baru. Oleh itu para blogger perlulah berfikiran baru -dalam erti kata memberikan kritik dan komen komprehensif dan membina. Biar di pihak mana pun anda berada anda bertanggungjawab untuk membantu perkembangan politik tanahair tercinta ini ke arah penyuburan politik baru yang waras. Apa pulak politik tidak waras?
Politik tidak waras dicetuskan oleh pemimpin dan dituruti oleh pengikutnya yang tidak waras juga. Kalau diumpamakan dengan jenaka maka politik tidak waras adalah lawak melondeh kain kawan-kawan di market atau di dalam masjid. Melondeh kain kawan sendiri di market akan dilihat orang lain -jantan betina, lelaki perempuan, anak dara-teruna, orang tua, cina, siam, PATI(jika ada) dan sebagainya.
Melondeh kain kawan di dalam masjid akan dilihat oleh saudara seagama yang satu tujuan dan satu matlamat iaitu menyembah Allah.
Melondeh kain kawan di dalam masjid akan dilihat oleh saudara seagama yang satu tujuan dan satu matlamat iaitu menyembah Allah.
Blogger yang turut serta dalam pesta politik tidak waras seperti itu tidak menyumbang apa-apa pun yang bermakna kepada pendidikan politik. Memanglah ruang maya blog ini terbuka untuk berkata apa sahaja justeru terbuka kepada kreativiti dan inovasi. Itu tidak ternafikan namun demikian citrawan atau blogger itu ternyata masih bergaya lama. Kita boleh berkreatif tanpa perlu mem'babi'kan orang lain, tanpa perlu menyumpah dan membangsatkan pihak lawan. Kita boleh sampaikan mesej tentang keburukan liwat tanpa perlu menunjukkan aksi liwat (seperti yang disketsakan oleh sesetengah pemuda dan puteri politik lama itu).
Jika blogger pun sama dengan politikus lama yang tidak waras itu apa yang tinggal dalam arena politik kita? Memanglah sesetengah blogger nampak kurang matang dan kurang gemar berwacana atau berhujjah dengan fakta namun kita patut belajar sedikit demi sedikit agar tetes kematangan itu menyerapi akal dan ruh kita.
Memanglah ada pewacana dari kedua-dua belah pihak memberikan fakta masing-masing dan saling menampakkan kehuduhan pihak lain. Itu baik selagi tidak mencerminkan kehuduhan diri sendiri. Memang ada blogger dan pewacana yang nampak 'kekangkungan' dan kekampungan tetapi itu lebih baik daripada melontarkan emosi marah, dendam atau ugutan.
Saya fikir sudah tiba masanya blogger atau citrawan maya saling berhujah ke arah kebaikan bukannya untuk kepentingan tembolok pemimpin besar dan pengikut mereka sahaja. Barangkali sesetengah dari kita nampak apa itu kehuduhan tetapi kita tidak mahu menyatakan kebenaran kerana kita juga akan terasa pahitnya. Apa pun selagi blogger masih berperan dengan gaya lama maka selama itulah politik lama akan terus hidup dan selama itulah jua rakyat akan berfikiran lama. Rakyat akan terus-terusan mengatakan liberalis itu lebih baik dari komunis dan sosialis sedangkan pada hakikatnya semuanya itu palsu dan tipu muslihat belaka. Selamanya kita dan rakyat tidak akan nampak kebaikan yang terbit dari jatidiri bangsa sendiri.
Menarik untuk dikongsi. Esok boleh tak saudara jelaskan mengenai tuhan mencarut. Ala esok la tak yah malam ni la. haa lusa, lusa boleh ?
BalasPadamTerima kasih kerana mengunjungi dan memberikan komen dalam blog saya.
BalasPadamSaudara mempunyai pandangan yang bagus dan berhati mulia. Sayangnya idea saudara yang tampak mulus dan serba sempurna itu hanya indah untuk didendangkan.
Jika kaum cina tidak bersikap perkauman, tutup semua SJKC dan kita berpadu di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan (bukan sekolah wawasan).
sape yg berani cakap pasal sjkc dalam keadaan bangsa yg lemah dan sering dilihat menjadi pak turut kpd ajenda politik liberalism?
BalasPadamBARU NAK KENAL DUNIA BLOGGER LA SAUDARA..
BalasPadamBACA BUKU BANYAK2....