Jumaat, 29 Mei 2009

BAGAIMANA SEKIRANYA CHIN PENG MASUK ISLAM?

Andainya dalam saki baki umur yang ada Chin Peng si pengganas PKM itu mengucap dua kalimah syahadah –masuk Islam! (masuk Melayu - ikut istilah dulu-dulu). Apa agaknya reaksi kita semua?
Ini bukan persoalan mahu bawa balik Chin Peng atau mahu iktiraf perjuangan PKM. Ini juga bukan soal dipengaruhi oleh diresapi pemikiran komunis atau pengamal liberalis songsang. Tidak sama sekali. Ini juga bukan lagi termasuk bab perkauman antara Melayu dan Cina mata sepet. Ini masuk soal akidah dan soal ini bukan boleh dibuat main-main lagi –biar pun Chin Peng mahu main-main sahaja (itu urusan beliau dengan Allah Taala. Apa pendapat tuan-tuan semua? Apa pendapat ABIM, JIM, PKPIM, TERAS, GAMIS, Pewaris dan semuanya( sekadar menyebut beberapa nama).
Ulasan saya :
Ini bukan mustahil. Ini serius bukan olok-olok. Bukan mahu rujuk akal tahap main-main atau hanya berhujah dengan emosi. Perlulah kita kongsi akal untuk kesejahteraan bersama. Fikirkanlah!

3 ulasan:

  1. Kalau fikir-fikir tentang 'bagaimana sekiranya', memang banyak yang kita boleh fikirkan:

    i) Bagaimana sekiranya semua pemimpin PKM dan 90% ahlinya terdiri dari orang Melayu, marah sangatkah kita (orang Melayu) kepada PKM?

    ii) Bagaimana sekiranya PKM yang terdiri dari orang Melayu itu membunuh orang awam Cina, marah sangatkah kita (orang Melayu) kepada PKM?

    iii) Bagaimana sekiranya PM kita ketika tragedi Mamali adalah orang Cina dan dia telah mengarahkan pembunuhan berama-ramai orang Islam di Mamali.Adakah kita (orang Melayu) akan buat tidak peduli saja seperti sekarang?

    BalasPadam
  2. Bagus, sebab dia sudah dapat taufik dan hidayah. Moga-moga dia suadah bertaubat.

    BalasPadam
  3. "If it happen" itu ayat yang hanya angan2..mungkin juga angan2 boleh jadi cita2..yang pasti semua itu urusan Allah SWT..

    Dosanya pada Allah kita tak boleh pertikaikan..tapi dosanya pada manusia macam mana?

    BalasPadam