Bagi orang Melayu yang beradab menyebut perkataan babi beerti ‘memaki hamun’ dan penyebutnya dianggap tidak sopan dan kehilangan thiqah untuk dijadikan imam solat. Sebut sahaja perkataan babi sudah rendah akhlaknya dan belum lagi mendekati, menyentuh atau makan babi. Namun perkataan babi hutan dan membabi buta tidak pula dianggap taboo dan menyalahi moral melayu.
Oleh sebab itulah perkataan babi dilunakkan dengan penggunaan istilah arab iaitu ‘khinzir’. Seingat saya pembaca berita sejak era tv hitam putih lagi hanya menyebut perkataan khinzir bukannya babi. Perkataan babi menjadi lazim dan tidak janggal disebut pembaca berita tv dan radio seperti hari ini seingat saya bermula setelah Anwar Ibrahim dinyahkan Dr. Mahathir. Ketika era reformasi barangkali istilah khinzir ini disalah gunakan -barangkali direformasikan juga!. Sesetengah pendapat mengatakan istilah ‘khinzir’ itu bunyinya seakan-akan nama Mahathir, Jadi bagi elakkan fitnah khinzir terjadi ke atas Mahathir maka ditukarkan kepada istilah babi yang lebih tepat dan mantap.
Ada pihak lain pula berkata budak-budak KL tidak tahu apa itu khinzir, lantas semasa mereka singgah di restoran cina mereka pun ‘order’ hidangan khinzir goreng (ada perawi lain menambah yang khinzir goreng itu sangat enak!). Konon ceritanya resipi tersebut terpampang di cermin restoran cina tersebut. Saya tidak yakin sama ada itu semua betul. Namun penjelasan logiknya perlu dibuat agar fitnah tidak berterusan.
Pertama adalah nakal dan makar sekali jika dikaitkan ‘khinzir’ dengan Mahathir kerana ‘zir’ pada hujung perkataan khinzir adalah huruf ‘zai’ manakala ‘thir’ pada akhir perkataan Mahathir adalah ‘dhoz’. Jadi kalau ikut hukum makhraj huruf sebutan bagi kedua-duanya adalah sangat berbeza dan maknanya pasti sekali berbeza. Hanya lidah Melayu sahaja yang membunyikan kedua-duanya sebagai’zir’ –bukan zir atau dhir. Malang sekali jika ada cerdik pandai yang menggunakan mantik akalnya untuk membuat perkaitan sebegitu.
Keduanya, cuba jenguk kembali gubuk akalmu dan fikirkan adakah tauke restoran cina di KL tahu apa itu khinzir (pada ketika itu) dan dengan bangganya apakah apek itu menulis ‘khinzir masak kicap’, 'khinzir goreng' atau ‘sup khinzir’ dalam menu restorannya? Agak pelik jika ada tauke restoran cina berbuat demikian walau pun tidak mustahil. Orang-orang cina Malaysia umumnya hanya tahu perkataan babi dan bagi mencantikkan menunya tidaklah mereka itu gunakan istilah Arab hatta istilah Melayu tetapi istilah Inggeris -itu akal Cina yang perlu diketahui! Hanya Cina Arab, Yaman dan Cina yang belajar bahasa Arab tahu apa itu khinzir. Bagi orang Melayu perkataan ‘khinzir’ bukan asing biar pun mereka tidak pernah belajar bahasa Arab dan tidak pasti adanya perkataan tersebut dalam al-Quran dan hadis.
Jadi hujah mengaitkan sebutan khinzir dengan Mahathir dan restoran Cina yang menjual hidangan babi kepada budak-budak Melayu bagi menggantikannya dengan istilah babi adalah rumusan akal yang kurang matang. Namun dari perspektif adab dan pemikiran Melayu menyebut perkataan ‘babi’ adalah makian dan kejian yang tidak sepatutnya dibudayakan. Satu ketika dahulu heboh dan marah rakyat Malaysia (baca: Melayu bersatu dan beradab) bila kependekkan ‘PM’ dikaitkan dengan Pu**M**K seperti yang cuba disatirakan dalam novel Shit. Namun kini kita tidak terasa resah dan bersalah bila makian babi setiap hari diungkap dan yang terkini muncul pula drama ‘selesema babi’. Memang tidak pelik pun kalau dibiasakan dengan istilah selesema khinzir jika kita sama-sama maklum bahawa khinzir lebih lunak berbanding babi biar pun kedua-duanya merujuk kepada sejenis makhluk terlarang dalam Islam dan budaya Melayu.

Tapi pasti ada yang 'jenuh akalnya' akan bertanya bagaimana pula dengan 'gila babi'? Perlu jadikan 'gila khinzirkah? Itu kau fikir sendirilah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan