Khamis, 7 Mei 2009

Black itu Jahat – Tabik Untuk Mat Black

Pagi ini 7 Mei 2009 elok sekali kita berborak perihal black. ‘Black’ itu salah satu warna (pasti ada dalam kotak pensil warna) namun tidak ada pada rangkaian warna pelangi. Lawannya white namun dalam urusan rasmi black and white perlu bergabung bagi mengesahkan atau membuktikan sesuatu tindakan, arahan atau permintaan itu benar. Tiada black and white maka tidak rasmi dan tidak sempurnalah sesuatu urusan.
Hari ini ada unjuk rasa 1Black Malaysia yang ada kaitannya dengan BERSIH. Bersih lazimnya dikaitkan dengan putih hinggakan terbit frasa putih bersih. Hari ini hitam dan putih bersatu. Kesatuan ini masih tidak dapat disepakati oleh kesatuan akal Malaysia sama ada baik atau jahat.
Saya katakan begitu kerana lazimnya black itu dikaitkan dengan kejahatan atau ketidakselesaan. Ada senarai panjang black yang mengarah kepada jahat umpamanya blackmail, black magic, blackout. Ada frasa black yang ‘menggerunkan’ umpamanya Black Maria, Black 14, All Black, black area, black hole dan sebagainya.
Imbas kembali zaman sekolah ada satu black yang sangat kami ‘cuak’ atau takut iaitu ‘Mat Black’. Jika terdengar sahaja khabar Mat Black akan datang ke sekolah kami, maka segala persedian dibuat – mental dan fizikal. Ada yang telan syiling, ada yang panjat pagar lari menyorok dalam kebun getah bersebelahan sekolah, ada yang buat-buat berani dan ‘cool’ dan ada yang tidak tahu untuk buat apa-apa. Bila Mat Black sampai ke sekolah perkara pertama yang dicarinya ialah pelajar yang menghisap rokok. Kadang-kadang Mat Black datang buat ujian air kencing dan ada ketikanya Cikgu Disiplin ajak Mat Singapore si Tukang Jahit menyertai operasi Mat Black untuk meraikan pelajar. Saya tidak pasti apa situasinya Cikgu Mat Black Pegawai Disiplin JPN yang sangat tekenal itu. Barangkali YB Abdul Ghani Air Hitam atau Ustaz Zolkarnain ada maklumat tentang itu. Cikgu Mat Black menggerunkan tetapi beliau datang membawa mesej yang sangat murni –mendisiplinkan pelajar. Apakah cikgu Mat Black jahat?
Tanggapan tentang ‘black’ berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Ada yang menerima black seadanya, ada yang anggap black sebagai lambang keberanian. kesuciaan dan penghotmatan, manakala kebanyakan budaya Asia-Afrika memandang black sebagai lambang kejahatan dan perlu dielakkan. Oleh hal demikian black boleh dipergunakan dalam apa jua situasi atau kehendak.
Barangkali hari ini bersih (yang putih) bergabung dengan black dan membawa mesej yang teramat murni, manakala esoknya black and white akan mencari arah sendiri dan saling berkonfrantasi. Bicara tentang black adalah membentangkan pelbagai pemikiran yang merentasi budaya, bersimpang siur dan jika akal tidak dipandu akan jadi kabur dan kelabu (hasil black + white).
Apa pun 1Black Malaysia ada pemikirannya sendiri. Cikgu Mat Black tetap diingati kerana keluhuran tugas dan ketegasannya. Bomoh, pawang dan black magic juga berguna bagi sesetengah orang, Black Maria sangat-sangat berguna di Ipoh dan Penanti nanti. Sesiapa yang cakap banyak dan mengeluarkan ideal yang kritikal akan di‘black-listed’ dan pada akhirnya segala-galanya –politik, ekonomi, nyawa, akak, chedet, kudakepang, bloggers, nasi ganja- akan menemui noktahnya bila memasuki Black hole! Ketika tiba detik itu apa lagi yang perlu akal fikirkan?

3 ulasan:

  1. Saya suka ulasan tuan. Cuma saya teringat ada kawan saya yang sebut black metal sebagai black mental.

    Blog tuan dilinkan dengan bongkarsauh dibawah tag acap dilawati.

    BalasPadam
  2. gua tersesat kat cnie n terbace post nie..
    mungkinkah akan tiba detik itu?..
    semoga perjuangan sampai kepenghujungnya..

    BalasPadam
  3. `black maria sangat-sangat berguna di ipoh dan di penanti' (kah kah kah!)

    BalasPadam