Rabu, 2 Disember 2009

BERJUANG ITU APA DAN UNTUK APA?

'Kalau takut akan risiko jangan bicara tentang perjuangan', "Hidup adalah perjuangan". "Perjuangan komunis yang sia-sia". Itu antara kata-kata (sama ada hikmat atau tidak) tentang perjuangan. Persoalannya perjuangan itu apa bendanya dan siapa itu pejuang dan untuk siapa mereka berjuang.
Mari kita imbas kisah Pejuang dan Perjuangannya
1. Dr. Mahathir berkata beliau berjuang untuk bangsa Melayu. Mahathir berjuang agar orang Melayu boleh bercakap Inggeris dengan baik seperti mana orang Cina dan India. Baginya seperti mana orang orang India yang sudah tidak peduli bahasa Tamil mereka maka begitulah patutnya orang Melayu teladani. Lantas demi memartabatkan Melayu maka 'proses ilmu' melalui Sains dan Tekonologi perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris. Dr. Mahathir percaya bahawa bahasa Melayu bukan jiwa bagi Melayu sebagai mana jelas baginya yang bahasa Tamil bukan jiwa bagi nenek moyangnya. Maka perjuangan Dr. Mahathir ialah untuk menjadikan anak-naka Melayu fasih berbahasa Inggeris dan seratus tahun lagi tentu sukar mahu dicari anak-anak Melayu yang berbangga berbahasa Melayu. Salut untuk inovasi dan pandangan jauh perjuangan Dr. Mahathir.
2. Tun Abdullah -mungkin dikatakan orang perjuangan dalam hal ehwal Hadhari. Selain itu tidak pastilah.
3. Tun Hussien Onn - Beliau mewarisi nama pejuang besar Melayu iaitu Dato Onn bin Jaafar. Tidak sama keadaannya dengan perjuangan Linda Onn biar pun nama bapa mereka adalah sama.
4. Tun Razak Hussien -perjuangan yang sukar dipertikaikan untuk orang Melayu yang kini diwarisi nilai kebangsawanannya oleh anak cucu beliau.
5. Tunku Abdul Rahman -Pejuang dan Bapa Kemerdekaan Negara. Berjuang menentang Indonesia ketika zaman konfrontasi. Kalah dengan Lee Kuan Yew dan melepaskan pegangan ke atas Singapore. Namun Almarhum tetap dikira pejuang Melayu.
Pejuang-pejuang yang lain mungkin tidak begitu popular dan nilai nostalgiknya agak kurang bagi golongan rakyat. Bagi golongan Marhaen pula siapa pejuang bagi pihak mereka? TV3 dengan Bersamamu tentu sekali boleh dikatakan pejuang rakyat miskin dan papa kedana. Saiful Bukhairi juga pejuang bangsa kerana merasakan dirinya diliwat dan perlu dapatlkan keadilan demi agama, bangsa dan negara. Azwan Ali adalah pejuang Islam kini kerana menyokong Dr. Asri. Arwah Ustaz Asri Ibrahim yang pergi tak kembali dikatakan pejuang irama nasyid.
Apa yang ingin disimpulkan di sini ialah ada perjuangan yang bohong semata-mata -hanya untuk kepeluan perut dan kemaluan konon atas nama rakyat dan ada perjuangan yang dibohongi dan ditnah. Bagi memberikan makna kepada semua itu terserah kepada kebijaksanaan rakyat. Jika rakyat percaya dan yakin yang Dr. Mahathir adalah pejuang Melayu tulen yang istiqamah ingin martabatkan bangsa Melayu maka rakyat akan sokong sehingga ke liang lahat. Jika rakyat rasa Dr. Mahathir salah tetapi terpaksa akur terhadap 'kehebatannya' maka perjuangan tersebut adalah palsu semata-mata. Auta saja yang lebih.
Dalam hal menentukan betul salahnya perjuangan seseorang hanyalah akal dan ilmu yang benar sahaja yang patut jadi neracanya. Masalahnya sekarang majoriti rakyat lebih gemar tepuk dada tanya selera dan tidak merujuk kepada akal. Namun bagi pejuang palsu adalah lebih baik rakyat bebal selama-lamanya untuk kekal berjuang. Maka jalan keluar yang adil bebalisme rakyat itulah yang perlu dibanteras terlebih dahulu agar tidak mudah didendang oleh wira palsu.
Kita bermaksud mengatakan Dr. Mahathir pejuang palsu kerana masih ramai dari kalangan kita yang bebal dan lebih mudah terima Dr. Mahathir sebagai negarwan ulung dan genius. Kerana rakyat tetap berjiwa hamba dan bebal maka mengatakan Dr.Mahathir buruk adalah dosa kepada agama, bangsa dan negara. Jika kita berakal maka kita patut bimbang dan takut rakyat terbanyak-yang muslim khususnya terjebak dalam ketakutan selain Allah dan menjadi syirik seperti mana rakyat di zaman Firaun dan Namrud.

2 ulasan:

  1. Sebagai orang Islam landasan perjuangan kita mudah sahaja, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan berbuat kebaikan. Oleh itu perjuangan kita ialah membuat kebaikan kepada masyarakat dengan hati yang ikhlas walaupun kadang2 niat baik kita itu tidak disukai orang lain.

    BalasPadam
  2. perjuangan ahli politik adalah perjuangan menegakkan dasar yang mereka rasakan betul dan benar.

    Kita warga marhaen tidak seharusnya larut di dalam mana2 ideologi kepartian sama ada menyebelahi gerombolan berbaris-BN atau geng berpakat-Pakatan Rakyat.


    Tidak 100% BN itu busuk dan tidak 100% Pakatan Rakyat itu baik

    Yang baik disokong yang buruk ditolak.

    BalasPadam