Orang yang dibawah penguasaan orang lain disebuat hamba. Konsep ini diperkukuhkan lagi dengan istilah hamba abdi atau hamba sahaya. Perhambaan sesama manusia ditentang sejak awal lagi oleh Islam manakala sejarah moden memperakukan Abraham Lincoln sebagai penentang perhambaan paling berjasa.
Penduduk Tanah Melayu (baca orang Melayu) diperhambakan hampir 450 tahun (atau lebih tepatnya 446 tahun bermula 1511). Tanah Melayu merdeka atas ihsan Inggeris –maksudnya dianugerahkan tanpa perlu angkat senjata. Perjuangan Melayu adalah dengan kata-kata bukan senjata. Orang Inggeris termakan kata-kata manis pemimpin Melayu (barangkali) dan tidak pernah pun tertusuk apa-apa senjata –seperti mana Belanda yang dilayan dengan tusukan buluh runcing di Betawi oleh Melayu di sana.
Semasa mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tunku ada menyatakan betapa bangsa kita telah terjajah sedemikan lama namun ‘rasa kemuliaan dan kebesaran jiwa’ masih tetap dapat dipertahanakan. Semangat bangsa masih kukuh dan persaudaraan tetap utuh biar pun terjajah. Sila baca lanjut perutusan tunku bagi menjelaska maksud di atas.
Kini sesudah 50 tahun bagaimana halnya dengan jiwa bangsa merdeka itu. Masih ada lagikah “rasa kemuliaan dan kebesaran jiwa”? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan kebesaran jiwa bangsa merdeka itu. Beranikah mereka mengekalkan adat budaya atau tulisan mereka sendiri. Umat Melayu tulisannya jawi. Masih berkembang mekarkah tulisan jawi orang Melayu di atas muka bumi ini. Di Selatan Thailand bahasa Melayu diajar menggunakan tulisan jawi. Para pelancong dan ekspaktriat perlukah mereka belajar bahasa dan budaya bangsa merdeka ini tatkala bermusafir atau datang menetap di tanahair merdeka ini? Memang eksekutif asing perlu belajar dan faham bahasa Melayu jika mahu berkhidmat dengan baik di Indonesia.
Bagaimana pula peranan “Bahasa Sebagai Alat Perpaduan”? Sekukuh manakah bangsa merdeka ini sudah bersatu padu? Adakah dengan bahasa perpaduan maka polarisasi kaum sudah menyempit? Pergi ke hotel, universiti, pasaraya dan berboraklah menggunakan bahasa kebangsaan bangsa merdeka ini. Pasti semua orang bangga gunakan bahasa kebangsaan. Pak menteri setiap hari berucap dalam bahasa kebangsaan di mana-mana dengan sesiapa sahaja – sama seperti Ahmadenijad Presiden Iran itu.
Bahasa sebagai wahana ilmu memang diperakui malah bahasa pengatar bagi semua peringkat pengajian menggunakan bahasa kebangsaan termasuk untuk mata pelajaran ‘English’, ‘Mathematics’ dan "technical".
Pendek kata sebagai sebuah negara merdeka jiwa bangsa juga turut merdeka. Bahasa sebagai lambang jatidiri bangsa diutamakan. Budaya bangsa merdeka ini menjadi rujukan dan turutan bangsa-bangsa lain. Aneka cabang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa umat merdeka ini.

Rakayat umumnya tidak secebis pun rasa bangga bila dapat berbual menggunakan bahasa Inggeris. Seluruh lapisan masyarakat boleh membaca tulisan jawi yang menjadi warisan bangsa. Semua orang boleh mengarang pantun sebagai cetusan kebijaksanaan akal budi bangsa.
Kita bangsa merdeka, jiwa kita juga merdeka. Kita tidak gunakan istilah Inggeris untuk parti politik kita. Kita gunakan PKMB, PCM, MIM, PTR dan sebagainya?

"Eh..apa semuanya itu? Janggal betullah! Parti politikkah itu? Janganlah nak buat lawak- bukankah kita sudah maju ke hadapan? Gunakanlah istilah yang ‘advance’ umpamanya United Malay National Organisation, Malaysian Indian Congress, Malaysia Chinese Association atau Democratic Action Party. Baharulah bersifat glokal dan menggambarkan 1 Malaysia (oop..maaf ‘one Malaysia’!)"
Akhirul kalam : Andainya pemimpin dan umat negara merdeka ini masih tidak faham sindir yang amat sinis dan pedih ini, ertinya bebal dan abdi betullah akal dan jiwa mereka, termasuklah yang ada PhD dalam ekonomi, bahasa Inggeris, kimia, forensik, pertanian, farmasi, sejarah dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan