Sepanjang anda menggelintar ke serata jagat maya internet, pernahkah anda mendengar perasaan penghuni atau pemilik kediaman di sini. Mendengar suara barangkali boleh bagi sesetengah laman yang menyediakan audio. Itu tidak dikira. Ini adalah berkaitan mendengar ‘perasaan’. Mendengar perasaan sama seperti melihat bunyi. Kewujudan pasti tetapi seakan tiada. Tepat sekali jagat ini dikatakan maya iaitu antara nampak dan tidak nampak.
Mari kita dengar dan rasai sendiri perasaan di dunia yang maya ini. Ada keluh kesah, sedih hiba, marah, benci, jengkel, meluat dan pelbagai lagi. Ritma atau dalamnya perasaan itu dapat diandaikan melalui apa yang dibaca atau bentuk perkataan yang disusun. Itulah kebijaksanaan akal sebenarnya yang dapat mengubah bentuk perasaan kepada aksara –biar pun sifat aksara itu sama sahaja saiz, warna dan bentuknya.
Kenapakah sehingga ke dalam tulisan dan di alam yang tidak pasti ada orang ambil kisah atau tidak perasaannya itu, manusia tetap meluahkan perasaannya. Jawabnya kerana manusia itu makhluk yang ingin mendedahkan sesuatu dan tidak mahu menyimpan rahsia. Keinginan syahwat mendesak agar rahsia didedahkan. Bukan sekadar untuk dikongsi tetapi untuk kepuasan hati. di sebalik itu adakah manusia yang membaca tulisan itu mendengarnya? Hakikatnya dalam dalam dunia yang ‘real’ ini pun tidak ramai yang mampu mendengar luahan rasa orang lain, inikan pula dalam dunia maya yang lebih sempit ruangnya ini.
Kita perlu insaf kerana kegagalan mendengar perasaan orang lainlah timbulnya salah faham. Seterusnya berlaku salah tafsir yang mengakibatkan tindak balas yang tidak selaras dengan perasaan yang diluah. Sebab itulah berlaku pergaduhan –kerana salah faham yang asalnya disebabkan kegagalan mendengar luahan perasaan pihak lain. Semua orang minta didengar dan ramai yang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar patut pada sekalian manusia yang tidak pekak dan tuli. Malangnya manusia gagal gunakan kemudahan yang dianugerahkan itu. Dengarlah perasaanku walau sekejap! Itu rayuan batin yang tidak mampu didengari.
Dalam mandala politik kita yang ‘satu kepompong’ ini sahaja pun berlaku salah faham. Maka tercetuslah ‘perang’ sesama kita. Kita itu barangkalinya puak kiri dan musuh kita puak kanan, atau antara puak kerajaan dan pembangkang, kapitalis dan sosialis. Perang ini dibiakkan lagi dengan hamburan kekeliruan dan kekaburan, ditambah dengan nafsu amarah peringkat paling tinggi –barangkali sedarjat ‘syaitan’. Perang ini menjadi perang kelompok dan terus membesar. Perang ini akan berterusan selagi manusia gagal memahami sesamanya.
Dalam politik sebeigini tidak akan ada kompromi atau gencatan senjata. Tidak akan istilah ‘memberi peluang’ atau bergerak bersama. Apa yang ada ialah tembakan dan serang balas atau tikam belakang dan serang hendap. Sepatutnya darjat kepolitikan kita perlu diangkat dengan salah satu KPI-nya ialah kebolehan mendengar luahan rasa pihak lain. Bila orang lain didengari maka pihak kita pun akan didengari juga – dengar mendengari!. Natijah dari itu akan berlakulah kerjasama dan tolak ansur. Selagi gagal mendengar maka selagi itulah akan terbit pelbagai emosi cacamarba manakala nafsu akan mengawal akal. Syaitan akan jadi mentor. Semua yang disebutkan ini adalah bersifat mujarad, tidak boleh dipegang, disentuh atau dirasai namun kewujudannya adalah pasti. Marilah kita belajar mendengar luahan perasaan yang tidak nampak dan tidak diketahui siapa tuannya itu. Marilah kita tawarkan sedikit penawar yang kita ada. Jangan biarkan perasaan mereka dan kita berbaur menjadi sampah – yang hangit dan meloyakan. Di sinilah –laman-laman blog kita semua tentunya.

Ada peluang dicantas dari belakang. camno..
BalasPadam