Saya tertarik dengan artikel dalam Bicara Norbisha bertajuk Politik tawar menawar PAS Selangor. Setelah meneliti pemikiran penulis dan senarai komentarnya beberapa perkara perlu dirumuskan kembali.
1. Jelas sekali pemikirannya berbaur perkauman dan masih gagal atau sengaja menafikan realiti 'politik baru'. Memecah-mecahkan PAS, PKR dan DAP dan menekankan betapa mereka ini berpakat atas kepentingan sementara -untuk mengesahkan ketulenan perikatan BN adalah hujah yang palsu. Hujah ini ingin menyalurkan kepada minda bawah sedar pembaca bahawa BN bukan perkauman seperti mana PAS, DAP dan PKR -biar pun sikap perkauman dalam BN lebih ketara dan saling menekan antara satu sama lain.
2. Politik baru tidak bertumpu kepada hanya kepada 1 kaum tetapi kesepakatan 1 Malaysia. Bukan PAS atau PKR atau DAP yang perlu jadi 'Big Boss' seperti mana UMNO yang kononnya pemegang ketuanan Melayu. Politik baru inilah yang dikatakan menggadaikan Melayu kepada Cina -dan hujah perkauman inilah yang dijaja setiap detik bagi menaikkan taraf pemikiran perkauman amalan BN khususnya UMNO. Sungguh menghairankan kenapa konsep Pakatan Rakyat yang jelas wujud sengaja dinafikan (atas alasan komponen ini tidak didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan). Ini sindrom penafian dan amat malang sekali ia turut dimomokkan oleh ‘pemikir’ politik.
3. Rata-rata pemikir, dan pengikutnya menilai dan melabelkan politik itu sebagai satu permainan kotor dan perlu diraikan sifat kekotoran itu berterusan. Biar siapa pun yang menyertai politik mereka perlu jadi kotor -termasuklahpemikir dan pengulasnya! Secara terang-terangan tidaklah mereka itu mengatakan politik itu kotor tetapi akal yang sihat dapat menelah sifat kekotoran dalam sesuatu wacana politik. Petandanya ialah persendaan dan keji-kejian terhadap ahli politik yang bercakap tentang Islam umpamanya -oleh pemerhati dan pemikir Islam sendiri!
Politik Perkauman

Natijah politik perkaumanlah yang menghasilkan 'pemimpin ultra nasionalis' seperti Radovan Karazdic, Mousolini, Hitler dan fasisme Melayu mencetuskan peristiwa seperti 13 Mei 1969. Percayalah dalam jangka panjang politik perkauman pasti akan meledakkan lahar dendamnya.
Apa yang PAS tawarkan kepada Melayu, Cina dan India? Bukan santapan perkauman tetapi Islam yang lebih toleransi, berhikmah dan menekankan hak sama rata. Apakah maknanya kepada Melayu jika PAS membina kandang babi, membina kuil atau gereja? Apakah Melayu akan diperbodohkan oleh bukan Melayu kerana tindakan bodoh tersebut?

PAS bukan parti perkauman. PKR dan DAP adalah parti politik pelbagai kaum -walau pun penonjolan kaum Melayu dan Cina nampak ketara, namun bukan perkauman yang ditawarkan sebaliknya 'persamaan hak' bagi semua manusia. Inilah politik baru yang sengaja tidak mahu diraikan oleh Ahmad Maslan.
Kalau begitu (jika meraikan pelbagai kaum dan menafikan hak istimewa Melayu)) di manakah Melayu akan bergantung? Adalah sesuatu yang amat malang sekali setelah lebih 50 tahun merdeka, Melayu masih mahu bergantung -tidak independent. Apakah ertinya merdeka bagi orang Melayu? Kelihatan UMNO tidak berupaya memerdekakan jiwa Melayu dan keluar bersaing dengan ‘cina-cina’ di Malaysia inii terlebih dahulu. Mana mungkin Melayu boleh bersaing dengan Donald Trump, Bill Gates dan Soros jika dalam ruang yang kecil ini pun Melayu masih manja?
Apakah Melayu masih tidak jelas di mana mereka patut berada dan bersaing sekarang? Peringkat global atau lokal? Inilah kekeliruan besar yang cuba dimomokkan melalui konsep Melayu Glokal. Melayu hari ini begitu sesuai dengan perumpamaan ‘langit tak sampai, bumi tak jejak’. Pada peringkat ini kita amat berharap dengan konsep 1 Malaysia ini Melayu akan lebih jelas kedudukannya sama ada global atau lokal!
Kesimpulannya biar pun tidak diminta tuan-tuan pemikir politik menjadi 'naif dan lurus' dalam politiking, tetapi sebagai menghargai akal -sudut akademik kepolitikan ini perlulah diraikan secara munasabah. Kalau orang politik dirasakan tidak ikhlas, adalah menjadi tanggungjawab ‘pemikir politik’ menegur mereka secara ikhlas. Jangan tambahkan kekaburan itu kerana ‘rakyat perlu didahulukan’.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan