Ahad, 10 Mei 2009

1BlackMalaysia : 1YangMembijaksanakan


Sahabat kita mencadangan satu pendekatan yang sangat bernas dan praktikal bagi meraikan 1BlackMalaysia. Tidak perlu minta tolong Bang Mat atau 'tuan-tuan loyar' untuk mobilasikan rakyat turun ke jalanan. Tulis beliau lagi “Tiada sebarang aturcara, tiada sebarang ucapan, tiada sebarang sepanduk. Apa yang diperlukan hanyalah pakaian HITAM sebagai menyatakan bantahan. Masing-masing keluarga dengan bekal masing-masing, dengan aktiviti keluarga masing-masing. Jika yang mahu mandi-manda, jangan lupa pakai seluar mandi / pakaian mandi HITAM! Himpunan tersebut adalah perkelahan bersama ahli keluarga dan bergabung dengan keluarga lain yang mahu merayakan 1BlackMalaysia.
Sebagai rakyat sebuah negara demokrasi yang menghargai kebijaksanaan dan sikap asertif saya menyokong penuh cadangan tersebut dengan harapan ia akan jadi kenyataan dan memberikan impak berganda demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.
Matlamat utama himpunan tersebut adalah bagi menyampaikan bantahan berkait PPSMI, ISA dan pilihanraya BERSIH. Khusus bagi yang mahu membantah sahaja. Jika tidak mahu sokonglah apa yang ada- tiada siapa yang boleh halang.
Prinsip utama pelaksanaan program ini bertolak dari kesedaran kepentingan ilmu dan menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran bukan terarah pada kepentingan politik semata-mata.
Pendekatan program 1BlackMalaysia ialah aktiviti perkelahan keluarga bertemakan HITAM. Ingat segala-galanya hitam selagi ada upaya dan kehendak untuk hitamkannya.
Pengisian 1BlackMalaysia adalah aktiviti keluarga seperti makan, mandi, berbual dan bermain. Dari banyak-banyak aktiviti itu sediakan satu slot untuk 1BlackMalaysia- mungkin 45 minit hingga sejam. Dalam slot tersebut pecahkan kepada 3 tema seperti di atas–barangkali 15 minit untuk satu tema.
Kandungan 1BlackMalaysia adalah pemahaman dan penghayatan ilmu sosio-politik. Ini memerlukan iltizam dan kesediaan akal setiap ahli keluarga. Sukatan bagi setiap tema perlu dicadangkan umpamanya aktiviti lukisan untuk anak-anak prasekolah, melukis poster bagi anak yang lebih besar dan bagi yang nenek dan datuk yang tua-tua bolehlah adakah sesi muhasabah diri menghadapi alam barzarkh –namun temanya tetap 1BlackMalaysia.
Pemudahcara dan motivator
Disebabkan tiada sepanduk, tiada ahli politik, tiada ucapan dan aturcara khusus mungkin timbul masalah motivator dan pemudahcara. Dalam hal ini alam sekeliling sahajalah yang jadi pendorong dan pemangkin untuk cetuskan kesedaran 1BlackMalaysia itu. Gunakan sepenuhnya alam ciptaan dan anugerah Yang Maha Kuasa.
Penilaian Impak
Satu kaedah penilaian impak bagi aktiviti keluarga 1BlackMalaysia perlulah digubal oleh pakar/surveyor dalam bidang berkaitan. Hal ini tidak sukar rasanya kerana kita punyai banyak pakar dan pengulas. Sesiapa pun yang beri komen terima sahaja selagi ia bersifat konstruktif.
Saya kira cadangan tersebut kelihatan ‘gila-gila’ dan ‘entah apa-apa’. Nampak macam lawak. Namun itulah kreativiti dan perlulah fikir dan fikir semula bagi jayakannya. Saya terima dan jaja semula idea ini atas prinsip ‘keluarga yang sihat pasti berupaya membangunkan masyarakat dan negara yang cemerlang’. Kebahagiaan bermula dari keluarga dan boleh diperolehi dari keluarga!
Pakar pendidikan percaya keluarga banyak mempengaruhi remaja ke arah perubahan tingkahlaku dan sikap. Bayangkan jika anak-anak kita (termasuk anak-anak jiran kita) -yang gemar melepak, merempit, tidak solat, asyik main games kat cc dan senarai panjang ‘lagha’ yang lainnya –turut serta dalam wacana mencabar 1BalckMalaysia ini. Pasti kuranglah sikit gejala Mat Rempit, Peragut, Penghidu gam dan gejala negatif lainnya. Kerja simple ini pasti ‘menakutkan’ musuh negara jika dirancang dan dilaksanakan secara tersusun.
Akhirnya diperingatkan bahawa idea ini tidak wajar sama sekali dianggap sebagai hasutan kerana ia merupakan projek sihat untuk keluarga. Memang jahiliyah benarlah kita jika idea memajukan wacana keluarga ini pun mahu dianggap mengancam keselamatan Negara. Fikirkanlah!

3 ulasan:

  1. idea ni perlu dn bgs..
    kdg2 kita perlu kurang ajar dan mendesak sesuatu pihak dgn cara yg dialrang agar mereka tau betapa seriusnya perkara2 yg kita bangkitkan..

    BalasPadam
  2. ada satu lagi cadangan...

    Bagaimana Tangani isu PERAK


    Salah satu caranya telah di siarkan oleh enCYBERBORON dalam blog beliau... baginda tumpang copy... Adakan Pilihanraya Mandotori...



    Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.


    Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

    Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

    Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

    Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

    Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

    Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

    Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

    Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan.

    Posted by Baginda Reformasi at 5:57 PM

    BalasPadam
  3. Tuan Baginda Reformasi,
    Marilah kita doakan kematian agar pesta demokrasi ini terus hidup. Kata Bang Mat Sabu "kalau mahu pembangunan berdoalah agar ada wakil rakyat yang mati1".
    Bolehlah kalau mahu/sanggup begitu.
    Namun sebagai muslim doa yang terbaik ialah 'agar mereka beroleh hidayah'-biar pun kita dizalimi. Mudah-mudahan lembut hati mereka dan kezaliman tidak berterusan dan meyeratalah rahmat. rahmatan fil alamin.

    BalasPadam