Rabu, 20 Mei 2009

BAGHU ADA AKAI MACAM NI?


Asalamualaikum wbt Rakyat Perlis
May 27, 2008
Tahniah kepada Y.B Dato Seri Azmi Khalid kerana menjadi Pengerusi PAC.
Nasihat saya kepada YB Dato Seri Azmi jalankan tugas dengan jujur dan amanah dan bukannya untuk agenda politik dan untuk kepentingan sendiri tapi kita diamanahkan oleh rakyat untuk menwakili mereka di dalam usaha untuk menyuarakan sesuatu kepada kerajaan bukannya untuk kepentingan politik sahaja.Tetapi kehendak rakyat perlu di berikan keutamaan
Kepada Rakyat Negeri Perlis khususnya penyokong -penyokong Y.B Dato Seri Azmi teruskan usaha untuk membantu Dato Seri Azmi di dalam menjaga amanah yang telah diberikan.
Saya telah telah mendapat aib yang amat besar apabila saya di permalukan oleh anasir-anasir didalam UMNO khususnya UMNO Perlis sendiri. Persoalannya kepada wakil rakyat baru yang selalu menghentam saya di dalam ceramah tidak ada langsung kah kebaikan saya buat semasa saya menjadi Menteri Besar. Tidak ada langsungkah pembangunan yang saya bawa ke Negeri Perlis ini persoalan yang perlu mereka jawap dan apa yang mereka dah laksanakan di Negeri ini sehingga mereka bergitu lantang menghentam saya.Untuk makluman tandas dan pejabat mereka sekarang ini persoalanya siapa yang usahakan sehingga mendapat bangunan yang bergitu cantik.Stesyen Janakuasa Sungai Baru pun hasil usaha siapa?.
Stesyen bekalan air ke Langkawi hasil dari usaha siapa?. Politeknik.Maktab.ILP.MRSM 2 . UNIMAP.Kolej Komuniti?dan Kolej Kejururawatan yang terbengkalai belum dapat di selesaikan .Lebuh raya Persekutuan Kuala Perlis Changloon.Changlun Padang Besar.Kedai-kedai untuk perniaga kecil.Pembangunan di Kg BAkau?.Pembangunan Bandar Padang Besar. Bangunan Hospital baru.
Kepada Y.B ADUN Sena Tolong bukti apa yang kamu dah buat. dan apa salah saya. ADUN sena bekas Setiusaha Politik saya. Arwah isteri dia pun saya kenal.Saya sedih kerana hentaman beliau di Kg Jejawi Sematang tempohari.Ingatlah bahawa ALLAH ITU TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENGASIHANI.Saya tidak akan melakukan seperti yang mereka lakukan terhadap saya akan tetapi saya akan menceritakan yang benar supaya Rakyat tahu siapa Wakil Rakyat mereka.
Di hari ini saya mengakhiri bingkisan ini dengan mengajak tuan/puan merenung sejenak apa yang bakal terjadi kepada Negara kita yang tercinta di masa hadapan.Pergolakan politik di Negara kita pada masa kini tidak akan reda dan akan terus berpanjangan.
Saya senantiasa berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang diluar jangkauan kita terhadap negara kita ini seperti yang sedang berlaku di Indonesia sekarang ini.Di mana apabila kenaikan kos sara hidup dan politik yang kurang kestabilan maka manusia akan hilang pertimbangan.
Saya menyeru sekelian rakyat BERSATULAH KITA BAGI MENGHADAPI UJIAN INI .terutama orang Melayu perlu bersatu.Ibarat kata pepatah Berdiri kita Teguh Bercerai Kita Roboh.
Sekian di dahului ucapan terima kasih
http://shahidankasim.wordpress.com/


Catatan & Penafian
Ini adalah post entri yang ke-3 dari 3 post dalam blog tersebut. Selanjutnya saya tidak tahu apa dah jadi. Cuma mahu tunjukkan sahaja. Ada yang salah dan aibkah?
Tiada sebarang komen dari saya. Jangan persoal niat saya -itu antara saya dan Allah Taala.

1 ulasan:

  1. Ini Komen Saya Kalau....

    Menurut Al Quran..~
    "Kepunyaan Allah Kerajaan Langit Dan Bumi Beserta Dengan Segala Isinya"(Al Maidah,120)
    - Semua Kekuasaan Dan Hak Milik Berada Di Tangan Allah Sama Ada Ianya Langit Mahupun Bumi,Begitu Pula Yang Berada Antara Kedua-Duanya.Tiada Sesiapa Pun Boleh Mendakwakan Dirinya Mempunyai Kekuasaan Dan Hak Milik Kecuali Allah Semata-Mata. Kerana Allah Sendiri Telah Menyatakan Dengan Firmannya:
    "Dan Dialah Yang Berkuasa Atas Segala Sesuatu"(Al Maidah,120)

    Menurut Peribahasa Melayu Pula..~
    "Masuk Bakul Angkat Sendiri..."

    Sekian..Wassalam..~

    BalasPadam