Khamis, 28 Mei 2009

ADAKAH MEREKA RASA BERDOSA?

Dosa-dosa pemimpin terhadap anak bangsanya.
1. Hapuskan tulisan jawi secara beransur-ansur.
Hasilnya hari ini anak Melayu (atau sesiapa yang masuk jawi) tidak tahu membaca dan menulis jawi. Tahap buta jawi mereka itu samalah seperti pelancong Jepun melihat tulisan Egypt Kuno. Buku Pendidikan Islam pun terpaksa ditulis dalam ejaan rumawi. Dalam jangka panjangnnya anak bangsa ini hilang satu elemen jati diri bangsa iatu tulisan milik sendiri. Melayu (Malaysia)semakin terpisah dari jalur dan rumpun budayanya yang lebih 200 juta jiwa itu -tersendiri (bangsa Malaysialah tu!) Inil hasil betapa pragmatisnya pemimpin terdahulu.

2. Mengutamakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Kebangsaan
Tentu sekali merujuk kepada PPSMI. Bahasa Melayu sepatutnya jadi bahasa ilmu namun dinafikan atas alasan anak Melayu akan gagal bersaing di peringkat global jika hanya utamakan bahasa Melayu. Baca selanjutnya isu bahasa atau bahasa dan budaya.

3. Tidak istiqamah dan hilang ghairah untuk realisasikan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) secara berterusan.
Tanpa sedar FPN sudah ‘reverse’ jadi seperti ini “pendidikan(maaf patutnya baca: pelajaran) di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara terproses mahu pun simplistik untuk mewujudkan manusia yang individualistik, bebal, berbudaya konsumer dan patuh kepada pemerintah. Usaha ini adalah untuk melahirkan manusia yang boleh mengingat fakta, menongkolkan diri, mengurangkan akal kritis supaya perkaumannya terserlah serta mampu memberi sumbangan kepada kemakmuran pemimpin dan koperat untuk kemakmuran (mereka) bersama”.
Sebelum lontarkan kemarahan, rujuklah dahulu pada realiti. Anak Melayu masuk U dengan bekal lebih 10A tetapi jiwanya kacau dan hujahnya separuh masak, ada yang tersasar nilai agama dan moral, tidak enjoy belajar tetapi belajar enjoy, tidak kritis dan buat tunjuk perasaan apabila dikerah (budak UitM kata orang-maaf hanya menyebut satu nama U sahaja). Ironinya siswazah menganggur (Melayu) dimarahi kerana tidak pandai 'mencipta pekerjaan' dan hanya harap kerajaan.

4. Macam pandai tetapi tidak hormat orang yang lebih pandai.
Senarai pandai (tetapi pandir) antaranya ialah batalkan penggunaan sebutan baku, tukar nama bahasa Melayu jadi bahasa Malaysia, tukar nama Kementerian Pendidikan kepada Pelajaran tanpa minta pendapat pakar dan pejuang bahasa. Masih ingat lagikah polemik tentang istilah ‘kecapaian’ – contoh klise dan bersejarah tentang 'kebijaksanaan' politikus dan tahap toleransi professor bahasa Melayu!
Janganlah pula dibuat kesimpulan seumpama "itu menunjukkan kebebalan pemimpin (politik) kita. Akal ahli akademik dengan senang sahaja ditolak ke tepi' -hati-hati dan hormatilah, nanti kau dikatakan 'tidak kenang budi kerajan', tidak bersyukur dan dipengaruhi fahaman komunis atau syiah yang sesat.

Bangsa akan berjiwa besar dengan santunan bahasanya. Pemimpin akan berdaya maju dan terhormat dengan pimpinan ilmu oleh cendikiawan atau ulama. Bangsa yang merdeka tidak takut pada bayang-bayang sejarah atau ketidaktentuan masa hadapan. Bangsa yang ada jati diri hidup dan berkembang dengan acuan akal dan budaya sendiri -bukan mengikut naluri peribadi pemimpin yang ditakuti.
Bahasa jiwa bangsa, tanpa bahasa, bangsa itu gersang jiwanya. Rakyat patuh kepada pemimpin adalah adat yang sepatutnya tetapi pemimpin itu patut mengikut teladan dan telunjuk siapa pula?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan